Sejuk perut ibu mengandung…Sari Yanti berkongsi video yang mendapatkan gelagat anak perempuannya Dariya menarik perhatian ramai.
Dalam video tersebut, kelihatan Dariya sedang mengaji. Nampak comel memakai telekung.
Menurut Sari Yanti, anak perempuannya kini sudahpun berusia 3 tahun. Setiap kali memakai telekung, Dariya gemar meletakkan sticker di tepi kepalanya. Sudah seperti sepit rambut dibuat oleh Dariya. Comel je.Dalam video tersebut juga, kelihatan Dariya sedang membaca huruf aliff ba taa sehingga ya dengan cukup lancar. Seketika kemudian, bacaan diteruskan dengan huruf dengan baris atas dan baris bawah pula.Walaupun baru berusia 3 tahun, tetapi Dariya sudah lancar membaca dan mengenal huruf. Rata-rata kagum mendengar bacaan serta memuji cara Sari mendidik anak perempuannya.Throwback video. 2021 dariya 3 years old. Pakai telekung mesti letak sticker kat tepi.. kira macam sepit rambut dia la 😂😅
Demikian tulis Sari Yanti menerusi kapsyen di laman intagramnya.
shasha.nadira Sebaknya tengok dia dah besar! Mmy caca mish u dariya. U did great sayangg❤️
farahidamazlan👏 waaah bagus dariya.. kalau Naeel br jer panggil nak mengaji die dah lari.. 😂
officialsallehbawangPandai nya ibu nya 👏 membesar kan anak anak semua nya comel comel belaka ❤️
nhafiza.zakariabagus laa dariya 👏seronok dengar suara comel dariya
yar_teaMasyaAllah,Tabarakallah,Alhamdulilah smoga dariya menjadi ank yg faham agama,menghafaz Al Quran & hadis serta mnjdi anak solehah buat ibu ayh😍Aamiin ya robbalamin
miszsephiaBagusnya..tak bunyi pelat pun! Good job Dariya!!
Sesungguhnya seorang ibu perlu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya supaya akan membawa keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Buktinya, kejayaan dan rezeki melimpah ruah yang dimiliki oleh selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau dikenali sebagai Neelofa adalah doa mustajab seorang ibu. Nyata hebatnya seorang ibu, doanya tiada hijab!
Begitulah indah doa ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sempena hari ulang tahun kelahiran anaknya Neelofa semalam yang dipaparkan di instagramnya.
HAPPY BIRTHDAY LOVE.. Ya Allah Ya Rahman dengan zat kasih sayangmu ku menadah tangan memohon kepadamu sempena hari lahir buah hati kesayanganku, penyeri hidupku, penawar rinduku , pengubat jiwaku ini.. kurniakan umur yang panjang dalam keberkatan dan menfaat utk kehidupan dunia dan akhiratnya, kesehatan yang afiyah , Ya Allah kurniakan rezeki yang terbentang luas seperti pasir di pantai,buih buih dilaut dan seperti air zam zam yang telah Allah keluarkan dari perut bumi Mekah yang tak pernah putus2 dari zaman berzaman yang menjadi penawar kepada seluruh hamba yang berada di seluruh pelusuk dunia .. kurniakan pasangan hidup yang mulia disisimu dan kekal hingga ke Jannah kepadanya..semoga dengan jodoh ini Allah tinggikan darjatnya,muliakannya dan dengan jodoh ini dapat menjadi contoh dan idola kepada seluruh masyarakat Dunia.dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. Ya Allah jadi setiap langkahnya,hayunan tangannya,hembusan nafasnya,kelipan matanya,alunan suaranya sebagai ibadah yang menjadi penyebab puteriku ini menjadi penghuni Syurgamu,Ya Rabb kurniakan pandangan kasih sayangmu kepadanya supaya siapa sahaja yang memandangnya dengan pandangan dari zat kasih sayangmu.wahai puteriku, mama sentiasa ibaratkanmu seperti berlian yang berharga..di cipta Allah dgn tekanan yg amat dahsyat sehingga terjadinya berlian yang sangat cantik dan berharga.. walau pun tekanan dan ujian yang love lalui tapi itu adalah kerana Allah ingin menaikkan martabatmu dan dekat dirimu dengan Allah..dan ujian ini hanyalah dilalui oleh manusia yang hebat dan yang terpilih oleh Allah sahaja sayang.. mama sentiasa akan mendoakan kejayaan dunia akhirat utk love dan doa mama doa keramat yang tiada hijabnya.. ini adalah janji Allah.. dan mama sentiasa meredhai love .. kerana juga janji Allah redha nya datang setelah redha seorang ibu kepada anaknya.. semoga Allah segera qabulkan setiap doa love, capaikan setiap cita2 love, sempurnakan hajat love dan permudahkan segala usaha dan urusan love.. ..Ammin Amiin Allahumma Amiin. Mama love you @neelofa ❤️❤️❤️ HAPPY BIRTHDAY SAYANG
Malah sebelum ini melalui catatan Neelofa di instagram, beliau mengakui bahawa doa ibunya yang tiada henti memberikan rezeki dan kejayaan buatnya. Nyata, doa seorang ibu itu mustajab buat anak.
