Pendek kata, segalanya ada pantang larangnya. Malah ada yang meletakkan tempoh tertentu untuk ‘bersama’ dengan suami.
Biarpun pelbagai pendapat moden mengenai amalan berpantang ini, namun ada juga yang tetap teguh dengan amalan nenek moyang.
Umum mengetahui pengacara dan usahawan Neelofa selamat melahirkan anak sulungnya penghujung bulan Januari lalu. Kini dia menjalani tempoh berpantang di rumah ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.
Menerusi entri terbaru di Instagram Stories isteri kepada pelakon, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz telah mencuri tumpuan ramai.
Neelofa berkongsi sekeping foto berwarna hitam putih yang mengambarkan sebuah pintu seakan di penjara. Ia seakan memberitahu situasi yang dialaminya iaitu bagaikan terkurung.
Turut menulis kapsyen yang ringkas, meluahkan rasa hatinya ketika dalam tempoh berpantang yang melibatkan emosi dan fizikalnya.
“Kenapa di awal kehamilan dan masa berpantang sekarang ni rasa duduk dalam ni…. Emosi dan fizikal.”
Dia juga bertanya adakah situasi itu hanya perasaannya sahaja atau turut dialami oleh ibu yang lain. Bimbang situasi begitu, Neelofa bertanya adakah ia normal.
Dia sempat memohon warganet berkongsi nasihat dan pengalaman untuk dijadikan panduan.
Ads
Untuk rujukan, Neelofa dan Haris mendirikan rumahtangga pada 27 Mac tahun lalu.
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Ads
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila anak-anak kita diuji dengan kesakitan pastinya hati kita sebagai ibu ayah terasa begitu sedih dan tidak sanggup melihat anak-anak menanggung derita. Hinggakan terdetik di hati kalau boleh biarlah kesakitan itu kita sendiri menanggungnya.
Pun begitu, menerusi perkongsian Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz ada cara yang lebih baik untuk ibu ayah doakan kesejahteraan dan kesihatan anak-anak agar segera sembuh. Ini perkongsiannya;
AMALKAN DOA INI UNTUK SEMBUHKAN ANAK SAKIT TERUK :
Anda pernah hadapi ujian anak disayangi sakit teruk?
Saya ada pengalaman tersebut. Sakit anak tidaklah teruk sangat tapi kita selaku ibu-bapa, risaunya lain macam. Kasihan tengok anak kecil menangis cakap ‘sakit, sakit’… Ada waktu tu saya sampai berdoa, ‘Ya Allah, saya tak sampai hati tengok anak saya yg sakit ni. Engkau pindahlah kesakitan tu padaku…’
Tok guru ada tegur, tak wajar berdoa begitu. Eloknya berdoa kesembuhan. Tapi begitulah kasih-sayang kita mak-abah kepada anak. Dan waktu tu kita rasa lemah sangat. Ada duit, medical card, hospital terbaik, doktor pakar dan pamantauan rapi pun belum tentu kesembuhan terjamin.
Sebabnya, sehebat manapun kemampuan manusia, kita tidak mampu mengawal kuman. Cukuplah virus Covid menunjukkan keterbatasan kita. Ketika ini, kita perlukan sangat bantuan Tuhan.
Tok guru sampaikan pesan, selain berusaha, jangan lupa berdoa sebab kuman, virus dan lain-lain ni hakikatnya makhluk Allah juga. Mereka belum tentu taatkan kita, tetapi mereka pasti taatkan Tuhan. Kita boleh berusaha mengubati, ambil antibiotik, ubat dan sebagainya tetapi asasnya tetap sama :
Pergantungan kita terhadap Tuhan As-Syafi (Maha Penyembuh) wajib diperkuatkan.
