Bagusnya Seorang Abang. Adik Makan Di Kantin, Disuapkannya!

Share

Alangkah bahagianya hati ibu dan ayah bila melihat anak-anak mesra hubungannya di antara satu sama lain.

Si abang atau kakak bukan sahaja tahu melayan adiknya untuk bermain bersama, malah dengan penuh kasih sayang boleh pula  menyuapkan nasi ke mulut saat makan di kantin sekolah.

Kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Nazri ini memang luar biasa dan jarang-jarang kita dapat lihat.

Jom semak perkongsian penuh daripadanya.


Entah kenapa,hati saya begitu terusik dengan gambar yang dihantar oleh seorang guru, di dalam group telegram kami.

Seorang abang, menyuapi adiknya makan di pagi hari ketika di kantin sekolah kami.

Satu pemandangan indah, yang bukan direka-reka. Ianya lahir dari kasihnya seorang abang kepada adiknya.

Murid ini, bukanlah murid yangg pintar dalam akademik. Namun, nilai yang ditonjolkan ini tiada tolok bandingnya.

Sejauh mana kepintaran seseorang murid, ia tidaklah mendatangkan kepuasan, seperti mana yang kami lihat hari ini.

Semoga, ia memberi inspirasi kepada murid yang lain, bahkan kepada semua, termasuk anak-anak kita.

PERKONGSIAN ANTARA KOMEN NETIZEN

 

sumber : Ustaz Nazri