Isu anak mak bukanlah benda baru dalam masyarakat kita. Baik orang biasa mahupun selebriti turut mengalami situasi tersebut. Ada yang kurang gemar dilabel sedemikian, tak kurang yang bangga.
Demikian juga dengan selebriti bernama PU Riz ini. Dia mengakui tidak kisah andai dilabel sebagai ‘anak emak’. Menurut Riz, sepanjang dia menuruti kesemua kehendak ibunya, hampir semua perkara yang dlakukan berjalan lancar.
“Banyak benda yang saya ikut kehendak ibu saya, ia menjadi. Bukan diberi rezeki yang sedikit tetapi melimpah ruah. Dalam hal sambung belajar ini pun, saya mahu penuhi permintaan ibu.
“Saya masuk dunia seni pun atas restunya. Jadi apa salahnya saya penuhi hasratnya yang mahu saya berjaya dalam akademik.
menegaskan akan tetap mendahulukan pendapat dan pandangan ibunya membabitkan soal jodoh, walaupun dalam waktu sama dia sudah mempunyai kekasih hati kelak. Dia juga tidak kisah andai kenyataan diberikan itu akan menyebabkan ada pihak mengajuknya ‘anak mak’ selepas ini.
Ibu nombor satu
Kata bekas peserta Pencetus Ummah itu, andai ibunya tidak bersetuju dengan pilihan hatinya dia akan akur.
Ads
“Bagi anak lelaki ibu adalah nombor satu. Malah taraf seorang ibu sangat tinggi di sisi Allah. Al-Quran juga menyebut ibu lebih berbanding bapa.
“Bagi seorang isteri pula suami adalah nombor satu. Bagaimanapun andai bernikah nanti saya sedaya upaya mewujudkan keluarga yang hidup dalam suasana beragama,” katanya.
Dia yang mula dikenali menerusi program realiti, Pencetus Ummah (PU) musim keempat ini juga mula berjinak-jinak dalam dunia bisnes apabila membuka restoran miliknya, Food Station yang beroperasi di Jalan Tun Sambanthan, KL (berhadapan dengan Nu Sentral) yang sudah sudah beroperasi sejak dua tahun lalu.
Ads
Mahu teruskan legasi ayah
Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail rupa-rupanya mahu meneruskan legasi bapanya yang lebih dahulu menceburi dunia perniagaan.
“Bapa menjadi mentor saya dalam apa yang dilakukan termasuk selok belok dunia perniagaan. Saya percaya dalam hidup ini, kita perlu lakukan sesuatu yang dapat memberi jaminan masa depan. Ada juga pendapatan tetap saya setiap bulan.
“Dunia seni masih saya cintai dan berjalan macam biasa. Cuma saya melihat prospek perniagaan makanan ini khususnya boleh dikembangkan dengan baik. Kalau sebut fasal makan ini semua orang perlukan makanan. Pilihan makanan di luar sana memang macam-macam.
Ads
Anjur ceramah agama di restoran
Bercerita lanjut mengenai restoran miliknya, premis makanan itu menyediakan lebih 500 lauk pauk Melayu, Thailand dan Barat.
“Sejak dari awal lagi, saya memang tak lepas tangan menguruskannya. Sibuk mana pun, saya akan cuba bahagi masa untuk restoran ini. Dari awal mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia hinggalah beroperasi sampai sekarang, saya akan ambil bahagian.
“Saya turut berusaha mencari tukang masak terbaik sampai pergi ke Kelantan. Banyak juga kos yang dilaburkan termasuk mengubah suai semula restoran ini kerana ia diambil dari sebuah kedai lama yang diuruskan pihak lain,” katanya.
Malah Riz turut menganjurkan ceramah agama di premis berkenaan dalam menyuntik elemen kerohanian sambil menjamu selera.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memeluk atau mencium anak ketika masih kecil banyak manfaatnya bagi perkembangan diri mereka. Sebab tu, sebelum keluar bekerja, ibu bapa disarankan untuk membiasakan diri mencium anak dan isteri.
Inilah yang dikongsikan oleh Ibu Rose tentang kuasa ciuman dalam mengeratkan hubungan anak dan ibu bapa.
Mencium anak-anak adalah sangat penting untuk menumbuhkan EQ anak dengan lebih segar.
Anak-anak yang sering dicium dengan penuh kasih-sayang merasai dirinya dikasihi.
Jangan segan untuk mencium anak walaupun mereka sudah besar. Sekiranya mereka sering dicium semasa kecil, anda akan mendapati bila mereka sudah remaja, perkara itu jadi kebiasaan bagi mereka.
Namun, dengan remaja dan anak-anak yang telah berusia 8 tahun ke atas, jika hendak menciumnya dikhalayak ramai, bertanyalah dulu. Bukan apa, hanya sekadar menghormati dirinya. Kerana ada setengah kawan-kawan yang jarang dicium oleh ibu bapa mereka akan mengolok-olokan dan mengejek-ejek anak anda dan mengelarnya manja atau yang sepertinya. Kekadang ini akan membuat anak anda stress.
