Mendidik dan mentarbiyyah anak-anak untuk solat tidak semudah kita jangkakan. Oleh itu, ibu bapa perlu tanamkan sifat rajin dalam diri anak untuk solat, menjadi anak yang soleh dan sabar.
Terdapat pelbagai cara untuk tanamkan sifat suka solat dalam diri anak. Ikuti cara ini dan moga mendapat menfaat bersama.
1) Ajar anak suka dengar azan
– Sewaktu azan, suruh anak diam, dengar dan menghayati sama-sama.
– Kuatkan suara ketika menjawab azan supaya anak dapat dengar.
– Jelaskan kepada anak anda tentang azan iaitu panggilan untuk solat.
– Ketika mahu solat, suruh anak anda yang azan atau iqomah. Ini dapat menaikkan semangat mereka untuk solat.
2) Ajak anak cara berwuduk
– Sebaik sahaja azan, cepat-cepatlah ajak anak anda berwuduk bersama-sama.
– Tampalkan poster wuduk yang menarik minat anak anda di bilik air. Boleh sahaja gunakan karakter animasi yang digemari anak anda. Pasti hari-hari mereka mahu lihat dan belajar untuk wuduk.
3) Ajar anak sejak dari kecil
– Biasakan solat depan anak.
– Latih anak anda pergerakan solat ketika mereka bermain. Contohnya ajak mereka bersenam tetapi dengan gaya bersolat.