Mendidik anak bukan mudah. Lantaran itu, ada segelintir artis suka berkongsi dalam mendidik anak. Ia termasuk Hanis Zalikha.
Terkini, Hanis ada berkongsi mengenai kecintaan anak sulungnya, Yusuf Iskandar kepada abjad Jawi.
“For the longest time Yusuf tak interested langsung bila kita nyanyi alif ba ta untuk dia. Dia nak juga abcdefg dia tuuu complete sampai now-I-know-my-abc-next-time-wont-you-sing-with-me. Jadi kita tak paksa.
“Kita biar je dia tengah minat satu2 benda. Tapi bila dia start teman Daddy dia mengaji, baru dia nak pick up alif ba ta masuk umur 3 tahun ni. Barulah Mommy dapat mengorak langkah dari situ,” katanya menerusi akaun si anak.
Dalam pada itu, para pengikutnya teruja melihat cara hHanis sekeluarga di dalam menerapkan kecintaan si kecil dalam mendekati tulisan Jawi.
Untuk rekod, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 serta dikurniakan dua orang cahaya mata iatu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Foto: Instagram Yusuf Iskandar