Mendidik anak-anak dalam berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan bukan sahaja melahirkan empati dalam diri mereka, bahkan membuatkan mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada .
Tidak hairanlah ramai yang sering menjadikan rumah anak-anak yatim atau keluarga yang kurang berkemampuan sebagai tempat untuk berkongsi rezeki.
Bagi pelakon cantik manis, Datin Seri Zizie Izette turut berbuat demikian. Dalam satu perkongsiannya menerusi laman instagram, isteri kesayangan Dato Seri Bung Mokhtar ini memilih mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya di sebuah pusat jagaan kanak-kanak.
Ads
Umum mengetahui, Zizie memiliki anak ramai dan ada antaranya merupakan anak angkat yang dibelanya sejak kecil lagi iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.
Anak lelaki angkatnya diberi nama Aaric Zayn Izette itu kini sudah memasuki usia empar tahun dan itu merupakan majlis sambutan hari lahirnya.
Ads
Dalam majlis tersebut, pelbagai juadah disediakan Zizie untuk berbuka bersama-sama penghuni pusat berkenaan.
Perkongsian Zizie menerusi laman instagramnya itu mendapat reaksi ramai,. Rata-rata memuji cara Zizie mendidik anak-anaknya dalam berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan.
Terharu layanan pada anak-anak syurga
bunga__chinta MasyaaAllah bagusnya datin didik anak2..semoga semua anak2 datin berjaya jadi anak yang soleh dan solehah..aaamiin
rose45804aSalam Datin Zizie. Suka tengok you layan anak2 you. I can say you are the best with your children. Tq again.
_takenbysomeoneHappy birthday Aaric.. May Allah bless you, always be a good son to mom and dad okay. Stay humble and be good brother to all your siblings❤️
Bagusnya didik anak-anak sayang sama rata
marniechristieBagus cara datin didik anak2, mudahan anak2 berjaya dunia akhirat🙏🏻
Memiliki ruang laman yang dilengkapi dengan ruang santai tentu menjadi idaman untuk direalisasikan. Kiranya dapatlah seisi keluarga berehat menghirup udara luar dalam suasana yang cukup mendamaikan sambil ditemani dengan landskap laman yang menghijau.
Bahkan tidak dinafikan sanggup berhabis duit untuk meletakkan gazebo puluhan ribu ringgit di ruang halaman rumah demi memberi mood santai yang indah.
Pun begitu, berbeza dengan Azlan Idris yang lebih selesa menggayakan ruang laman dengan jelmaan ruang patio daripada block stone dengan bermodalkan RM 500 sahaja namun nampak begitu sempurna dan cantik sekali.
Menurutnya, tujuan dilakukan DIY di ruangan tersebut adalah untuk dijadikan tempat santai menikmati suasana BBQ bersama keluarga tercinta.
Turut dikongsikan cara dan bagaimana membuat patio tersebut di salah satu group deko di facebook, dan perkongsian mendapat perhatian ramai.
Jadi buat anda yang terinspirasi untuk hasilkan patio seumpamanya, bolehlah lihat langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya untuk dijadikan panduan bersama.
DIY PATIO BLOCK STONE
Langkah 1 : Tentukan dan ukur keluasan yang ingin dijadikan ruang patio. Untuk keluasan ini adalah 100 inci X 150 inci.
Langkah 2 : Korek dan ratakan tanah mengikut keluasan yang ditandakan.
Langlah 3 : Taburkan pasir dan padatkan agar permukaan menjadi rata. Setelah itu barulah susun stone.
“Abang beli area rumah ni, Ulu Yam RM1.20 satu batu…kat lain kalau ada murah tak tau lah. Total cost lebih kurang RM500 je”
“Ada yg letak batu gravel gak sebelum pasir…tapi kalau setakat orang je yg naik atas cukup dah pasir…kalau nak yg parking kereta bagai elok 2 lapis..batu graval lepas tu pasir..dah bagi padat baru susun batu,” tulisnya diruangan komen bila ramai yang bertanya soalan kepadanya.
Langkah 4 : Bersihkan kesan pasir di celah-celah batu dengan air paip.
Langkah 5 : Siap dan bolehlah letakkan meja, kerusi dan kelengkapan BBQ mengikut susun atur yang sesuai.
Tersentuh hati membaca kisah pengorbanan ibu kepada pelakon dan hos Yana Samsudin tatkala memilih untuk bertukar agama.
Biarpun keluarga merestui, namun perjalanan hidup ibunya membuatkan ibu kepada cahaya mata lelaki ini cukup syahdu dan respek dengan kekuatan yang ada pada diri ibunya. Biarpun sudah berbeza agama, namun ikatan kasih sayang dan kekeluargaan tetap utuh.
Inilah bingkisan yang dikongsikan oleh Yana Samsudin menerusi laman instagramnya baru-baru ini.
