“Bagus Pekerja-pekerja Ayah Ni..”- Enam Beradik Perempuan Ligat Sama-sama Bantu Ayah Bina Rumah!

Share

Biasanya bila kita bercerita tentang kerja-kerja membina rumah biasanya mesti kerja bayangkan itu hanya kerja-kerja orang lelaki. Pun begitu,  tidak semua mahir melakukannya, jadi cara paling mudah kita akan lantik tukang buat rumah atau kontraktor untuk merialisasikan impian membina rumah idaman untuk dihuni dengan selesa bersama  anak beranak.

Namun menarik sekali dengan satu perkongsian di aplikasi TikTok, gelagat adik beradik perempuan bersemangat dan ceria membuat kerja-kerja pertukangan bagi menyiapkan rumah yang sedang dibina oleh ayah mereka. Sedikit pun mereka tidak kekok ‘bermain’ dengan simen, pasir dan batu. Ini sekali gus menarik perhatian ramai warganet hingga mendapat tontonan 180,000 jumlah tontonan dengan kepsyen “Bagus pekerja-pekerja ayah ni. Patut la berebut org nak masuk meminang” 

Bermacam-macam komen diterima dan antara yang mencuit hati apabila  ada netizen menulis, “Macam ni baru boleh bagi hantaran tinggi. Harga tapak hantaran RM50,000.”

Sementara itu pemilik akaun @dindasue memaklumkan, mereka adik beradik bersama-sama membantu ayah mereka untuk menyiapkan proses menyambung rumah.

@dindasuebagus pekerja2 ayh ni 😀 patut la berebut org nak masuk minang😂 ##anakayah ##pkp2021

♬ original sound – dindasue🌼

Manakala memetik perkongsian di sinar viral Nurul Nasuhah berkata, “Kami seramai enam beradik perempuan memang daripada kecil dah rajin tolong ayah buat rumah. Ayah ni dari dulu buat sendiri je termasuk rumah yang kami duduki sekarang… jarang sangat upah orang.

“Kiranya dari kecil lagi, kami semua dah bergotong royong dan diberikan pendedahan. Ketika ini ayah nak sambung sikit rumah, kebetulan pula semua adik saya ada dekat kampung sebab masing-masing terpaksa meneruskan pembelajaran secara dalam talian (online)

“Jadi kami semua termasuk emak bergotong royong, ada yang bancuh simen, ikat bata, tolak tanah dan macam-macam lagi. Hanya abang sulung saja tiada sebab bekerja ketika itu,” ujar anak ke dua daripada lapan adik beradik ini.

Menurutnya lagi, bapanya pernah menghantarnya dan seorang lagi adik perempuan untuk mengikuti kursus kemahiran dalam bidang pembinaan di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

“Kiranya ada la serba sedikit ilmu dalam bidang pembinaan ini. Lagi pula sekarang ni susah sikit nak upah tukang sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya yang juga ibu kepada seorang cahaya mata.

Tambah Nurul Nasuha lagi, jantina bukanlah halangan untuk seseorang wanita melakukan kerja-kerja yang biasa dilelopori lelaki asalkan mempunyai pengetahuain dan mementingkan keselamatan.

Sumber : TikTok@dindasue dan mStar

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club