Kehamilan

Badan Tak Sakit-Sakit, Ibu Hamil Makin Mudah Bersalin Dengan Senaman Ni!

Share

Semakin dekat hari nak bersalin, ada baiknya anda melakukan pelbagai senaman ringan dan regangan. Semua ini bagi memastikan proses bersalin berjalan dengan lancar.

Senaman macam mana? Sebenarnya tak perlukan gerakan atau senaman yang sukar, pergerakan yang mudah misalnya amat membantu ibu ketika hamil malah ketika hampir bersalin.

Wanita hamil yang bersenam juga pada kebiasaannya kurang alami sakit belakang, lebih bertenaga dan sesudah melahirkan anak, kembali lebih cepat ke bentuk badan yang asal.

Tidak hanya mudah hendak bersalin bahkan senaman ketika hamil juga dapat membuat tubuh lebih relaks disamping dapat mengurangkan risiko lain termasuklah gestational diabetes dan darah tinggi.

Senaman berikut boleh dilakukan di rumah dan selamat untuk dilakukan. Pun begitu, sila rujuk kepada pakar terlebih dahulu jika terdapat sebarang ketidakselesaan.

1. Push-Up
Mulakan aktiviti senam ibu hamil anda dengan melakukan push-up menghadap dinding. Ini akan menguatkan otot di hadapan dada dan otot triceps di belakang lengan anda.

Caranya adalah dengan berdiri menghadap dinding dan kemudian sandar pada dinding pada paras bahu. Pastikan lutut anda berasa selesa.

Bengkokkan siku dan turun sehingga dada menyentuh diding. Kemudian angkat badan anda semula ke keadaan asal. Lakukan sehingga 15 kali.

2. Leg lift
Anda juga boleh mencuba leg lift (senaman kaki) untuk menguatkan otot belakang dan perut anda. Mulakan dengan kedua-dua tangan dan lutut anda menyentuh tanah. Angkat lutut kanan anda, dan luruskan kaki supaya selari dengan lantai.

Kemudian letakkan semula kaki kanan anda ke kedudukan asal dan angkat lutut kiri anda pula; dan luruskan kaki selari dengan lantai. Ulang sehingga 10 set untuk kedua-dua belah kaki.

3. Step up
Seterusnya ialah senaman step-up dengan menggunakan bangku kecil atau tangga di rumah anda. Berdiri tegak di belakang bangku tadi dan angkat kaki utama anda ke bangku dan angkat kaki lagi satu, kemudian turunkan kedua-dua kaki tadi.

Tukar kepada kaki lagi satu dan angkat kaki tersebut ke atas bangku dan angkat kaki lagi sebelah, kemudian turun semula. Ulang seberapa banyak bagi setiap kaki berselang-seli selagi yang anda mampu.

4. Sandar dinding

Aktiviti senam ibu hamil yang terakhir anda boleh lakukan adalah senaman mencangkung. Setiap kali anda lakukannya, ia boleh membantu untuk membuka laluan ruang pelvis dan memudahkan bayi untuk keluar. Dengan berdiri tegak dan menyandar pada dinding, turunkan badan anda dengan membengkokkan lutut anda ke paras yang anda selesa.

Sila pastikan tumit anda kekal rata di atas lantai. Kemudian kembali semula ke kedudukan asal. Ulang seberapa kerap yang anda mampu.

Lakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Lebih banyak anda bersenam, badan terasa lebih kuat dan cergas untuk menghadapi proses bersalin. Pun begitu, elakkan terlalu memaksa tubuh dan ikutlah kemampuan diri anda. Jangan berlebih-lebih.

Selamat mencuba!

Menarik: Catriona Ross Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ibu Bapanya, “The Most Romantic Couple I Know!

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!

Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.

Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.

Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true

Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my