Dia yang mencipta kuman. Pasti Dia juga berkuasa mutlak datangkan penyembuhan. Dalam rangka kita berusaha mengubati penyakit berlandaskan ‘sunnatullah’ (makan ubat, pergi hospital, jumpa doktor dll), jangan lupa untuk gandingkannya dengan ‘qudratullah’ : kuasa mutlak Allah Ta’ala.
Bahasa mudahnya, dalam usaha makan ubat, usaha juga berdoa. Kita kuatkan ikhtiar dan dalam masa sama, keyakinan tetap dibulatkan kepada Allah Ta’ala. Keyakinan yang kita pelajari dari Nabi Ibrahim a.s :Dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku. (Surah AS-Syu’ara, ayat 80)
Maka dalam posting ini, saya kongsikan doa yang saya amalkan. Doa ini saya anggap ‘gred A’ kerana ia datang dari Mahaguru terulung, Rasulullah s.a.w. Hadithnya sahih, riwayat muslim. Caranya ialah :
1. Baca Al-Fatihah
2. Baca 3 Qul
3. Pegang bagian tubuh yang sakit lalu membaca :
بِاسْمِ اللَّهِ (3 kali)
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِن شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحاذِرُ (7 kali)
Maksud : Dengan menyebut nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya dari keburukan yang tertimpa padaku dan yang aku khuatirkan.
Cubalah amalkannya. InsyaAllah mujarabnya cepat. Cuma dalam teknik di atas, saya menambah bacaan Fatihah dan 3 Qul. Surah Fatihah bagus sebagai pembuka kepada kesembuhan. 3 Qul pula bermanfaat sebagai ihktiar akidah kita untuk meletakkan anak dalam naungan & penjagaan Tuhan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Memang setiap pasangan inginkan hubungan suami isteri yang bahagia bagaikan dilamun cinta setiap hari. Biarpun usia perkahwinan sudah lama tetapi aura perkahwinan bagaikan baru semalam bergelar raja sehari. Malah, kasih sayang juga segar bagaikan meraikan bulan madu, sungguhpun sudah mempunyai anak ramai.
Namun, kerana fakta usia perkahwinan yang lama, pasangan sudah lupa akan kemanisan bergelar suami isteri. Isteri yang dulunya manja di sisi suami, tidak lagi mendapat kasih sayang sepenuhnya. Tanpa sedar rumahtangga jadi pincang menanti apabila tiada aura kemanisan rumahtangga.
Tetapi setiap masalah ada jalan penyelesian. Ada caranya untuk bahagia. Lelaki ini Khairul Abdullah berkongsi tentang 10 fakta yang isteri nak selepas berumahtangga yang suami kena tahu. Moga jadi panduan bersama untuk kebahagian suami isteri.
1. Rasa dicintai – Memang kita ni insan lemah bab-bab melafaz cinta ni. Tapi apa yang kita boleh buat ialah dengan menunjukkan dengan cara lain seperti pegang tangan ketika berjalan atau balik rumah tu kau peluklah dia sekejap. Cukup. Tapi kalau kau boleh sering melafaz cinta tanpa rasa bosan, maka kau memang champion. Bini kau pulak naik seram nanti.
2. Kepercayaan – Penting ni bhai. Dia nak kau beri sepenuh kepercayaan pada dia. Kau jangan selalu syak wasangka sangat. Isteri kau menyampah bila kau kuat cemburu dan tanya soalan pelik-pelik kat dia.
3. Memahami dan memaafkan – Kita manusia, isteri pun manusia. Kau bukan kahwin dengan kucing (gorilla mungkin). Sesekali isteri buat silap. Mungkin terlupa letak belacan dalam asam pedas kau contohnya, jangan kau mengamuk sampai 5 hari 4 malam pulak.
Isteri ni dia setiap bulan hormon dia kucar kacir sikit. Sama macam kau jugak menggelupur bila tak dapat makan asam pedas. Padahal benda simple jer pun. Jadi fahami dia dan maafkanlah dia. Jadilah suami yang mudah memaafkan, dia suka.
