Bagi Isteri Hadiah Bukan Sebab Dia Materialistik. Jangan Negatif Kalau Tak Tahu Maksud ‘Love Language’

Share

Nak memujuk orang sebenarnya benda paling lemah nak buat. Betul tak? Especially nak memujuk wanita, pujuk cara ini tak kena, cara itu tak jalan. Kadang buntu lah dibuatnya!

Selalunya, cara paling mudah nak pujuk orang guna dengan beri hadiah. Tak kisah lah nak bagi hadiah apa, paling simple nak pilih benda yang menjadi favourite si dia la!

Dah bagi, barulah nampak sedikit senyuman disebalik jawah kelat mulut muncung boleh sangkut hanger tu. Hehe.

Bagi hadiah sebagai tanda memujuk, bukan beerti orang yang merajuk tu materialistik tau! Pantang bagi hadiah je, terus ok. Tidak ye!

Ia dikategorikan sebagai Love Language. Nak tahu apa tu? Jom ikuti perkongsian dari Taufiq Razif

ni!

Isteri saya bukan materialistik

Baru ni isteri saya merajuk. Daripada raut wajah yang susah nak senyum tu saya tahu dia tengah merajuk dengan saya. Bila tanya sepatah, jawap pun sepatah. Aduh gawat sih!

Yelah, saya ni kadang melampau juga. Sibuk meeting sana sini sampai kadang terlupa yang ‘meeting’ bersama anak dan isteri itu lebih utama.

Jadi dipendekkan cerita saya sedar itu kesilapan saya dan saya nak tebus kesalahan saya. Aduh. Macam mana nak tebus kesalahan saya ni?

Nak taknak saya kena isi balik tangki emosi bidadari saya ni. Jadi saya hadiahkan isteri saya satu set Senduk Pelangi warna warni. Mula mula muka si dia selamba je. Biasa lah jual mahal kan hehe. Cuma eh perlahan lahan senyuman mula terukir.

Tanya sekali, eh jawab sepuluh kali teruih! Sah! Si dia dah berjaya dipujuk! Tadi punya la ketat muka tu tapi dah dapat hadiah terus tersenyum.

Memang ada sesetengah wanita ni memang nak pujuk mereka, kena bagi hadiah. Mereka bukannya materialistik tau. Tahu tak Receiving Gifts ni salah satu daripada 5 Love Language?

Ok gini tuan puan. Love Language ni ada 5 seperti yang ditulis oleh Dr Gary Chapman, seorang spekaer dan penulis buku terkenal dunia.

Love Language ni adalah bagaimana seseorang itu merasa DICINTAI. Ok cuba baca bawah ni untuk lebih faham lagi.

5 Jenis Love Language

Words of Affirmation – Ada wanita merasa DICINTAI bila kita bagi kata kata cinta, pujuk rayu, puji pujian dan perkataan perkataan yang mendamaikan hatinya

Physical Touch – Ada wanita merasa DICINTAI bila kita peluk peluk dia, genggam tangan dia semasa berjalan jalan dan lain lain yang melibatkan sentuhan fizikal

Act of Service – Ada wanita yang merasa DICINTAI bila kita tolong dia masak, picit kaki dia, tolong lipat baju, cebok anak dan lain lain yang melibatkan khidmat dan bantuan

Quality Time – Ada wanita merasa DICINTAI bila kita bagi masa untuk dating berdua, tak terlalu sibuk bekerja sampai abaikan si dia

Receiving Gifts – Ada wanita yang merasa DICINTAI bila kita bagi mereka kejutan hadiah, nafkah lebih dan pemberian penuh ikhlas

Mereka bukan mengada ngada, mereka bukan materialistik tapi ini adalah sunnatullah. Ia ada dalam naluri manusia. Seperti pesan Nabi Muhammad :

تهادُوْا تحابُّوا

Maksudnya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.
Riwayat al-Bukhari (594)

Taufiq Razif
Makin bagi hadiah, makin rezeki bertambah