Bagi bisnes, umrah, beri kereta, wanita ini kongsi sebab kena lebihkan anak sulung. Anak sulung seringkali memikul tanggungjawab yang lebih berat berbanding adik-beradik yang lain. Mereka biasanya menjadi ‘tulang belakang’ keluarga, membantu ibu bapa dalam menjaga adik-adik dan menguruskan rumah tangga.
Bagi Bisnes, Umrah, Beri Kereta, Wanita Ini Kongsi Sebab Kena Lebihkan Anak Sulung
Dalam situasi di mana keluarga menghadapi kesulitan kewangan, anak sulung sering menjadi penyokong utama. Mereka terpaksa berkorban banyak untuk memastikan keluarga tetap bertahan.
Apabila ibu bapa akhirnya mencapai tahap kewangan yang lebih stabil dan berkemampuan, adalah wajar untuk mempertimbangkan ganjaran kepada anak sulung yang telah banyak berkorban. Ganjaran ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan tetapi juga sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan pengorbanan yang telah mereka lakukan.
Kenapa selalu lebihkan anak nombor satu? Bagi bisnes, bagi pergi umrah sendiri dan bagi kereta?
Sebab dia seorang anak yang lalui keperitan hidup sama-sama dengan Kak Jura. Dia lahir dalam serba kekurangan. Dia membesar bukanlah dalam keadaan yang cukup selesa. Dia membesar dengan penuh sabar harungi kesusahan Kak Jura sama-sama.
Dia tak ada macam adik-adiknya sekarang yang lahir di hospital swasta yang cukup selesa. Dia tak ada macam adik-adiknya yang membesar dalam rumah besar selesa dengan pembantu rumah. Dia tak ada pergi International School macam adik-adik dia. Dia tak merasa macam adik-adiknya yang selalu dapat pergi holiday. Dia tak rasa semua itu.
Ads
Dia yang lahir di hospital kerajaan yang mana balik rumah terpaksa tumpang kereta jiran sebab masa itu tak ada kereta. Dia membesar duduk flat 1 bilik yang hanya tidur beralaskan toto di ruang tamu dari kecil sampai besar. Dia pergi sekolah kerajaan naik motor berpanas berhujan setiap hari. Dia yang tahu mamanya tak ada duit dan tak pernah merungut minta apa-apa.
Dia yang banyak uruskan hal sekolah/kafa adik-adik semua sekarang berbanding Kak Jura. Dia yang lebih ambil berat hal adik-adik berbanding Kak Jura. Nak buka sekolah dia yang paling sibuk siapkan buku sekolah adik-adik siap balut semua. Dia yang tiap malam tengok jadual sekolah adik-adik untuk pastikan bawak buku yang betul. Dia yang habiskan masa tolong adik-adik ulang kaji bila mereka nak exam.
Bila hari ini Allah permudahkan rezeki Kak Jura maka Kak Jura dahulukan dia. Kak Jura cuba nak bagi terbaik buat dia yang tak pernah pun merungut walau sedikit disaat kami susah.
Alhamdulillah dia anak yang menyenangkan mak ayah. Tak salah jika sekarang tiba masa Kak Jura nak berkongsi banyak benda dengan dia.
Kesimpulannya anak sulung yang telah melalui hidup susah demi membantu keluarga layak diberikan ganjaran apabila ibu bapa sudah berkemampuan. Pengorbanan dan usaha mereka adalah sesuatu yang tidak ternilai dan wajar dihargai.
Ads
Melalui ganjaran yang sesuai, ibu bapa bukan sahaja dapat menunjukkan penghargaan tetapi juga memberi semangat dan motivasi kepada anak sulung untuk terus berjaya dalam kehidupan.
Mengemop lantai berminyak memang memerlukan cara dan teknik yang teliti. Walaupun sudah dimop dengan pencuci lantai namun kesan minyak akibat proses memasak sememangnya sukar untuk ditanggalkan.
Selain cara mop yang salah mungkin juga anda terlupa untuk melakukan empat langkah ini ketika mengemop lantai. Empat cara ini anda kena tahu bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang lama.
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Langkah 1 -Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.
Langkah 2 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Langkah 3 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Langkah 4 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat mereka yang menggunakan kenderaan motosikal sebagai pengangkutan utama ini idea menarik boleh cuba.
Ikuti cara menggunakan drink holder dan ruang simpanab baju hujan hanya di atas motosikal.
Mudah dan selesa jika nak guna bila perlu.
Lagi perkongsian dari saya, untuk abang rider yang menggunakan motorsikal berulang ke tempat kerja hari2 mesti kena redah cuaca, pada tu dahaga pula.. Sebab saya berulang 100% motor 40 minit hari2 elak jammed. Detail refer gambar satu persatu
1.Drink Holder
– Beli dari mr.diy
– Ikat guna cable tie
2.Tempat Simpan Baju Hujan
– Paip PVC putih saiz 82mm saya beli 1kaki balik alter ikut panjang mana saiz baju hujan digulung
– Cap penutup 2unit
– Tebuk juga di cap dan paip bagi senang buka tutup, tekanan udara di dalam akan buat sukar dibuka
3.Penyangkut seat
– Beli dari mr.diy tali getah yg ada penyangkut tu, balik potong semula, asalnya panjang
Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia sanggup berulang-alik menghantar dan mengambil anak-anaknya ke sekolah walaupun mampu untuk mengupah pemandu.
Menerusi video yang dimuat naik di Tik Tok, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang berkongsi rutin hariannya berkongsi dia lebih senang melakukan aktiviti itu sendiri.
Bagi dirinya, dua anaknya adalah tanggungjawab sepenuhnya yang perlu dijaga malah dia mahu merasai sendiri momen berharga itu.
“Sekarang ini rutin saya pagi-pagi selepas bangun subuh, saya akan kejutkan Syaikhul bangun tidur dan suruh dia mandi.
“Kadang-kadang dia menangis, saya mandikan dan siapkan dia kemudian hantar pergi sekolah.
“Dah hantar Syaikhul pergi sekolah, saya akan telefon Sumayyah pula sama ada dia sudah siap atau belum dan hantar pula dia (ke sekolah). Sebab masa lain-lain, Syaikul pula dah masuk darjah satu,” kata Sarah bercerita.
Tambah Sarah lagi, bukan sekadar rasa tanggungjawab bahkan kata Puteri Sarah ia demi menjaga keselamatan anak-anaknya.
“Memang boleh cari pemandu tapi yang dia dihantar itu adalah anak-anak saya, nyawa saya, tak boleh kalau jadi apa-apa..kemalangan ke.
“Saya akan rasa bersalah seumur hidup. Kalau tak saya, acu atau mak akan hantar,” katanya lagi.
Rata-rata warganet mengagumi pengorbanan ibu tunggal ini dan memuji sikap rasa tanggungjawab yang ditunjukkan Puteri Sarah buat dua anaknya, Syaikul dan Sumayyah.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...