Amalan berpantang secara tradisional sudah semakin jarang diamalkan kini kerana ramai wanita mula mengamalkan cara hidup yang lebih sihat berbanding cara lama.
Namun jangan dilupakan cara lama jika ia masih baik dan berkesan untuk tubuh badan kita kembali cergas dan sihat. Apa yang penting adalah mengambil makanan yang sihat dan segar.
Semasa berpantang, banyak amalan yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan tubuh, lebih-lebih lagi bila semakin berusia kelak. Ikuti perkongsian Pn Dzuriasikim Dzulkefli yang boleh mama ikuti.
BERPANTANG PENUH SELEPAS BERSALIN Saya tulis huruf besar ni. Sebab ramai wanita moden tak suka berpantang. Ambil ringan. Serta mungkin juga kerana tidak seiring dengan banyak pendapat moden. Tapi saya kongsikan di sini sebahagian dari amalan berpantang saya dari kelahiran anak pertama hingga ke 5 ya.
MANDI AKAR KAYU Mandi akar kayu setiap hari walaupun sampai ke hari terakhir berpantang. Biasanya ada orang yang akan bantu sediakan. Jika tiada, minta tolong suami rebuskan.
Bangun awal, mandi air suam atau hangat dengan rebusan akar kayu awal pagi. Terus sapu segala ramuan di perut dan ikat perut atau berbengkunglah dari awal pagi. Mulakan hari begini. Lepas tu baru boleh sarapan dan buat lain-lain perkara.
MENGAMALKAN HERBA ATAU JAMU. Terutama ketika dalam pantang. Usah malas untuk makan atau minum air akar kayu di samping ubat dari hospital. Terlalu banyak khasiatnya yang Allah jadikan dalam akar kayu.
BERURUT. Sapu minyak herba satu badan. Berurut selalu.
BERTANGAS Jangan lupa bertangas.
KURANG PENGAMBILAN AIR. Jangan sampai tak cukup air, tapi jangan minum terlalu banyak. Jangan minum ais. Saya pantang 100 hari tak minum air sejuk. Malah hingga kini, saya jarang minum ais.
Ads
BERTUNGKU Bertungku penting, jangan culas.
BERBENGKUNG. Mesti pakai. Jangan culas. Jangan ambil mudah. Jangan malas. Jangan ganti bengkung dengan girdle moden ketika dalam pantang.
JAGA MAKAN Usah makan sembarangan. Waktu berpantang saya hanya minum air yang suam sahaja, tidak sejuk (walaupun pada suhu bilik). Makan pula hanya ikan, daging, ayam yang dibakar sahaja. Ikan pun bukan semua ikan yang boleh dimakan. Saya juga banyak amalkan makan nasi bersama lada hitam yang ditumbuk. Kunyit hidup dan halia muda.
BERSTOKIN Usah ambil remeh. Berstokin bukanlah untuk elak badan dari dimasuki angin. Tetapi agar badan kekal hangat (to keep you warm).
PASTIKAN BADAN SENTIASA PANAS. Jauhi aircond.
PANTANG BERSAMA SUAMI. (Kalau saya 100 hari, terserahlah).
ELAK MENGANGKAT BENDA BERAT/SENAMAN BERAT. Arwah ibu selalu pesan…“Perut tu dah keluar anak seorang…”. Dia sebenarnya cuba membayangkan bahawa badan perlukan waktu untuk sembuh setelah melahirkan dan supaya saya tidak pandang remeh tentang itu.
Ads
PANTANG KELUAR RUMAH Tahanlah sekejap, jangan keluar rumah.
IKAT RAMBUT TINGGI SELALU. Ikat kemas-kemas. Orang dulu-dulu selalu simpan rambut supaya boleh diikat sebelum bersalin dan ketika dalam pantang. Ikatan rambut yang kemas dipercayai boleh mengurangkan sakit kepala dan menegangkan wajah.
Perlu diingat, kebaikan berpantang ini adalah untuk diri sendiri. Kena sihatkan dalaman dahulu. Jadi perlu bersabar kerana ia hanya untuk sementara waktu iaitu di antara 44 hari, 60 hari atau 100 hari. Jangan culas kalau betul-betul nak jaga badan.
Wanita zaman moden (tidak semua) memang serba boleh. Hampir semua perkara mampu diuruskan sendiri dengan efisyen. Tak salah berpantang sendiri, cuma perlu konsisten dan disiplin. Kalau rasa malas tapi masih lagi ingin berpantang sendiri, carilah penyedia khidmat berpantang dan urut selepas bersalin yang boleh ditempah secara online.
Ingatlah, berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang amat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang.
Masa muda kita tak rasa. Rasa macam ok. Jalan ok. Bersama suami ok. Duduk kaki terbuka ok. Tak pakai stokin ok. Tak ikat perut pun ok.
Malah ada wanita moden yang berasa bangga apabila boleh memandu setelah dua minggu bersalin. Memang tak sakit. Belum lagi. Tunggu bila berusia, kata orang tua, jika tidak berpantang ni, bukan sahaja diri yang akan merasa nanti, malah pasangan (suami) pun boleh “rasa”.