Dalam pada itu, netizen melahirkan rasa terharu dengan ucapan yang diluahkan oleh ibu Neelofa.
Dalam pada itu, semalam menginjak usia 30 tahun, Neelofa mencapai impiannya yang dihajatinya. Neelofa memilih bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran dengan menganjurkan sebuah majlis keagamaan. Selamat Hari Jadi Neelofa!
Hati ibu ayah mana yang tak luluh bila melihat seorang anak ‘pergi’ di tangan adik beradiknya sendiri. Ini seperti insiden yang berlaku di Melaka baru-baru ini bila dilaporkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya berusia sembilan tahun sehingga tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Bukit Piatu.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari dan ketika itu hanya dua beradik berkenaan berada di rumah manakala ibu dan bapa mereka bekerja.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan lanjut dijalankan pihaknya.
“Suspek kini ditahan polis dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengetahui motif kejadian.
“Ia juga bagi membantu siasatan lanjut dijalankan pihak polis berhubung insiden itu,” katanya dalam kenyataan media lewat malam Rabu.
Christopher berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira 12.30 tengah hari.
Memetik berita Kosmo, saksi yang juga jiran mangsa, Qhurun Ain Johani, 31, tragedi itu disedari oleh ibu mangsa yang melihat kejadian menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) disalurkan menerusi aplikasi di telefon bimbitnya kira-kira pukul 12 tengah hari.
“Ibu mereka yang ketika itu sedang bekerja telah menghubungi saya meminta bantuan memeriksa keadaan dua beradik itu kerana dia melihat abangnya sedang mencekik mangsa di aplikasi CCTV.
“Sebaik sahaja saya masuk ke dalam rumah, saya menjerit bila nampak si abang sedang mencekik leher adiknya yang telah pucat dan dipercayai tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi.
Tambahnya, ketika kejadian, abang mangsa juga seakan-akan tidak menyedari perbuatannya sehingga dia terpaksa menepis kuat genggaman tangan remaja berkenaan.
Ujarnya, mangsa merupakan anak ketiga daripada empat beradik, manakala suspek adalah anak sulung keluarga tersebut.
Jelasnya, ketika kejadian dua beradik yang lain sedang bersekolah, manakala mangsa mengalami sakit mata dan tinggal bersama abangnya.
“Saya tak sangka kejadian ini berlaku di depan mata kerana abangnya sebelum ini memang budak yang baik.
“Cuma baru-baru ini dia mengalami trauma kerana mendakwa menjadi mangsa buli di sekolah dan meracau, namun dikatakan telah sembuh selepas dibawa berubat,” ujarnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebiasaanya hujung tahun ni, ramai ibu bapa akan survey tadika atau pusat perkembangan untuk pendidikan pra sekolah anak-anak. Tidak dinafikan ada tadika yang mahal dan murah yurannya.
Keinginan mempunyai anak yang pandai tidak semestinya belajar di tadika yang mempunyai yuran mahal. Semua ini bergantung kepada cara pembelajaran dan guru yang mengajar di tadika berkenaan.
Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri yang merangkap Dekan Sekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mengakui bahawa tadika yang bagus dan berkualiti mendidik kanak-kanak membaca terletak kepada kemahiran guru yang mengajar.
Tadika yang mahal belum tentu dapat menjamin hasil yang dikehendaki oleh ibu bapa yang mengharapkan anaknya boleh membaca. Kualiti guru terletak kepada kelayakan keilmuan dan pengalaman mengajar kanak-kanak. Guru perlu mendapat pengetahuan pendekatan dan teknik mengajar membaca kepada kanak-kanak.
APA YANG JELAS, GURU PERLU PEKA DENGAN KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN SETIAP KANAK-KANAK DI TADIKA.
Tumpuan perlu diberikan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai kebolehan membaca mengikut perkembangannya.
Tadika yang mahal belum tentu dapat menjamin hasil yang dikehendaki oleh ibu bapa yang mengharapkan anaknya boleh membaca- Dr Bustam
8 TIP BANTU ANAK MEMBACA
Dr Bustam menyenaraikan lapan panduan seharusnya pihak tadika lakukan. Apabila sudah tahu mengenai lapan panduan ini, ibu ayah, boleh tanya kepada pihak tadika, bagaimana corak pembacaan di tadika.
