Kreadibilitinya dalam mendidik anak sungguh inspirasi. Bukan sahaja suaminya tetapi beliau sendiri. Sudah pastinya Datin Dr Halina isteri kepada angkawasan negara. Siapa yang tak kena caranya mendidik anak. Malah melihat kepintaran anak-anaknya jelas mengambarkan ketegasan dalam mendidik anak-anak.
Ads
Ads
Ads
Malah baru-baru ini, perkongsian Dr Halina telah mendapat perhatian netizen apabila memaparkan anaknya mengejakan solat walaupun mengalami kesakitan pada bahagian kaki.
Sungguh inspirasi cara didikannya. Tetap mendidik anak untuk melakukan ibadat solat walau apa jua keadaan.
Dalam pada itu, netizen menyokong cara Dr Harlina mendidik anaknya.
Moga kita menjadi ibu bapa yang terbaik dalam mendidik anak.
Sumber: Instagram Dr Halina
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendidik dan membiasakan anak kecil untuk mendirikan solat dengan lengkap 5 kali sehari, hakikatnya bukanlah semudah kita mengajar 1 2 dan 3.
Oleh itu, sering juga kita mendengar ada keluhan ibu ayah dalam hal solat ini. Apatah lagi bila anak menginjak remaja, ada yang liat untuk mendirikan solat.
Semua ini cukup merunsingkan ibu dan ayah. Tidak mahu perkara ini berlaku dalam keluarga kita, ada baiknya ambil pendekatan yang disarankan oleh seorang ayah ini. Jom semak.
Didik anak-anak untuk mendirikan solat 5 waktu. Dia susah, dia tak nak, suruhlah juga sampai dia solat.
Ya. Semua tahu. Nak didik dia, nak ajar dia supaya dia mendirikan solat, bukan satu perkara yang mudah. Boleh tahan juga beratnya.
Suruhlah dia menyanyi, suruhlah dia buat hal-hal lawak, mudah sangat. Siap kita ajar dan sokong lagi.
Tetapi, bila sebut hal solat, ah macam-macamlah ayat yang keluar dari mulut kita yang jadi mak dan ayahnya.
Dia nak menyanyi, dia nak melawak, dia nak main apa-apa pun, boleh sahaja. Asal ikut batas-batas dan paling penting dia solat.
Jadi, nak tarik minat dan bagi dia suka kepada solat, cubalah tips di bawah:
1. Kita solat. Mak dan ayah solat. Anak-anak tengok kita solat, dia jadi satu penarik minat bagi dia. Inilah teladan paling baik. Kita tak solat, tak usah pelik kalau anak tak dirikan solat.
2. Sebelum azan, kita dah siap-siap untuk bersolat. Solat sama-sama. Pastikan anak dah siap semua depan sejadah. Paling baik ke masjid. Tak dapat, berjemaah di rumah. Bukan seorang solat dalam bilik, seorang solat di ruang tamu.
3. Ajak mereka bersolat dengan ayat-ayat atau ajakan yang baik. Contohnya “Mari kita solat sama-sama. Ikut ayah solat ya”. Tarik hati dia, bukan jauhkan hati dia.
4. Bila anak dah berusia 7 tahun atau lebih, dah boleh mula bagitahu kepentingan solat dalam kehidupan seorang muslim. Terang sikit-sikit, bukan terus bagi ceramah huhu. Buat contoh yang boleh menarik minat mereka dan tidak membosankan. Cuba cerita pengalaman kita solat bersama mak dan ayah kita.
5. Semakin meningkat usia, cuba minta dia azan, iqamah, jadi imam, tukang zikir dan pembaca doa. Dia akan tertunggu-tunggu hari tu. Suara dia pada kita macam tak kena je, tetap bagi pujian. Suara kita pun ke laut hihi. Yakin kepada anak-anak.
Keluarga yang menjaga solat 5 waktu, adalah keluarga yang benar-benar bahagia. Mereka tidak perlu lagi mencari dan mengejar bahagia yang ada di luar, kerana bahagia itu akan hadir sendiri kepada mereka.
