Jika ditanya siapa di sini biasa minum air berperisa pandan? Mesti itu bukan sesuatu yang pelik lebih-lebih lagi jika kita sediakan air sirap yang dibancuh dengan daun pandan. Baunya sungguh harum dan menambah keenakan dan kenikmatan menikmati air sirap tersebut.
Pun begitu, ada satu lagi minuman yang mungkin ramai belum biasa disediakan iaitu Teh Penyegar Badan yang dihasilkan daripada bahan terpilih dan salah satunya adalah menggunakan daun pandan.
Ini cara yang dilakukan oleh wanita bernama Lyndah Abraham di facebooknya. Juga perkongsian buat ibu-ibu mengandung yang selalu mengalami keletihan dan lemau-lemau badan.
Teh Penyegar Badan
Air Tea O penyegar badan. Paling sesuai untuk keluarga. Ibu-ibu mengandung yang selalu letih pun boleh cuba.
Bahan-bahan:
Halia
Daun Pandan
Gula kabung/gula batu
Uncang tea
Caranya:
1. Rebus air bersama halia dan daun pandan.
2. Setelah mendidih tutup api.
3. Masukkn air panas tadi ke dalam cawan. Letakkan gula dan uncang teh (seperti bancuh teh biasa).
4. Siap untuk di hidang.
Kredit: Lyndah Abraham
Menyedari daun pandan banyak kegunaannya, bukan sekadar untuk dijadikan minuman berkhasiat seperti ini ada baiknya kita ketahui juga cara untuk menyimpan pandan agar kekal segar dan beraroma untuk memudahkan kita menggunakannya bila perlu.
Maklumlah, daun pandan yang dibeli biasanya akan kering jika disimpan begitu sahaja di dalam peti sejuk. Bimbang berlaku pembaziran, ada cara untuk anda simpan daun pandan ini pada tempoh yang lebih lama. Malah lebih segar.
3 petua mudah yang dikongsikan oleh Helina Ahmad, Shaz Abdul dan Nora Sheka di facebook ini patut kita cuba untuk melambatkan sedikit jangka waktunya kering. Memang menarik.
Cara 1
Cara mudah ini dikongsikan oleh Helina Ahmad. Guna kertas surat khabar je.
Bahan-Bahan:
Daun pandan
Kertas surat khabar
Caranya:
1. Basuh daun pandan dalam air mengalir hingga bersih.
2. Bungkuskan daun pandan di dalam surat khabar kemas-kemas.
3. Masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Bila hendak memasak, keluarkan dan lihatlah hasilnya. Masih segar dan tidak kering seperti selalu.
Cara 2
Ini pula cara yang dikongsikan oleh Shaz Abdul. Simple je.
Sekadar perkongsian cara saya simpan jus pandan dan supaya tahan lama. Daun pandan yang sudah dikisar dan ditapis. Masukkan dalam plastik aiskrim dan simpan dalam tempat beku. Tapi awas, jangan sampai anak-anak ambik makan macam aiskrim.
Cara 3
Ini pula cara yang dilakukan oleh saudari kita, Aniza Dzahir.
Ni cara saya simpan daun pandan tahan lama dan fresh sentiasa, kot ada peniaga nasi lemak atau suri-suri rumah nak cuba dipersilakan. Daun pandan tu basuh bersih-bersih, simpul dan letak kat tempat sejuk beku. Siap! Berbulan-bulan pun fresh gitu.
Cara 4
Menarik juga cara yang dilakukan oleh Nora Sheka ni. Guna plastik susu je. Senang.