“Bagi Kat telinga kanan anak kita.” Tak Boleh Teman Isteri Bersalin, Suami Ni Azan Melalui Voice Note WhatsApp Untuk Anak!

Share

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan kehadiran zuriat dalam hidup mereka. Keterujaan bergelar ibu bapa tidak tergambar dek kata-kata. Kerana itu, ramai suami atau bakal ayah tidak melepaskan peluang untuk berada di sisi isteri ketika saat melahirkan.

Namun, dalam keadaan pandemik COVID-19 pada ketika ini, suami tidak dibenarkan untuk berada di samping isteri.

Menerusi Perkongsian  Syaza Joe di Twitter, dia memuat naik saat-saat ketika dia melahirkan anak dan suaminya hanya mampu menemaninya melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam masa yang sama, Syaza bimbang kerana terpaksa bersalin secara caesarean.

Pun begitu, segalanya berjalan dengan lancar dan dia selamat melahirkan bayi lelaki.

Rupa-rupanya pasangan ini masih muda lagi dan itu dikongsikan oleh Syaza bagi menjawab pertanyaan warganet.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila suaminya terpaksa mengazankan bayi mereka melalui voice note. Perkongsian tersebut turut mendapat respond ramai, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama tidak dapat menemani pasangan bersalin.

Sumber: Syazaajoee

Cuci barangan bayi di SINI