1.Aktiviti membaca di tadika hendaklah dipelbagaikan supaya dapat merangsang kanak-kanak untuk belajar membaca.
2.Cara pendekatan mengajar membaca juga penting untuk menghasilkan kanak-kanak yang boleh membaca dan memahami apa yang dibaca.
3.Kaedah membaca secara menyeluruh, fonetik atau membaca terus hendaklah disesuaikan dengan latar belakang kanak-kanak yang berbeza.
4.Masalahnya kadangkala pihak guru yang mengajar tidak sedar dan menganggap semua kanak-kanak adalah sama minat, kebolehan, keupayaan dan pencapaiannya.
5.Bahan bacaan yang disediakan oleh tadika hendaklah dapat menarik perhatian kanak-kanak. Pemilihan bahan bacaan hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur, minat dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai latar belakang.
6.Membaca hendaklah disusuli dengan aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan bahan yang dibaca dan memberi pengalaman bermakna kepada kanak-kanak.
7.Persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanya pengalaman kanak-kanak kegiatannya semasa di tadika.
8.Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.
APA ITU TADIKA KERAJAAN DAN TADIKA SWASTA
Di negara kita terdapat dua jenis tadika iaitu tadika bantuan kerajaan iaitu kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Biasanya kelas prasekolah ini terdapat di dalam kawasan sekolah rendah. Ibu bapa perlu mendaftar lebih awal di prasekolah berkenaan.
Selain itu Ibu bapa boleh memilih kelas tadika yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Masyarakat dan Luar Bandar iaitu kenali sebagai tabika KEMAS. Biasanya tadika ini berada di kawasan luar bandar. Manakala tadika anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berada di kawasan bandar. Penubuhan tadika KEMAS dan tadika JPNIN bertujuan untuk membantu keluarga yang berpendapatan rendah . Oleh kerana prasekolah dan tadika ini anjuran kerajaan maka yuran yang dikenakan amat minima sesuai dengan kemampuan keluarga berpendapatan rendah.
Tadika swasta tetap gunapakai sistem pembelajaran berlandaskan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya ibu bapa berkemampuan dan tidak mahu menghantar anaknya ke tadika bantuan kerajaan mereka boleh memilih menghantar anak ke tadika swasta. Biasanya pengusaha tadika akan mengenakan yuran pada setiap kanak-kanak. Kadar yuran tidak sama pada setiap tadika. Perbezaan yuran bergantung pada keadaan di tadika. Ibu bapa boleh mengagak dengan melihat keadaan fizikal dan bangunan di tadika secara tidak langsung akan menggambarkan bayaran yuran yang bakal dikenakan. Sekiranya di luar kemampuan adalah dinasihatkan menghantar anak ke tadika bantuan kerajaan.
KELAYAKAN TENAGA PENGAJAR ATAU GURU
Guru tadika perlu mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Biasanya guru-guru di Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mereka ini terlatih khusus dalam mengajar kanak-kanak di tadika. Kurikulumnya dibina bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
SETIAP KELAS PRASEKOLAH AKAN MENGGUNAKAN KURIKULUM YANG SAMA DI SELURUH NEGARA. BEGITU JUGA DENGAN KELAS TADIKA ANJURAN KEMAS DAN JPNIN JUGA MENGGUNAKAN KURIKULUM YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
Bezanya kebanyakan guru yang mengajar di tadika KEMAS dan JPNIN berkelulusan diploma pendidikan awal kanak-kanak. Mereka juga mendapat latihan khusus untuk mengajar kanak-kanak di tadika.
Manakala guru-guru di tadika swasta terdapat berbagai kelayakan akademiknya. Pengusaha tadika yang berkemampuan akan mengaji guru yang berkelulusan sarjana muda dan juga diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Sekiranya pengusaha kurang berkemampuan akan mengaji guru yang berpengalaman dengan kelulusan lebih rendah daripada diploma iaitu kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Walau bagaimana pun guru-guru di swasta mendapat pendedahan kursus pendek yang dianjurkan oleh badan swasta dan kerajaan. Mereka juga perlu mematuhi syarat mengikuti garis panduan kurikulum yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kesimpulannya, tadika mahal atau tidak bergantung kepada sistem pembelanjaran di tadika itu. Misalnya, jika tadika itu murah yurannya, tetapi guru-gurunya berpengalaman sudah tentu banyak ilmu pendidikan yang boleh digunapakai untuk mendidik kanak-kanak. Yang penting, pastikan tenaga pengajarnya berkualiti dan mempunyai sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.