
Siang malam asyik berkerja tentunya badan kita juga berasa letih dan mahukan kerehatan.
Selain dengan cara pergi bercuti dapat merehatkan tubuh badan dan minda, sebenarnya ada satu cara lagi yang mudah dipraktikkan.
Nak tahu bagaimana?
Caranya cukup ringkas tanpa bajet yang mahal, iaitu dengan segarkan badan menggunakan limau purut. Di sini dikongsikan langkah demi langkah untuk anda amalkan. Jom semak.
Petua Hilangkan Keletihan Badan
Bahannya:
Limau purut- dibelah dan ambil airnya sahaja
Daun limau purut – dihiris halus
Caranya:-
1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiris halus-halus.
2. Ambil 5 biji buah limau purut dan belah 4 ( perah ambil airnya sahaja )
3. Masukkan dalam satu baldi berisi air suam. Ramas daun limau purut dan perah buah limau ambil airnya.
4. Gunakan air ni sebagai bilasan terakhir semasa mandi. Ratakan keseluruh badan terutama kepala.
Ekstra info : Air mandian ni boleh buang toksin dalam badan kita.
Selain tu, bau dia jugak boleh hilangkan keletihan dan juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.
Korang try la buat
Sumber : Shima Shari
Anggur ‘Shine Muscat’ Tiada Racun Berbahaya, KKM Sahkan Selamat Dimakan!

Selepas tular dikatakan mengandungi sisa racun perosak yang berbahaya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan tiada sampel anggur daripada jenis ‘Shine Muscat’ mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata, dapatan berkenaan adalah hasil daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) yang dijalankan sepanjang 2020 sehingga September 2024.
Menurutnya, dalam tempoh berkenaan sejumlah 5,561 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan import telah dianalisis bagi residu racun perosak.
“Sejumlah 234 sampel anggur telah dianalisa dalam tempoh tersebut yang mana empat (1.71 peratus) telah dikesan tidak mematuhi MRL yang tidak melibatkan anggur Shine Muscat.
“Tindakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) pada kemasukan seterusnya dikenakan, yang mana konsainan makanan tersebut wajib ditahan dan pensampelan perlu dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, laporan The Thai Pesticide Alert Network (Thai-PAN) mendakwa anggur Shine Muscat mengandungi residu racun perosak melebihi MRL.
Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan bahawa kelulusan pelepasan di pintu masuk hanya akan diberikan jika keputusan analisa mematuhi MRL yang ditetapkan.
Jelasnya, larangan pengimportan akan dikenakan sekiranya terdapat pelanggaran yang berulang.
“Sebagai panduan kepada pengguna, setiap makanan yang diimport dan berbungkus, perlu mengandungi maklumat asas termasuk negara asal produk tersebut.
“Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk membaca label sebagai panduan.
“KKM peka dan prihatin terhadap keresahan pengguna akan perkara ini. KKM sentiasa menjalankan pemantauan di pintu masuk negara dan pasaran tempatan bagi memastikan keselamatan makanan adalah terjamin,” ujarnya.
Menarik: 12 Jam Masih Tak Rasa Nak Beranak, Raja Ilya Resah Tunggu Detik Bersalin!
MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!
Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Kes Covid-19 Menurun, Jangan Alpa. Negara Belum ‘Menang’ Lagi!

