Alangkah bahagianya hati ibu dan ayah bila melihat anak-anak mesra hubungannya di antara satu sama lain.
Si abang atau kakak bukan sahaja tahu melayan adiknya untuk bermain bersama, malah dengan penuh kasih sayang boleh pula menyuapkan nasi ke mulut saat makan di kantin sekolah.
Kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Nazri ini memang luar biasa dan jarang-jarang kita dapat lihat.
Jom semak perkongsian penuh daripadanya.
Entah kenapa,hati saya begitu terusik dengan gambar yang dihantar oleh seorang guru, di dalam group telegram kami.
Seorang abang, menyuapi adiknya makan di pagi hari ketika di kantin sekolah kami.
Satu pemandangan indah, yang bukan direka-reka. Ianya lahir dari kasihnya seorang abang kepada adiknya.
Murid ini, bukanlah murid yangg pintar dalam akademik. Namun, nilai yang ditonjolkan ini tiada tolok bandingnya.
Sejauh mana kepintaran seseorang murid, ia tidaklah mendatangkan kepuasan, seperti mana yang kami lihat hari ini.
Semoga, ia memberi inspirasi kepada murid yang lain, bahkan kepada semua, termasuk anak-anak kita.
PERKONGSIAN ANTARA KOMEN NETIZEN
sumber : Ustaz Nazri
Surat Pesakit Tabligh Ini, Buat Frontliners Terharu. Ini Sebabnya Hati Rasa Sebak.
Ketika semua melahirkan rasa bimbang akan penularan wabak ini dan pesakit yang dijangkiti wabak ini lebih seribu orang, pastinya kita tahu, tugas yang mencabar dilalui oleh barisan hadapan kakitangan Kementerian Kesihatan Malayasia terutama para doktor dan jururawat.
Mereka bekerja tanpa henti supaya pesakit dirawat dengan sempurna sehingga sembuh. Bukan itu sahaja, mereka perlu dikuaratinkan agar tidak berjangkit dengan ahli keluarga. Malah ada dikhabarkan terpaksa memotong pendek rambut bagi mudah membersihkan setelah merawat pesakit yang dijangkiti. Pelbagai kisah lagi tentang pengorbanan barisan hadapan ini.
Situasi getir yang dihadapi oleh barisan ini pastinya menyentuh hati semua orang termasuk juga pesakit yang dirawati oleh mereka sendiri.
Sebagaimana perkongsian seorang jururawat, Zulaikha Zaki, mengenai sepucuk surat yang ditulis oleh salah pesakit yang dirawatnya yang pastinya membuatkan ramai terharu.
Ikuti perkongsiannya.
“Pesakit ni discharge petang tadi. Seorang tabligh. Then before dia balik, die selit surat ni celah-celah kertas kat kaunter wad dalam n takde bagitahu siapa-siapa pun. Maybe dia thu dia tak boleh sentuh or bagi kami ape-apa barang even kertas.
Terharu….
Jangan kecam dorang. Dalam wad, dorang smua behave. Sangat dengar kata.
Kita kecam org alim dalam kita tak sedar bila akhir zaman ni Allah tarik manusia yg golongan baik n arif dengan ilmu agama dulu.”
UCAPAN TERIMA KASIH DAN KONGSI SURAH BANTU PENYEMBUHAN.
‘Assalamualaikum semua pejuang-pejuang yang kami sayangi sentiasa. Kami akan sentiasa ingat pengorbanan jihad anda sebab pantau kesihatan kami selama kami berada di wad 56 tingkat 5. Selamanya anda pejuang-pejuang layan kami dengan penuh kasih sayang.
Tujuan saya tulis ini ialah nak share beberapa amalan untuk pejuang semua. Sebab kami kasihan dan sedih lihat pengorbanan anda semua. Kami tahu anda letih dan bertarung nyawa untuk rawat kami. Anda pun ada family yang nak diuruskan tapi anda tetap bagi senyuman kat kami. Anda sembunyikan letih dan risau anda daripada kami.
(Kami tahu anda sembunyikan letih dan risau anda. Kami doakan anda semua kuatkan semangat, untuk Allah dan Rasul. Sentiasa dalam rahmat Allah, diberi sihat afiat, dimudahkan segala urusan begitu juga buat family anda semua. Allahumma Amin.
