“For the longest time Yusuf tak interested langsung bila kita nyanyi alif ba ta untuk dia. Dia nak juga abcdefg dia tuuu complete sampai now-I-know-my-abc-next-time-wont-you-sing-with-me. Jadi kita tak paksa.
Ads
“Kita biar je dia tengah minat satu2 benda. Tapi bila dia start teman Daddy dia mengaji, baru dia nak pick up alif ba ta masuk umur 3 tahun ni. Barulah Mommy dapat mengorak langkah dari situ,” katanya menerusi akaun si anak.
Dalam pada itu, para pengikutnya teruja melihat cara hHanis sekeluarga di dalam menerapkan kecintaan si kecil dalam mendekati tulisan Jawi.
Ads
Untuk rekod, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 serta dikurniakan dua orang cahaya mata iatu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Foto: Instagram Yusuf Iskandar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Saat mengetahui anak mereka menghidap penyakit yang membawa maut, hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu. Biar diuji dengan dugaan berat itu, ibu bapa ini sedaya upaya memenuhi permintaan anak kecilnya.
Adik Ahmad Danial bin Ahmad Suhairi, 7 tahun telah diberi kejutan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang yang menyantuni kanak-kanak tersebut dengan memakaikannya pakaian seragam bomba serta bergambar dengan anggota bomba yang lain.
Adik Danial yang bercita-cita untuk menjadi anggota bomba telah dibawa menaiki jentera jabatan bomba yang dipandu sendiri oleh Pengarah Bomba Pahang, Nor Hisham Mohammad.
Menurut Ahmad Suhairi yang juga bapa kepada adik Danial, sebelum anaknya berada dalam keadaan tidak berdaya, dia ada menyuarakan hasrat untuk menjadi anggota bomba kepada Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (PESONA) dan tidak menyangka impian itu direalisasikan.
Ahmad Suhairi Ali, 33, berkata walaupun anaknya tidak boleh menunjukkan sebarang reaksi, namun beliau percaya anak sulung daripada tiga beradik itu berasa gembira lebih-lebih lagi apabila berpeluang menaiki jentera bomba.
“Menurut doktor yang merawatnya, tiada ubat boleh merawat atau memulihkannya lagi, jadi kami reda dan akan buat sehabis baik untuk menggembirakannya.
“Danial memang ingin sangat menjadi anggota bomba. Setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba, dia akan teruja dan beritahu bomba adalah wira penyelamat yang hebat.
Ahmad Suhairi berkata Ahmad Danial, 7, dikesan menghidap penyakit kanser otak jenis Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat pada Mac lepas, apabila menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini ekoran keadaan matanya yang juling.
“Kami beranggapan mungkin Danial hanya mengalami sindrom ‘mata malas’ namun setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan dia menghidap kanser otak sebelum disahkan sebagai kanser jenis DIPG.
Kanser otak DIPG adalah sangat jarang ditemui dan dikatakan tidak memberi peluang sembuh kepada penghidapnya dengan kadar survival ialah sifar, namun kami masih mengharapkan keajaiban akan berlaku dan akan terus berusaha sebaik mungkin,” katanya.
Ahmad Suhairi berkata kesihatan anaknya yang sebelum ini belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad di sini, merosot dengan cepat dan hanya terlantar serta tidak lagi mampu memberi respons fizikal sejak Mei lepas.
Disebabkan sifat kanser itu, Ahmad Suhairi berkata Danial tidak dapat menjalani sebarang rawatan seperti kimoterapi atau radioterapi dan diisytiharkan berada dalam keadaan paliatif.
Kini dia hanya terlantar di rumah sejak Mei lalu dan hanya bergantung kepada ubat- ubatan hospital sahaja. Malah, segala urusan hariannya hanya bergantung kepada ibu bapa untuk menguruskan selain perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Permintaan terakhir kanak-kanak penghidap kanser otak.Ahmad Danial Ahmad Suhairi disahkan mengidap kanser otak tahap empat; dan urusan hariannya hanya bergantung kepada ibu bapanya selain menggunakan kerusi roda untuk bergerak.Ahmad Danial bercita-cita mahu menjadi bomba namun pakar perubatan mengesahkan peluang untuk kanak-kanak ini meneruskan hidup amat tipis…Sama-sama kita doakan mereka.***Video ini adalah suntingan amatur wartawan TV3 Fazli Ahmad selepas membuat liputan.
