“Bagus, Didik mualaf dekat diri dengan Al Quran.” Hadiahkan Isteri Sejadah, Didik Baca Al-Quran, Ryzal Dipuji Warganet!

Share

Dikenali melalui saluran YouTube DurianKimchi TV, pasangan suami isteri Malaysia-Korea iaitu Nik Muhammad Ryzal dan Maryam You Narae sentiasa menghiburkan penonton dengan gelagat bersahaja mereka berdua.

Nik Muhammad Ryzal yang lebih mesra dikenali sebagai Ryzal merupakan seorang jejaka berasal dari Kelantan dan berkahwin dengan suri hatinya Maryam, seorang gadis dari negara Korea Selatan.

menerusi akaun Instagram Durian Kimchi, terdapat sebuah video memaparkan Ryzal menghadiahkan isterinya sehelai sejadah.

Dalam video itu, Maryam menceritakan serba sedikit tentang perangai suaminya ketika solat sewaktu mereka berada dalam kuarantin dan tidak mempunyai sejadah. Jadi, mereka menggunakan tuala sebagai pengganti sejadah.

Menurut Maryam, lututnya  sakit kerana menggunakan satu lapisan tuala sedangkan suaminya cukup selesa kerana menggunakan lima helai tuala. Gelagat Maryam membuatkan ramai terhibur.

Dalam pada itu, warganet  turut memuji Ryzal kerana berjaya mendidik isterinya untuk membaca al-Quran.

dollywaxbyuhi😍😍😍 ya Allah rahmatilah mariam aminn
shafiqahhanis_tak sabar nk tunggu maryam lancar berbahasa melayu.. masa tu jenuh rizal nak layan😂😂😂😂 tobat macam peluru dia sembang.comey ja maryam cakap melayu❣️
Pahala yang mulia
zackryiskandarBagus suaminya masa lawak dia berlawak bila bab berkaitan agama suaminya ambil berat tak main² serius mngajar itu paling pnting serius apabila berkaitan dgn agama @ syariat…Tahniah semoga kedua² perolehi ganjaran pahala yg mulia dr Allah serta perolehi Syurga Firdausi..Ameen…So sweet😁👏👏👏👏❤️
lazuanishamsuddinSayu tgk full video ni kat utube..touching ..hebat nyaaa..👏🏽Allah sayang 💕
syahmi97ikmalBagus.. Didik seorang muallaf dekatkan diri dengan Al Quran, alhamdulillah