Berpantang ini juga boleh menjaga dan mengekalkan seri wajah. Pernah dengar tak orang tua-tua sebut “Hilang seri dia lepas bersalin….”. Atau “jatuh muka” lepas bersalin. Begitulah.
Ads
Sebab itulah kalau tengok wanita zaman nenek-nenek kita, mereka masih langsing dan cergas bertenaga walaupun setelah lanjut usia dan beranak ramai. Orang zaman dulu beranak 8 ke 10 orang itu biasa bagi mereka.
Selain pemakanan dan cara hidup, amalan berpantang yang diamalkan sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengekalkan kesihatan. Jika dibandingkan dengan wanita zaman kini, umur baru 30 pun sudah banyak penyakit yang datang.
Untuk kesihatan ibu yang baru bersalin, pengaliran darah adalah sangat penting. Kaedahnya termasuk lah senaman yang ringan dengan kerap dan berurut. Jika tidak mampu mencari orang untuk mengurut, boleh buat senaman yang ringan untuk pengaliran darah dari kaki ke jantung.
Jika malas, urat-urat hijau yang kembang di kaki tu (varicose vein) boleh hadir. Ia sebenarnya bukan urat, tetapi saluran darah ‘vena’ yang membawa darah kembali dari kaki ke jantung.
Untuk mencegah varicose vein atau untuk mengelak supaya ia tidak menjadi bertambah teruk, ini lah panduan untuk anda: * Senaman yang kerap untuk membantu pengaliran darah di kaki. Jika tak bersenam, boleh berurut. * Kurangkan berat badan melalui penjagaan pemakanan dan senaman. Lagi gemok badan kita, lebihlah lagi tekanan lemak badan dan berat badan kita ke atas vena kita dan ini melambatkan pengaliran darah dari kaki kembali ke jantung. * Elakkan berdiri lama-lama. Elakkan duduk bersila dan jangan duduk lama-lama sangat. Bangun dan berjalan. Walaupun anda pergi mengurut kaki dan badan, anda tidak boleh mengurut sepanjang masa. Satu-dua jam saja pengaliran darah sehari semasa mengurut, lepas tu duduk saja sepanjang masa itu masih tidak mencukupi. * Bila berjalan, elakkan memakai kasut tinggi. Ini menyebabkan perubahan kedudukan badan dan melebihkan tekanan ke atas vena di kaki. * Bila tidur malam, tinggi kan kaki sedikit di atas beberapa bantal supaya kaki lebih tinggi dari badan untuk membantu pengaliran darah dari kaki ke jantung semasa kita tidur. Lagipun, tidur begini sangat rileks dan selesa.
Jadi wanita, jagalah kesihatan diri luar dan dalaman.
Kalau ada aktiviti luar atau bercuti di pantai, jangan lupa barang penting ini jika tidak mahu kulit hangus terbakar. Walaupun ia digunakan setiap hari untuk melindungi kulit, namun apabila kita berada di tempat yang terdedah kepada sinaran matahari, kita perlu lebih berhati-hati.
Sunblock atau krim perlindungan cahaya matahari membantu melindungi kulit wajah dari sinaran matahari yang berbahaya sekaligus mengurangkan pelbagai risiko masalah kulit.
Terdapat pelbagai jenis sunblock dipasaran dengan jumlah SPF yang berbeza bergantung pada jenis kulit & aktviti yang kita lakukan. Jsuteru, kena bijak memilih yang sesuai dengan kulit kita. Nak tahu lebih lanjut, ikut nasihat dan tip yang dikongsikan oleh Dr Erna Nadia ini.
TIPS MEMILIH SUNBLOCK
Contoh pengiraannya adalah :
Cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit kita Kita ambil contoh spf 15. Kita perlu tolak satu dari nilai spf itu. Misalnya, spf 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93. So, 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita dari sinaran uv. Jika spf30, 96%.
Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran uv. Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit. Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit. Kulit sawo matang,20 minit. Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.
Contoh kiraan: Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan spf 15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15×10=150 minit untuk bertahan.
Untuk kulit sawo matang, 15×20= 300 minit.
Ok, boleh faham ke setakat ni?
Selain dari nilai spf, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah, ianya perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV ( ultraviolet ) A & B.
UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua ( penuaan) , berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.
UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja. Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar ( sunburn ).
Sebab itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan kepada UVA & UVB juga.
Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ sahaja?
PA itu adalah kiraan untuk UVA. +++ itu bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock. Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++, ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.
Jadi, sekarang anda sudah faham bagaimana mahu memilih sun block yang sesuai dengan anda?
Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja (kurang dari 4 jam), spf 15 sudah mencukupi.
Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, spf30 sudah memadai. Melainkan jika anda berkulit putih gila, anda memang memerlukam spf50.
Beza pada spf cuma jangkamasa sahaja. Kekuatan masing-masing adalah lebih kurang sama.Jadi,tak perlu spf yang tinggi.Jangan rosakkan kulit dengan spf yang tinggi jika tidak perlu.
