“Badan Rasa Ringan, Sakit Kepala Pun Makin Kurang.” Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Air Jamu Asam Kunyit, Tahan Hingga Sebulan.

Share

Petua tradisi awet muda nenek moyang usah dilupa. Boleh dijadikan amalan untuk membantu menangani masalah kesihatan dan kekal awet muda.

Jika dilihat orang dulu, biarpun beranak pinak, badan masih sihat dan bertenaga. Ada baiknya mencuba bagi yang belum pernah.

Resipi yang dikongsi oleh ini mudah sahaja. Air jamu rebusan ini menggunakan bahan-bahan ini sesuai untuk kesihatan dalaman tubuh badan serta awet muda.

Malah ada juga warganet mengamalkan jamu sebegini dan mengakui keberkesanannya.

Ikuti lanjut perkongsian beliau.

Fie mulakan hari ni dengan masak jamu. Nah resepi untuk kaum hawa. Anak dara makndara pak dara. Yang lelaki nak buat kat bini pun boleh bukan susah. Senang je.
Khasiatnya.. panjang sangat. Tak nak overclaim. Jom buat jamu asam kunyit homemade.
Tak de bahan pengawet. Boleh simpan dalam peti sebulan macam tu. .

Gambar anggaran bahan-bahan:
Halia muda.
Manjakani
Kunyit
Daun pandan
Daun sirih
Gula kabung
Asam jawa.

Cara penyediaan:
1. 1 liter air. Masak sampai mendidih. Masukkan manjakani yang dipecah2. Daun sirih. Daun pandan. Bagi dia mengelegak naik bau. Masuk gula kabung.


2. Halia dan kunyit kikis and blend. Kemudian curah je masuk peruk tadi tu.
3. Masukkan asam air asam jawa.
4. Sejukkan. Boleh botolkan untuk simpan. Masa suam fresh tu minum pun best gak.
Siap.

Komen warganet

Memang berkahsiat!

 

 

Sumber: Fieya Jemah

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club