Jika isteri cepat marah, suami jangan pula cepat melenting sehingga boleh mengakibatkan pergaduhan antara suami isteri. Puncanya? Itu adalah kerana si isteri sudah tidak mampu menguruskan emosinya yang berat.
Jadinya, apa yang patut si suami lakukan? Biar sahaja? Banyakkan komunikasi atau bawa isteri pergi shopping? Baiklah, bagi para suami yang hendak bahagiakan rumahtangga anda, boleh teruskan baca artikel ini hingga habis. Mari kita sama-sama selesaikan masalah isteri anda yang kuat melenting itu.
INI CARA BOLEH SEJUKKAN HATI ISTERI
Tengah makan marah, semasa mandi marah, tengah shopping pun marah, tengah bawa kereta pun marah…..
Allahu, kadang tidak mampu menghadapi isteri yang kuat dengan sifat marahnya. Lihat wajahnya sudahlah ngeri, senyumannya menjadi masam serupa susu basi, kata-katanya seperti petir yang menyambar bumi.
Jika isteri marah, lebih baik diam. Selawat dan minta Allah tolong kuatkan hatinya. Kuatkan jiwanya. Kuatkan segalanya. Cuba fahamkan apa isi hatinya.
CUBA TANYA DAN SELAMI HATINYA
Sayang abang yang cantik manis, boleh abang tahu kenapa awak marah-marah? Abang kesian dengan awak. Tapi, abang mampu diam sebab tidak tahu apa masalah sebenar”….
Isteri kemudian diam tundukkan wajahnya.
Rupanya dia terbeban. Ya, apa lagi dalam hidup hari ini, suami dan isteri perlu saling memburu untuk kelangsungan hidup, maka itu amat menekan emosi isteri.
Dalam dia sibuk bekerja, sebenarnya dia mahu duduk di rumah. Dia mahu hiburkan suaminya. Dia mahu jaga anak-anaknya. Dia mahu masak yang sedap-sedap untuk orang yang dia sayang. Dia mahu memeluk mesra suami dan anaknya.
Tapi, dia tidak boleh. Dia juga perlu bekerja. Dia juga perlu berusaha. Dia juga mencari rezeki bersama. Dia juga tertekan dengan rakan dan stafnya. Dia juga menhadapi perniagaan yang turun dan naik.
Itu membuatkan isteri akan jadi marah.
Maka, dia bukan marahkan suaminya. Dia cuma tidak tahu meletakkan marah itu dimana.
Sebab itulah yang kita lihat banyaknya status luahan di Facebook adalah dari wanita yang begini rupa. Mereka marah tanpa mereka sedar.
JADI APA YANG BOLEH ANDA BUAT SEBAGAI SUAMI?
Sama ada suka atau tidak, hadapi saja marahnya. Panasnya, emosinya, rajuknya dan leternya.
KENAPA ISTERI BERSIKAP BEGITU?
Sebab, hanya suami yang isteri ada. Isteri tidak pandai main futsal untuk hilangkan tekanan seperti lelaki. Isteri juga tidak pandai keluar berhibur tanpa anak dan suaminya.
Apabila isteri cuba bicara tentang masalah mereka, pada pandangan pihak suami pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut.
Tidak! Bukan perlu diselesaikan pun.
SUAMI MESTI FAHAMKAN PERKARA INI
Di sini anda harus faham dimana mereka tidak perlu menerangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.
Kerana, apabila isteri mahu meluahkan apa yang dia rasa, itu tanda bahawa anda lelaki yang paling dia cinta dan percaya.
Selamat berjuang buat suami yang selalu sabar dengan karenah isteri mereka.
Bagi anda yang gemarkan aktiviti berkebun dan bercucuk tanam, menantikan pokok yang ditanam sekian lama mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah lebat pastinya dinantikan sekian lama.
Perkongsian tip oleh pekebun Thailand yang dikongsikan oleh Hafizah BT Ibrahim Fizah ini pasti buat anda tersenyum lebar. Booster penguat hormon yang dikongsikan olehnya langsung tidak terjangka dek akal kita. Menariknya hanya gunakan dua bahan ini iaitu telur
dan yakult. Hebat!
Kalau nak pastikan pokok berbuah lebat sampai patah dahan, jom ikuti cara yang dikongsikan olehnya.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.