4. Berbual – orang perempuan ni mulut banyak, kau kena faham tu. Kalau dia tanya “abang sayang saya?” kau jangan jawab sepatah jer “sayang”. Kau kena jawab gini “Abang sayang awak dari hari pertama abang terpandang wajah awak di FB. You had me at hello, you had me at hello.”
Kau ambiklah dialog dari filem-filem romantik yang kau pernah tengok tu. Jadi, kau usahakanlah panjangkan sedikit setiap ayat dan jawapan kau tu. Cair dia wehh.
5. Masa berkualiti – Kualiti ni benda yang paling payah nak jaga. Setakat pergi bercuti bersama lepas tu kau layan tv dan dia layan anak-anak pun tak jadi juga bhai. Kena selalu ada bersama, bergurau dan bergelak tawa bersama. Benda paling mudah nak praktik adalah makan bersama. Sentiasa cari masa untuk duduk dan makan bersama-sama.
6. Yes mem – Ini kunci utama di dalam rumahtangga. Isteri suka dengar perkataan “ya” berbanding “tidak”.
Ini bukan bermakna kita menurut membuta tuli tetapi setiap apa permintaan, selagi boleh tunaikan atau berikan maka usaha untuk berikan.
Isteri baru jer ajak makan kat luar kau dah cepat-cepat menolak sebab kau malas. Jangan begitu, kalau kau malas sangat jawab juga yer, tapi bukan malam ni, malam esok yer. haa gitu, jawapan tetap ya dan kau tetap selamat di situ.
7. Pendengar yang bagus – isteri nak mengadu masalah atau penat lelah dia dengan siapa lagi kalau bukan dengan kau kan? Takkan nak mengadu dekat kawan-kawan dia, nanti kang tercerita buruk-buruk pasal kau pula. Jadi kau layanlah setiap kali dia nak mengadu apa-apa. Jawapan kau mesti ikut skema point nombor 4 yer. Dengar dulu dan kemudian jawab panjang-panjang.
8. Ucapan – Berapa lama dah kau tak cakap terima kasih bila kau sedap melantak asam pedas yang bini kau buat? Aduhh, tiap kali sebelum makan kau cakaplah terima kasih darling sebab masakkan lauk feveret I ni. Dah lepas makan cakap terima kasih sekali lagi. Sama lah bila nak suruh dia buat apa-apa, sebutlah perkataan “tolong” tu. Baru sejuk hati dia. Lepas tu kau nak mintak apa-apa pun bolehhhhhh.
9. Berkongsi tanggungjawab – Ini paling penting ni. Tolonglah sama-sama buat kerja rumah dan besarkan anak-anak. Kau jangan lepas bulat-bulat kat bini kau semuanya. Kalaupun tak setiap hari, sesekali kau tolong mandikan dan suapkan makan anak-anak. Seminggu sekali tolong vakum, cuci bilik air, buang sampah dan sebagainya. Benda kecik jer tu bhai. Isteri kau suka dan kau pun boleh dapat sikpek lepas tu.
10. Off day – sesekali isteri nak berehat. “Yang, esok awak cutilah yer? Tak payah nak mengemas dan masak bagai. Nah duit ni, awak pergilah spa dan tengok wayang. Kalau tak cukup awak tambah sendiri yer? Biar abang uruskan anak-anak”. Haaa gitu.
Lepas tu kau boleh layan Playstation atau Xbox dengan anak-anak. Sedap tu wehh.
Begitulah.
Tak susah pun sebenarnya nak bahagia dalam berumahtangga ni. Yang penting tolak ansur, saling memahami dan bekerjasama. Isteri kita tu manusia, ada perasaan, ada penat dan lelah dia. Lagipun waktu bercinta hari tu kemain kau berjanji macam-macam dengan dia.
Jadi, kau tunaikanlah. Sayangi dan hargai mereka sementara mereka masih ada.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.