Penggal tahun ni tak melabuhkan tirai lagi, takwim sekolah tahun depan dah keluar dah. Bagusnya!
Semalam, Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyenaraikan senarai takwim bagi penggal dan cuti persekolahan untuk. semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bagi tahun 2021.
Timbalan ketua pengarahnya (Sektor Operasi Sekolah), Adzman Talib berkata, penggal persekolahan bagi sesi 2021 akan bermula pada 20 Januari dan tamat pada 9 Disember bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan A.
“Manakala bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan B, penggal persekolahan bagi sesi 2021 akan bermula pada 20 Januari dan tamat pada 10 Disember,” katanya.
Selain itu, KPM juga telah menyelaraskan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan 2021 yang melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Keamatan, Hari Gawai Dayak, Deepavali dan Hari Krismas.
“Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali.
“Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti,” tambah kenyataan itu lagi.
Bagi resolusi lampiran lebih jelas, anda boleh muat turun di sini: https://www.moe.gov.my/takwim/takwim-sekolah-2021
Sumber : KPM