Bagi Hadiah, Siap Mengaku Isteri! Dr Say – “Minta Maaf Isteri Saya Azu Dah Ambil Semua Slot Poligami”

Share

Dah menjadi kebiasaan orang yang dikenali atau memiliki rupa paras yang cantik dan tampan ada ‘secret admire’ mereka dalam senyap.

Baru-baru ini, pengacara dan doktor selebriti, Dr Say Shazril berkongsi bahawa dia menerima bungkusan misteri daripada seorang wanita. Katanya, bungkusan tersebut sudah lama di hantar di klinik isterinya, Dr Azura namun baru tergerak hati untuk membukanya.

“Sebelum ni saya bersungguh-sungguh bagi nasihat perhubungan tapi saya hanyalah manusai biasa yang tak lari dari mempunyai nafsu, mahu cuba someone new, mahu rasa butterflies pabila baru bercinta. Kisahnya harini bini terima satu bungkusan dengan nama saya di klinik. Sebenarnya dah agak lama bungkusan tu sampai tapi arini baru tergerak hati bini nak buka bungkusan tu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kongsinya, wanita itu memberinya sejambak bunga ros, anak patung, belon dan coklat kegemarannya beserta kad ucapan. Lebih mengejutkan apabila wanita itu menyatakan bahawa dia merindui dirinya dan mengaku sebagai isteri Dr Say beserta gambar.

“Luaran bungkusan cukup special, ada belon “I Love You”. Bila bini buka bungkusan tu ada bunga ros yang separa layu, teddy bear & coklat favourite saya & rasanya favourite semua orang di dunia yakni Ferero Rocher. Di samping tu ada sekeping kad yang luarannya tulis February Bloom.

“Pabila kad February Bloom itu dibuka, SAYA KANTOI TERUK PEEPS! Dalam kad tertulis ‘To Dr Say Shazril, I miss you hubby, Selamat Menyambut Ramadhan Kareem, FROM YOUR WIFE AYU” disertakan sekali gambarnya di tepi, cukup manis orangnya,” tambahnya.

Susulan itu, Dr Say menyatakan bahawa slot poligami dalam rumah tangganya telah di ambil semua oleh isterinya Dr Azura.

“Apa lagi, terus bini saya whatsapp saya saying “Sape pulak ni?”. Terduduk saya dibuat belon, teddy bear, bunga, coklat, gambar Ayu beserta dengan ayat “From Your Wife Ayu”.

“Kesimpulan saya cuba sampaikan kepada Ayu kalau awak terbaca status ini, saya minta maaf tapi isteri sebenar saya Azu dah ambil ke semua empat slot poligamii saya jadi tiada ruang untuk saya izinkan Ayu ke dalam hidup saya.

“Kalau ada Dr Say yang memberi harapan & janji-janji manis kepada Ayu di luar sana, kemungkinan besar itu Dr Say Shazril palsu. Semoga Ayu tak sayu dengan berita ini ye Ayu & sorry bunga dah layu,” tulis Dr Say.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meminta Dr Say untuk berhati-hati dan tidak menjamah coklat yang diterima. Malah ada yang memintanya untuk berjumpa dengan ustaz demi elak dari sebarang benda buruk berlaku.

Untuk rekod, Dr Say dan Dr Azura telah mendirikan rumah tangga sejak 2014.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang putera iaitu Aezriel dan Sefriel.

Sumber : Instagram Dr Say Shazril