Untuk yang melakukan aktiviti di dalam air, perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ianya hilang selepas terkena air.
Tidak ada kajian mengatakan ada sunblock yang mempunyai kriteria ‘water-proof’.
Ok, tips untuk memakai sunblock saya senaraikan di dalam gambar.
Kesimpulan kata, yang terpenting untuk memilih sunblock adalah:
Spf yang sesuai dengan jenis kulit & aktiviti kita2. Mempunyai UVA & UVB 3. Jenis sunblock yang sesuai dengan jenis kulit kita ( spray/ gel/ krim). Dan, minumlah air kosong dengan cukupnya setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit kita.
Nota Kaki : Lindungi kulitmu dari sinaran berbahaya, pelihara akhlak dan dirimu dari dunia fana & syaitan durjana.
Dr. Erna Nadia Your outer beauty will capture the eyes, your inner beauty will capture the heart.
Semoga Bermanfaat!
Sumber: Erna Nadia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pada asasnya penggunaaan bahan produk bertujuan untuk menjadikan kulit lebih sihat dan cantik. Pun begitu, setiap produk ada kesan yang berbeza-beza mengikut kesesuaian kulit masing-masing. Jika bimbang mendatangkan kesan yang negatif, ada baiknya usahakan dahulu menggunakan bahan-bahan alami dalam merawat kecantikan kulit wajah.
Perkongsian Naufal Antezem melalui akaun twitternya dalam penjagaan kulit wajah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi sepertinya ini elok juga dipraktikkan. Bukan sahaja berkesan malah lebih menjimatkan.
Menurutnya ada 5 cara yang boleh dicuba. Jom semak satu persatu.
Dapat memiliki kabinet dapur yang lengkap di rumah adalah antara satu kegembiraan besar buat semua wanita bergelar isteri.
Apa lagi kabinet ini dipasang sebaik memasuki rumah baru. Rasa hari lebih lengkap dan sempurna. Satu kejayaan besar buat diri sendiri.
Maklum sahaja hendak memasangnya bukan hanya perlukan keinginan semata-mata tetapi memerlukan kos yang tinggi.
Kabinet dengan material biasa-biasa sahaja paling kurang menelan belanja 5 ribu dan ke atas, inikan pula lengkap dengan segala fungsi serta menggunakan material yang tahan lasak. Tidak hairanlah ada kabinet yang dipasang dengan harga berpuluh ribu.
Kalau begini harganya, dapur pastinya menjadi ruang yang cukup disayangi. Perlu dijaga sebaiknya supaya ia kekal lebih lama. Soalnya bagaimana?
Sebenarnya tidak sukar menjaga permukaan kayu kabinet dapur kita. Anda patut cuba dua cara ini. Mudah sahaja!
Cuka + Air
Guna dua bahan ini yang cukup murah dan mudah untuk jaga kabinet kita. Campurkan sedikit cuka ke dalam air dan kacau hingga sebati. Kemudian ambil kain atau tuala pengelap dan mulakan menyental seluruh permukaan kayu kabinet dapur. Sental lebih sikit pada permukaan yang kehitaman. Biarkan kering. Lakukan cara ini setiap kali kabinet nampak kotor.
Sapu Minyak Zaitun
Selain menyental dengan cuka, cara lain untuk memastikan kabinet terjaga dengan cantik adalah dengan cara menyapukan minyak zaitun pada permukaan kayu kabinet dapur.
Selepas pembersihan menggunakan cuka dan air, biarkan kering sebentar kemudian sapukan sedikit minyak zaitun di seluruh permukaannya. Hasilnya kayu akan lebih berkilat dan terlindung daripada dimamah usia. Insyaallah kayu kabinet akan tahan lama. Lakukan proses ini setiap 6 bulan sekali.
Tip Lindungi Kabinet Dapur
1. Apabila terdapat kesan resapan air di ruang kabinet terutama bahagian sinki, ini menandakan silikon yang digunakan sebagai penebat air sudah terbuka atau rosak. Cepat-cepat perbaiki sebelum merebak permukaan hadapan kabinet.
2. Cahaya matahari yang berlebih-lebihan pada kabinet kayu juga kurang sesuai. Sifat kayu yang bertindak balas dengan kepanasan buat kabinet akan terjejas. Jadi perlu langsir dan kesan cahaya yang minima, kabinet pasti tahan lama.
3. Kesan minyak tumisan daripada proses memasak juga sangat meninggalkan kesan pada kabinet dapur. Jika tak pasang hud perangkap minyak, sentiasalah bersihkan permukaan kayu yang terkena minyak. Kesan minyak yang melekat lama kelamaan akan menebal dan meninggalkan kesan pada tekstur kayu.
4. Suhu dan kelembapan juga banyak mainkan peranan pada kabinet dapur kayu. Keadaan kering dan kepanasan suhu akan menyebabkan kayu mengecut kerana kekurangan kelembapan. Sebaliknya jika terlebih lembap, kayu akan mengembang, retak dan merekah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.