Syukur itu menjadikan kita bahagia. Bahagia itu hadir apabila pasangan saling menghargai. Biarpun hidup cara sederhana kebahagiaan itu menjadikan hidup lebih baik.
Tular video seorang isteri yang meraikan hari jadi suaminya dalam serba sederhana di dalam rumahnya telah meriah perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: “Kebahagiaan Tak Perlu Dikongsi” 15 Tahun Layari Perkahwinan, Fauzi Nawawi Kongsi Tip Bahagia
Artikel Berkaitan: “Suami Romantik Tak Semestinya Yang Belikan Hadiah Mahal.” Yatt Hamzah Kongsi Tip Bahagiakan Isteri
Artikel Berkaitan: Selain ‘Jaga Perut’, Ni Tip Kebahagiaan Lain Shiela Rusly Kongsi Buat Menantu!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ramai yang meluahkan rasa sebak melihat video yang berdurasi 51 saat yang telah mendapat tontonan lebih 800K itu.
Menerusi video berkenaan kelihatan si suami baru pulang dari kerja dalam keadaan penat dalam pakaian yang lusuh terkejut dengan kejutan daripada isteri tersayang.
Sebak melihat kesungguhan isteri meraikan hari jadinya, si suami mengesat air mata.
Difahamkan isterinya baru keluar dari wad dan hanya sempat buat persiapan yang ringkas buat suami tercinta.
“Kami bahagia dengan cara kami. Alhamdullillah mensyukuri dengan apa yang ada.”
@dak_gemokkami bhgia dengan cara kami… Alhamdullillah mensyukuri dengan apa yang ada❤️❤️❤️♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong
WARGAMAYA LUAH SEBAK
Sementara itu, meninjau di ruangan komen rata-rata meluahkan rasa sebak melihat pasangan suami isteri ini meraikan bahagia cara mereka.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club