Solat membawa berkat dan rahmat, khabar gembira dari Allah.
Tidak dinafikan tidak semua berpeluang untuk bercuti bagi meraikan Hari Raya bersama keluarga. Ada yang terpaksa bekerja atas dasar menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
Ini sebagai mana sedikit pengalaman yang pernah dilalui oleh pasangan doktor muda ini iaitu Dr. Sophia Yuhanis, 32 tahun bersama suaminya Dr. Mohd Rais Mokhtar @ Roselly,32 tahun.
“Menyingkap pengalaman dalam bidang perubatan sebelum ini, boleh dikatakan pengalaman kami tidaklah sehebat doktor-doktor pakar di luar sana yang telah lama berkhidmat dengan hospital kerajaan.
“Pada awal pembabitan dalam bidang ini, saya dan suami terlebih dulu menjalani latihan sebagai ‘houseman’ di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Ampang selam dua tahun.
“Selepas itu saya menyambung tugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Dungun, Terengganu dan menjawat jawatan sebagai doktor bius di Hospital Sungai Buloh dan suami pula doktor di bahagian wad perubatan dalaman.
“Ketika bertugas di Hospital Sungai Buloh adalah paling mencabar. Jumlah pesakit jauh lebih ramai berbanding hospital yang saya pernah berkhidmat sebelum ini. Apabila hospital sentiasa penuh, sudah pasti warga kerja termasuk doktor, jururawat medical asistant, pembantu am, kerani, pengawal keselamatan sentiasa silih berganti secara 24 jam bekerja. Kami bekerja tanpa mengira waktu siang ataupun malam malah hujung minggu pun kena bertugas.
“Dan saya ingat lagi ketika di Hospital Dungun, saya kena berkhidmat di Hari Raya. Walaupun beraya di hospital bersama pesakit, kami tetap juga meraikan Lebaran seadanya dengan membawa hidangan seperti ketupat, lemang dan kuih muih di tempat kerja,” terang Dr Sophia yang juga ibu kepada 3 cahaya mata ini dengan tenang.
Turut diakui oleh suami yang ada di sisi sambil menambah bicara, “ Apatah lagi bila menyentuh bab cuti Raya, ada sistem giliran. Jika tahun ni dapat cuti, tahun hadapan tak dapatlah. Makna cuti Raya bagi doktor bukannya cuti panjang hingga seminggu lamanya, sekadar sehari dua sahaja.
“Kena bertugas oncall ketika Raya pun adalah perkara biasa yang dilalui oleh sesiapa pun bergelar doktor. Anak-anak dan ahli keluarga harus faham dengan tuntutan kerja sepertinya ini. Jika bertugas oncall maka saya atau isteri tidak dapat turut serta bersama sanak saudara untuk melakukan amalan ziarah di Hari Raya,” ujar Dr. Mohd Rais graduan dalam bidang perubatan di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUMCS) dengan jujur.
Berbicara tentang persiapan raya tahun ini, bagi pasangan doktor ini juga tidak jauh bezanya. Tetap memilih untuk bergaya sedondon.
“ Saban tahun bila tibanya raya, boleh dikatakan sayalah yang akan menentukan tema warna untuk digayakan pada tahun tersebut. Daripada pakaian anak hinggalah saya dan suami, semua saya uruskan. Alhamdulillah suami bukanlah jenis memilih dalam bab warna dan fesyen, jadi memudahkan saya untuk buat perancangan. Apa yang suami tahu semuanya sudah ready.
“Pada tahun ini kemeriahan merai lebaran lebih teruja kami rasakan apabila anak-anak semakin pandai bergaya. Puteri sulung Zara Humaira, 5, Sara Raissa, 2 dan Lara Yasmeen, 8 bulan seakan tidak sabar untuk menggayakan enam pasang baju raya yang disediakan bagi menceriakan raya tahun ini,” ujar Dr.Sophia lagi sambil tersenyum manis.
Beralih tumpuan
Tempoh pengajian yang panjang, persekitaran kerja yang mencabar dan penuh tekanan membuatkan kerjaya doktor memerlukan banyak pengorbanan. Bukan sahaja tenaga malah masa bersama keluarga dan anak-anak.