Tetiba syahdu pula… Rindu Babeh & Tayung… ? . Memori full, scroll la nak delete pic & video , lalu pulak pic ni… ? . Tak tahu nak describe camne… Rindu tapi jauh… walaupun jauh tapi sentiasa di dlm doa & hati. . Ye lah, zaman muda yana , kena kerja keras nak beli tiket mak abah & adik beradik lain untuk balik sana. Tau lah kan kalau balik time raya Xmas & gawai harga tiket mahal.. . Ok.. jangan tertanya yana ni kaum apa pulak?.. Mak yana muslim convert asalnya Bidayuh Kristian , Sarawak.
. Keluarga mak pribumi Sarawak. Diaorg tinggal dalam komuniti kecik, tanam pokok durian, lada hitam, padi bukit, dan makan hasil bumi. Mak pernah cerita kalau diaorg adik beradik masuk hutan nak kemas kebun atau ke kampung sebelah ambil masa 4 hari tau.. berjalan kaki redah hutan bukit bukau… salute lah. Diaorg tak sesat pun ? . Paling Yana salute.. Babeh, Tayung & adik beradik mak (Aunty & uncle) beri peluang mak yana pilih jalan hidupnya (muslim) tanpa memutuskan silaturrahim sesama mereka. . Jika di fikirkan pasal pengorbanan mak , jauh lebih kuat berbanding kami di sini.. Tinggalkan keluarga, tukar agama dan ikut suami ke Johor. Sampai sekarang setiap kali dia call mak dia , mesti menangis ? . Tapi tu lah, yana tulis ni bukan nak cerita pasal pengorbanan sesapa. Yana nak cerita pasal yana rindu orang orang tua keliling yana. Mendiang Babeh meninggal usia 99 tahun februari 2 tahun lepas. ?
Korang tahu kan situasi bila petang orang tua datang berkumpul duk mengopi mengeteh , menyogel sireh depan rumah… menganyam tikar, menganyam bakul, asah parang kebun, bawa balik durian , lada hitam, padi sawah , padi bukit, rambutan & hasil hutan seperti rebung & sayur sayuran… cucu cucu kecik main main kat halaman rumah…. Rindunya!!!!!! Ok lah . Tak sanggup nak sambung cerita… ?
Semoga kita semua, mak abah mama abah, atuk nenek mendapat pengakhiran yang baik insyaAllah. Amin…
Rumah Biru ‘sign off,’ pemilik kediaman berpindah, tiada lagi rumah berlatarkan KLCC, bakal jadi memori. Sebuah rumah yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Rumah Biru sering menarik perhatian ramai.
Rumah Biru ‘Sign Off,’ Pemilik Kediaman Berpindah
Kerap muncul dalam iklan raya, drama dan filem seperti Adnan Sempit serta Abang Long Fadil, rumah ini punya nilainya yang tersendiri. Rumah Biru ini dikatakan berusia lebih 80 tahun menjadi tarikan orang ramai di Kampung Baru. Binaan asalnya dahulu dikatakan agak tinggi kerana kerap banjir telah diubah suai menjadi rendah oleh pemilik.
Biarpun ia berpenghuni, ramai pengunjung yang datang dari seluruh pelosok negara mengambil peluang bergambar dengan pemandangan cantik berlatarkan pencakar langit dan mercu tanda negara, Menara Berkembar Petronas.
Tiada Lagi Rumah Berlatarkan KLCC, Bakal Jadi Memori
Bagaimanapun rumah yang sudah didiami oleh pemiliknya selama 40 tahun ini bakal menjadi memori. Menerusi satu hantaran di Facebook, pemilik rumah berkenaan memberi bayangan bahawa tiada lagi rumah biru tersebut selepas. Ia untuk memberi laluan kepada projek pembongkaran semula palong yang di tanam di bawah tanah rumah biru.
Difahamkan, Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira empat tahun bagi menyiapkan projek berkenaan.
“Kampungku Kampung Baru, Kuala Lumpur di Jalan Salleh. Kini telah berakhir menetap di sini dari tahun 1984 hingga 31 Mei 2024,” katanya.
Berterima kasih kepada semua pengunjung dan peminat yang menjadikan ia sebagai lokasi bergambar, pemilik rumah ‘legend’ di Kampung Baru itu juga berharap dapat kembali ke tanahnya.
“Maka dengan ini, secara rasmi kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh tiga atau empat tahun dengan harapan selepas ini, kami pulang semula ke tanah ini,” ujarnya.
“Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir secara rasmi mahu pun tidak ke rumah kami untuk bergambar. “Mohon maaf salah silap kami sepanjang tempoh tersebut. “Rumah Biru sign off.”
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa sedih kerana satu-satunya kampung di tengah bandar mungkin akan dirobohkan.
Ada juga yang menitipkan pesanan agar rumah itu dikekalkan dengan ciri kampung yang sama selepas ini.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.