Badan Lesu Boleh Kembali Segar, Guna Je Limau Purut. Memang Berkesan!

Share

Siang malam asyik berkerja tentunya badan kita juga berasa letih dan mahukan kerehatan.

Selain dengan cara pergi bercuti dapat merehatkan tubuh badan dan minda, sebenarnya ada satu cara lagi yang mudah dipraktikkan.

Nak tahu bagaimana?

Caranya cukup ringkas tanpa bajet yang mahal, iaitu dengan segarkan badan menggunakan limau purut.  Di sini dikongsikan langkah demi langkah untuk anda amalkan. Jom semak.

Petua Hilangkan Keletihan Badan

Bahannya:
Limau purut- dibelah dan ambil airnya sahaja
Daun limau purut – dihiris halus

Caranya:-

1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiris halus-halus.

2. Ambil 5 biji buah limau purut dan belah 4 ( perah ambil airnya sahaja )

3. Masukkan dalam satu baldi berisi air suam. Ramas daun limau purut dan perah buah limau ambil airnya.

4. Gunakan air ni sebagai bilasan terakhir semasa mandi. Ratakan keseluruh badan terutama kepala.

 

Ekstra info

: Air mandian ni boleh buang toksin dalam badan kita.

Selain tu, bau dia jugak boleh hilangkan keletihan dan juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.

Korang try la buat

Sumber : Shima Shari