Semakin dekat hari nak bersalin, ada baiknya anda melakukan pelbagai senaman ringan dan regangan. Semua ini bagi memastikan proses bersalin berjalan dengan lancar.
Senaman macam mana? Sebenarnya tak perlukan gerakan atau senaman yang sukar, pergerakan yang mudah misalnya amat membantu ibu ketika hamil malah ketika hampir bersalin.
Wanita hamil yang bersenam juga pada kebiasaannya kurang alami sakit belakang, lebih bertenaga dan sesudah melahirkan anak, kembali lebih cepat ke bentuk badan yang asal.
Tidak hanya mudah hendak bersalin bahkan senaman ketika hamil juga dapat membuat tubuh lebih relaks disamping dapat mengurangkan risiko lain termasuklah gestational diabetes dan darah tinggi.
Senaman berikut boleh dilakukan di rumah dan selamat untuk dilakukan. Pun begitu, sila rujuk kepada pakar terlebih dahulu jika terdapat sebarang ketidakselesaan.
1. Push-Up
Mulakan aktiviti senam ibu hamil anda dengan melakukan push-up menghadap dinding. Ini akan menguatkan otot di hadapan dada dan otot triceps di belakang lengan anda.
Caranya adalah dengan berdiri menghadap dinding dan kemudian sandar pada dinding pada paras bahu. Pastikan lutut anda berasa selesa.
Bengkokkan siku dan turun sehingga dada menyentuh diding. Kemudian angkat badan anda semula ke keadaan asal. Lakukan sehingga 15 kali.
Ads
2. Leg lift
Anda juga boleh mencuba leg lift (senaman kaki) untuk menguatkan otot belakang dan perut anda. Mulakan dengan kedua-dua tangan dan lutut anda menyentuh tanah. Angkat lutut kanan anda, dan luruskan kaki supaya selari dengan lantai.
Kemudian letakkan semula kaki kanan anda ke kedudukan asal dan angkat lutut kiri anda pula; dan luruskan kaki selari dengan lantai. Ulang sehingga 10 set untuk kedua-dua belah kaki.
3. Step up
Seterusnya ialah senaman step-up dengan menggunakan bangku kecil atau tangga di rumah anda. Berdiri tegak di belakang bangku tadi dan angkat kaki utama anda ke bangku dan angkat kaki lagi satu, kemudian turunkan kedua-dua kaki tadi.
Tukar kepada kaki lagi satu dan angkat kaki tersebut ke atas bangku dan angkat kaki lagi sebelah, kemudian turun semula. Ulang seberapa banyak bagi setiap kaki berselang-seli selagi yang anda mampu.
Ads
4. Sandar dinding
Aktiviti senam ibu hamil yang terakhir anda boleh lakukan adalah senaman mencangkung. Setiap kali anda lakukannya, ia boleh membantu untuk membuka laluan ruang pelvis dan memudahkan bayi untuk keluar. Dengan berdiri tegak dan menyandar pada dinding, turunkan badan anda dengan membengkokkan lutut anda ke paras yang anda selesa.
Sila pastikan tumit anda kekal rata di atas lantai. Kemudian kembali semula ke kedudukan asal. Ulang seberapa kerap yang anda mampu.
Lakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Lebih banyak anda bersenam, badan terasa lebih kuat dan cergas untuk menghadapi proses bersalin. Pun begitu, elakkan terlalu memaksa tubuh dan ikutlah kemampuan diri anda. Jangan berlebih-lebih.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Selalu kita gunakan halba dalam masakan tapi rupanya halba ini khasiatnya begitu tinggi untuk kesihatan dalaman. Lebih-lebih bagi kaum wanita dan ibu yang kepenatan bekerja.
Bagi golongan wanita, halba ini sangat bagus untuk kesihatan dalaman jika diamalkan secara berterusan. Bukan itu saja bagi ibu menyusu badan, halba juga dikatakan mampu menambahkan susu badan. Jadi tak perlulah nak beli milkbooster yang mahal di pasaran.
Bukan untuk wanita saja, orang lelaki pun elok juga diamalkan kerana khasiatnya untuk memberi tenaga secara semulajadi dan menyegarkan badan yang lesu.
Perkongsian dari Puteri Kasim mengenai khasiat Teh Halba Lemon Madu ini boleh dicuba dan diamalkan.
Halba ni boleh di rendam dalam air panas 10 minit atau pun rebus.
Halba ni bagus untuk dalaman kita, lagi-lagi wanita. Yang ada masalah kesuburan boleh cuba ikhtiar amalkan.
Umumnya air ni boleh diamalkan oleh semua orang kerana khasiatnya yang banyak untuk kesihatan diri.
Bahan simple :
Madu Lemon Halba
Boleh pilih nak rendam atau rebus. Tak ada masalah.
Kalau rendam mesti dalam 10 minit dalam air panas tau.
Khasiat air halba
Rasulullah SAW pernah bersabda “Gunakanlah halba sebagai ubat” ~ Qamus Al-Tibb
1. Mencuci perut
2. Mencuci darah kotor *mencantikkan struktur kulit dari dalam
3. Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah *merawat penyakit kencing manis.
4. Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan
5. Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi
6. Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual
7. Membantu masalah kegemukan *mengurangkan berat badan
8. Menguatkan fungsi jantung
9. Merawat masalah sembelit & buasir
10. Melancarkan perjalanan darah
11. Mengatasi masalah senggugut ( kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid )
12. Melegakan masalah sakit kepala / migraine
13. Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim *ikhtiar utk mereka yang ingin hamil
14. Mengetatkan & meremajakan rahim
15. Menghilangkan lendir & sakit tekak
16. Membantu mengatasi masalah kekurangan darah
17. Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah
18. Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan
19. Memperbanyakkan air susu ibu
20. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi
21. Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan
22. Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan
23. Memelihara keanjalan kulit *awet muda secara semulajadi
Menurunkan berat badan secara alami mungkin mengambil masa tetapi hasilnya cukup menakjubkan dan yang penting selamat dari sebarang implikasi.
Bagi ibu-ibu yang nak singkirkan lemak-lemak dalam badan yang cukup degil, apa kata cuba resipi detox yang dikongsikan oleh Zamira Mohammad Ali.
Selain membuang lemak, kaedah ini juga membantu untuk anda yang mempunyai masalah pencernaan selain mendapatkan kulit yang glowing supaya awet muda.
Caranya cukup ringkas, dan bahannya juga mudah didapati. Malah, resipi ini juga sesuai bagi ibu-ibu yang tengah hamil sebagai suplemen tambahan.
Jom baca ini, semoga bermanfaat untuk semua.
Nak rasa kenyang berpanjangan? ~ Nak pelawasan lancar ibarat makan 10 biji betik? ~ Nak kulit glowing mowing berkaca macam makan 10 biji oren sehari? ~ Nak sentiasa muda jelita walaupun dah 4/5 series tanpa botox? ~ Nak gigi cantik dan tulang kuat macam kanak – kanak ribena? ~ Nak miliki rambut beralun bersinar boleh libas – libas macam model? ~ Nak kurus baju saiz S?
Boleh cuba resepi ni. Murah je kosnya. Jadikan menu sarapan pun hokkay.
Kak Migha amalkan sebagai suplemen tambahan untuk preggy mommy.
Bahan-bahan
Chia Seed
Kurma
Cara membuat:
Resepi ni buat malam tau. Sebelum tidur. Lepas tu letak dalam fridge. Ala – ala detox jugakla.
Chia Seed ni boleh beli di Cosway. Kat tesco pun ada rasanya. Kak Migha selalu beli kat Cosway ja. Kurma boleh guna hat yusof taiyoob dalam kotak tu. Tapi jangan banyak tau. Muak nak ngabihkan. Letak dalam 3 biji pun dah cukup mengenyangkan. Tapi feveret Kak Migha kurma ajwa. Letak 7 biji. Sedaaappp. Yummy.
Air kosong dalam 250 ml. Antara bahan wajib ada di dalam resipi ini.
Siat-siatkan kurma tu jadi keping kecik kecik. Masukkan dalam air. Rendam sekali dengan biji kurma tu. Jangan buang pula.
Masukkan Chia Seed dalam anggaran 10gram. Saya sukat pakai pencedok susu tu. Boleh ngam la 10gram.
Kacau bagi rata chia seed tu. Supaya tak bergentel. Nak senang tutup je tupperware tu dan goncang bagi dia berenang-renang secara solo. Ok dah siap. Simpan dalam fridge.
Bila anak sudah mula belajar dan menginjak ke alam persekolahan, banyak yang terpaksa anak fokus terutama dalam mengingat pelbagai pelajaran di sekolah.
Selain kismis, kurma dan kekacang, antara makanan yang baik untuk perkembangan otak anak adalah pengambilan saffron. Tak perlu banyak, cukup hanya sehelai dua untuk bekalan dalam air anak ke sekolah.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Hanis Athirah Rusli, saffron adalah suplement semulajadi yang mengandungi pelbagai jenis khasiat termasuklah vitamin dan banyak lagi.
Salah satu supplement semulajadi yang bagus untuk otak anak ialah saffron ni.
Kena ada kat rumah, sebagai supplement semulajadi untuk otak anak kita mudah belajar dan cepat ingat sesuatu.
Boleh bagi anak minum 1 cawan, waktu pagi sebelum anak pergi sekolah atau sebelum anak belajar.
Saffron ni ternyata bagus untuk; – Memori anak – Stabilkan mood anak – Bersifat antiradang – Tinggi antioksida
Saffron ni, kita guna sikit je, tapi khasiatnya masyaAllah sangat banyak untuk anak-anak. Antara kandungan vitamin dan mineral dalam saffron;
– Vitamin C – Iron – Magnesium – Vitamin B – Pottasium
Cara minum air saffron. 1. Ambil 3 helai saffron, masukkan dalam 1.5 liter air. 2. Masukkan dalam peti sejuk, atau boleh letak di suhu bilik. 3. Bagi anak minum setiap hari, bila-bila waktu pun boleh, sebelum anak pergi sekolah pun boleh.
Mudah kan. Air ni, akan bertukar jadi warna kuning tau. Air dengan pewarna semulajadi untuk anak.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.