Ini adalah persepsi biasa yang wujud di kalangan kita apabila bercakap mengenai kerjaya sebagai seorang doktor. Pun begitu, setelah bergelumang dengan cabaran siapa sangka kini kedua-duanya berjaya menjadi pengasas Klinik Dr Sophia Y di Desa Alam, Shah Alam.
“Saya akui, pilihan untuk menjadi doktor kecantikan sudah tertanam sejak kecil lagi di dalam hati saya. Alhamdulillah ibu, Raja Ruziah menyokong pilihan saya sejak belajar di dalam bidang perubatan lagi hingga kini,’ jelasnya lagi.
Manakala diajukan persoalan impian dan harapan Dr. Mohd Rais, lain pula sasarannya.
“Jujur saya akui, setelah adanya klinik sendiri masa lebih banyak bersama keluarga. Dan ini sangat-sangat berbeza keadaannya sebelum itu. Pun begitu, minat yang mendalam dalam bidang perubatan mendorong saya untuk menyambung pelajaran untuk bergelar doktor pakar,” ujarnya lagi dengan penuh bersemangat di akhir perbualan.
Sumber : Majalah Keluarga Isu Jun 2018.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat tanaman jiran yang sudah mula berbunga dan berbuah lebat buat hati rasa cemburu. Apa agaknya baja yang dipakai dan bagaimana pula cara penjagaannya.
Buntu seketika bila memikirkannya. Kalau masih belum menemui baja sesuai, ada baiknya anda cuba petua yang dikongsikan oleh seorang wanita di blognya, adaapadgnaidadewie.blogspot.my.
Dia yang menggunakan lebihan nasi dan kemudiannya dibiarkan diperam sehingga mengeluarkan hasil tapaian berjaya membuatkan tanamannya berbunga selepas 2 minggu. Wow hebat!
Jadi jomlah kita cuba.
Nak kongsi pulak lagi satu tips ni, rasanya saya pernah kongsikan dulu tapi mungkin tak berapa jelas. Jadi kepada readers yang email saya tanya tentang enzim pokok tu, saya buatkan soal jawab khas untuk menjawab soalan-soalan kamu ye.
S: Berapa lama nak peram nasi tu baru jadi enzim?
J: Bergantung kepada beras yang kamu guna. Ada sesetengah beras cepat basi tapi ada sesetengah beras boleh tahan lama.
S: Nasi boleh guna apa2 jenis pun ker?
J: Boleh guna apa-apa jenis nasi asalkan nasi putih dan tidak berminyak. Nasi beras merah orang Terengganu buat nasi dagang tu tak boleh la.
S: Ada beza ke?
J: Secara logiknya, beras merah dikukus dengan santan untuk jadikannya nasi dagang. So, dah bukan nasi biasa sebab bercampur dengan bahan yang mempunyai sifat berminyak iaitu santan. Nasi lemak pun tak boleh sebab ada santan walaupun warnanya putih.
S: Bagaimana tekstur nasi tu sebelum boleh jadi enzim?
J: Nasi basi yang telah berubah ke proses penapaian. Teksturnya agak lembik dan mungkin ada air masam yang keluar. Mungkin juga terdapatnya ulat-ulat yang bertindak sebagai agen pengurai.
S: Mesti kena tanam ke nasi basi tu?
J: Letak je kat pangkal pokok tu pun boleh, tapi kalau lalat mai datang buat kenduri kat situ saya tak tanggung.
S: Boleh bagi contoh gambaran tak?
J: Sila tengok gambar kat bawah ye.
Ringkasan:
1. Lebihan nasi jangan dibuang, simpan semalaman atau lebih.
2. Esoknya periksa samada nasi telah basi dan kelihatan lembik atau tidak.
3. Jika tidak, biarkan disimpan lagi supaya mengeluarkan enzimnya.
4. Kemudian barulah diletakkan pada tanaman kita.
Contoh pokok yang berbunga dan berbuah selepas 2 minggu – 6 minggu diberikan enzim.