Anak-anak yang sedang membesar memang banyak ragam. Kadang-kala pening dibuatnya nak melayan. lebih-lebih lagi yang sudah besar, macam-macam gelagat boleh dilihat. Ada yang suka bertanya, ada yang suka melompat dan tak kurang juga pantang dapat pen atau peralatan menulis, mula la habis dicontengnya.
Itulah situasi yang dialami oleh Norhidayah Mohd Ali Atau Hidayah yang merupakan isteri kepada Allahyarham Abam Bocey.
Dalam satu perkongsian di laman instagram, Hidayah memuat naiks atu video memaparkan gelagat si anaknya, Syed UIthman Hamzah Al-Juffrey yang aktif menconteng.
‘Kreativiti’ si anak bukan hanya pada papamn putih yang disediakan, bahkan Hamzah turut menjadikan lantai sebagai ‘mangsanya’ menconteng.
“Orang bagi papan putih, dia nak main conteng situ. Aduhai budak ni. Ini semua kerja dia, conteng-conteng kat sini. Habislah. Tengok tu, tak cukup besar lagi
“Orang bagi ni, nak conteng situ juga. Habislah nanti atuk kena kemas ni. adui adik adik. Inilah hasil dari tangan Hamzah,” kongsi hidayah lagi.
Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, Hidayah menunjukkan bagaimana lantai rumahnya yang dipenuhi dengan dakwat jenis marker berwarna hitam.
Dalam pada itu, ramai yang terhibur dengan gelagat Hamzah. Malah, ramai mendoakan semoha Hamzah menjadi anak yang bijak.
Moga jadi anak bijak ibu ayah
Sumber: abam_bocik
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club