Namun, dalam pengalaman Ibu, jika kita sudah sangat rapat dengan anak-anak dan kita asuh sikap yakin diri tinggi ke dalam dirinya, semua ejekan kawan tidak mencederakannya. Malah, selamba sahaja dia akan mencium anda dan dengan bangga mengatakan; ” Ini mak/bapa saya. Saya sayang dia!” . Dan kawan-kawan yang hendak mengejek pun terkedu.
Kuasa ciuman sangat kuat, dia menjadikan anak mudah mendengar kata. Bukan kerana mereka takut anda, tapi kerana mereka sangat sayang dan hormat kepada anda. Mereka berasa terhutang budi.
Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia. Mari belajar ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.
Dah cium anak anda hari ini?
Salam kasih,
Ibu Rose
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekarang ni nak pagar cantik untuk kediaman tak perlu berhabis ribu-ribu, boleh aje buat sendiri.
Cara DIY memang jimat banyak. Apa yang menarik mengenai cara untuk cantikkan pagar menjadi versi modern, hanya menggunakan shera plank pun dah cukup berbaloi.
Sebagaimana yang dilakukan oleh saudara Marzuki Mahadi yang memasang sendiri shera plank di pagar kediaman rumah barunya.
Mendapat inspirasi dari geng TAHIkrians untuk lebih privasi bila berada di laman rumah dengan cara jimat tapi masih cantik dipandang kenalah dengan harganya. Privasi lebih penting dari cantik, kalau nak cantik terletak elok dan ada bajet sudah tentu saya ikat bata je kan?
Jadi saya pasang shera plank – fibre cement board di pagar besi sedia ada. Shera Plank (Teak) Size: 8mm tebal x 150mm lebar x 3000mm panjang Rm17 sekeping 1 pek 5 keping Info terperinci di kapsyen pada gambar
Pandangan pagar dari luar hadapan rumah
Pandangan luar sisi.
Pandangan dari dalam pagar
Sebelum: Pagar besi
Selepas: Ditutup dengan shera plank – fibre cement board di pagar besi sedia ada
Proses pemasangan, dipotong menggunakan grinder mata potong simen.
Shera Plank jenis teak
Size: 8mm height x 150mm depth x 3000mm width
Rm17/sekeping
1 paket 5 keping
Produk Thailand, weather resistant. Jangan dikarate diterajang in sha Allah bertahan lama lah dia.
Proses undercoat primer menggunakan Primer Jotun sebanyak 2 lapis, cat sorang2 dua hari setengah sebab level cap ayam … dia punya penat sakit pinggang lenguh2 satu badan sampai terkangkang2 jalan sbb kedudukan membongkok dan mencangkung masa mengecat.
Top coat juga 2 lapis menggunakan cat Nippon Fibercote kod 101 Meranti. Lain mcm lepas cat dia punya lawa. Berus roller yg berbulu kasar jgn halus mcm kapas sbb yg belah bunga kayu tu ssh nak berus kalau berus halus mcm kapas.
Utk lebih cantik, jemur lah bagi kering betul2 cat tu.
Cat: Rm145 5L
Jenis skru digunakan.
Jumlah kos
Apa Itu Shera Plank?
Shera plank atau juga dikenali sebagai shera plank cement fiber board merupakan hiasan seperti kepingan kayu yang boleh dilekatkan pada dinding luar rumah. Ia diperbuat daripada bahan campuran simen dan fiber yang mempunyai ketahanan yang lebih kuat berbanding kayu untuk digunakan pada bahagian luar rumah. Boleh boleh didapati dalam pelbagai corak yang akan menjadikan rumah kelihatan lebih menarik.
Pelakon, Zizan Razak dipuji ramai kerana membahagiakan ibunya dengan menghadiahkan ibu tersayangnya sebuah kereta Mercedes.
Menerusi akaun Tik Tok abang Zizan, @hafizarazak869, detik indah dan menyentuh hati itu dikongsikan mereka sekeluarga.
Difahamkan, ibu Zizan, Anai Ibrahim pernah mengimpikan untuk memiliki kereta Mercedes GLC300 itu.
Menerusi video yang dikongsikan, Zizan pada awalnya hanya membawa ibunya ke showroom kereta dengan alasan untuk mencuci mata dan melihat-lihat kereta yang di pamerkan di sana.
Bagaimanapun ibu Zizan amat terkejut dan terharu bila mana diberitahu bahawa kereta jenis Mercedes GLC300 itu merupakan hadiah Zizan buat ibunya.
Kegembiraan jelas terpancar malah ibu Zizan mengalirkan airmata tanda terharu dengan hadiah yang begitu bermakna dalam hidupnya.
Meninjau di ruangan kapsyen, rata-rata pengikut setia anak kelahiran Dungun, Terengganu itu dipuji ramai kerana membahagiakan ibunya.
Malah abang kepada Zizan turut sama memuji usaha keras dan sikap penyayang adiknya.
“Alhamdulillah adik. Along bangga dengan adik. Banyak tolong kami. We love you my adik,” tulisnya.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.