Amalan yang ulama share kat kita
Baca surah taghabun (surah 64, juz 28) sampai habis (Ayat 1-18 beserta makna) setiap pagi, kalau sibuk cari masa free, sebaiknya dibaca pagi.
Mula – Selawat (3 kali), Al-Fatihah (3 kali), Al-Ikhlas (3 kali), Hasbi Allah Wani’mal Wakil (313 kali)
Tutup dengan selawat (3 kali)
Tiup ke dalam minuman, insya-Allah, Allah bagi sembuh dan jaga kita semua. Wallahua’lam.‘
Semoga barisan hadapan kita terus diberikan kesihatan dan ketabahan.
Sumber: Zulaikha Zaki
Jangan Kedekut Dengan Isteri Bagi Duit Belanja. Boleh Jadi Duit Selit Nanti.
Suami isteri hidup saling melengkapi untuk bahagia.
Jika suami susah, isteri bantu. Itulah yang dinamakan perkongsian sebuah rumahtangga.
Seperti kisah ini, duit pemberian suami setiap bulan disimpan secara rahsia. Walaupun sedikit, jika lama tentu membukit.
Namun, digunakan untuk kecemasan. Ikuti perkongsian inspirasi ini.
Semalam suami diam je..nampak runsing.
Lepas saya paksa baru dia cakap ,nak guna duit sikit…
Tak cakap banyak terus godek beg duit yg x pakai (ini saja letak nk ambik gambo kenangan) ..terus bagi suami..terkejut dia kenapa duit berlipat rapi ni..dia cakap x payah sebab ni duit saya simpan..saya tetap bagi juga..senyum keluar air mata dia..tapi tula x jadi nangis sebab dia kena bayar double nnt
Memang duit saya simpan tp datang dr suami juga..setiap kali suami bg duit gaji , kadang upah dia g buat part time saya selit kan sekeping dalam beg diam2..balik kampung mak mertua selitkan dalam beg pun saya simpan..tak sangka dia saya boleh simpan banyak tu sbb saya ni “deras” juga kalau ada duit..
Tapi tu la setiap duit penat lelah suami,mak mertua,mak sendiri bagi ada “sentimental value” nya sendiri.
Pastu suami cakap betullah ustaz kata isteri ni pandai buat MAGIC
Moral para suami jangan kedekut dgn isteri nak bg duit belanja.. insyaallah ada isteri yg pandai buat magic nnt,jangan kedekut dengan isteri ,sempit rezeki nnt.. ustaz yg kata ye.
Kredit: Chienta Mul’ aien II
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Handsome Anak Bujang, Kakak Sweet Sangat.” Kongsi Gambar Anak-Anak, Ramai Puji Wajah Copy Paste Faizal Hussein & Isteri!
Kalau menonton drama Gila-Gila Remaja, pasti anda akan terbayang heronya si Roy yang nakal dan happy go lucky orangnya. Wajahnya yang kacak dan senyuman manis menjadi pujaan hati ramai peminat dulu sehingga kini.
Memulakan karier dalam bidang lakonan pada tahun 1972 dan sehingga kini Faizal Hussein masih aktif. Bahkan, namanya masih ‘laku’ dan menjadi pilihan penerbit serta pengarah drama.
Bahkan, Faizal sebelum ini pernah berkongsi petua awet muda. Menurut Faizal, dia hanya minum air masak dan tidak minum air yang berais. Selain itu, Faizal juga tidak akan tambah makan walaupun hidangan yang disediakan sangat sedap.
Biarpun sudah lebih 30 tahun di persada seni, nama Faizal Hussei masih kekal relevan dalam industri hiburan tempatan. Tidak hairanlahnya namanya disebut-sebut setelah membintangi beberapa buah filem dan juga Drama.
Antara Filem yang akan ditayangkan berjudul MAMA, manakala drama yang mendapat tempat dihati para penonton adalah Dua Takdir Cinta gandingan mantap bersama Fasha Sandha, Zamarul Hisham dan Azar Azmi.
Hasil perkongsian hidup bersama Suhaila Sulaiman yang juga pelakon, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Fazrick Faizal,16 dan Fazryn Faizal, 13.
baru-baru ini, Pemenang Anugerah Pelakon Drama terbaik 2019 ini berkongsi gambar anak-anaknya. Rata-rata memuji wajah anak-anak saling tak tumpah dengan ibu bapa mereka.