Syukur alhamdullah beberapa hari ini kita semua melihat berlaku penurunan kes Covid-19 yang dilaporkan oleh Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Ini secara tidak langsung kita dapat membayangkan kemenangan pasti akan kita kecapi tidak lama lagi.
Pun begitu, memetik akhbar Harian Metro melaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khuatir sekiranya masyarakat alpa kepentingan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan trend penurunan jumlah kes positif koronavirus baharu (Covid-19), akhir-akhir ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penurunan jumlah kes beberapa hari ini dibimbangi disalah erti serta membuatkan masyarakat lalai lalu mengambil mudah PKP kerana memikirkan bahawa wabak ini hampir selesai.
beri peringatan
Susulan itu, beliau menegaskan sekali lagi bahawa negara belum memenangi pertarungan untuk mengalahkan atau menghapuskan wabak virus Covid-19.
“KKM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dalam menghadapi kejadian Covid-19 di Malaysia.
“Tiga bulan sudah berlalu sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) KKM.
“Semua petugas barisan hadapan dari semua agensi sudah bertungkus-lumus setiap hari dalam mengawal kejadian ini.
Jangan alpa
“Namun, KKM khuatir penurunan kes menyebabkan segelintir masyarakat alpa sebab memikirkan wabak ini hampir lalu ambil mudah kepentingan ikuti arahan PKP,” katanya.
Beliau berkata demikian hari ini dalam sidang media harian Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya.
Dr Noor Hisham memohon supaya petugas barisan hadapan semua agensi kekal cekal dan tabah bersama KKM memerangi penularan Covid-19 di negara ini.
Terus kekal di rumah
“Pada masa sama, walaupun perkembangan dalam penurunan kes ini sememangnya positif, masyarakat masih perlu berada di rumah, mengamalkan jarak sosial yang selamat sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain.
“Selain itu teruslah mengamalkan kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.
“Pendekatan ini penting dalam memutuskan rantaian penularan jangkitan. Pihak KKM akan terus memantau perkembangan kejadian Covid-19 melalui maklumat yang diperoleh dan akan dimaklumkan kepada rakyat semasa ke semasa,” katanya.
sumber : Harian Metro
Minum Air Rebusan Ni Lepas Bersalin, Seminggu Pantang Badan Dah Cergas!

Lepas pantang, ibu seboleh-bolehnya mahu lekas sembuh dan kembali cergas macam biasa. Selain mengambil pemakanan yang sihat dan segar, amalan tradisional seperti mengambil air-air rebusan pun tidak salah jika hendak diamalkan.
Melalui perkongsian ilmu petua lama berpantang dari Puan Noriza Rahman, minum air rebusan daun harimau beranak dikatakan baik untuk mengembalikan kecergasan ibu bersalin. Bukan saja cergas bahkan perut pun cepat kempis.
Ini air daun harimau beranak. Siapa dah pernah minum? Siapa dah pernah amalkan?
Ada yang tanya, untuk apa daun harimau beranak ini? Sebenarnya, daun ini digunakan oleh bidan-bidan lama dalam rawatan ibu berpantang.
Tak perlu makan jamu atau akar kayu, cukup dengan daun ini. Insya Allah seminggu berpantang dah cergas, kempis perut dan boleh buat kerja-kerja ringan. Siapa yang sakit urat yang sangat teruk pun boleh amalkan minum. Alhamdulillah, lega banyak lepas minum air daun ini.
Lelaki boleh ke nak minum? Boleh sangat! Perempuan hamil, boleh minum juga? Tak boleh!
Apa kesan selepas minum?
Salah satunya, kentut dan sendawa tak berhenti. Kerap kencing dan lawas buang air besar. Jika anda ada buasir, ini salah satu ikhtiar untuk mengecutkan semula buasir.
Warna air daun harimau beranak tak tetap. Ikut masa yang anda rebus. Tapi warna ‘teh o’ ini just nice untuk orang yang baru nak cuba. Ingat warna hitam, ingat daun harimau beranak. Ingat daun hutan, ingat daun harimau beranak.
Macam mana nak rebus?
Air rebusan ini rasa seperti teh herba kosong. Tidak dicampur apa-apa pun. Hanya rebus dan minum 2 kali sehari. Bagi sakit-sakit urat biasa dan bukan ibu dalam pantang, sebalang tahan lebih kurang 3 minggu.
Ibu dalam pantang pula, sebalang tahan lebih kurang 2 minggu, sebab kuantiti daun yang direbus lebih banyak. Tapi bergantung juga, kalau badan ibu tak pernah langsung ambil apa-apa herba, kuantiti dia cukup mulakan dengan 1-2 helai daun dulu.
☑️ 7 hari dalam pantang dah cergas,
☑️ 7 hari dalam pantang badan kembang susut dan mula terbentuk
☑️ 7 hari dalam pantang emosi dan mood ibu lebih stabil.
Tak susah pun, hanya rebus daun dan minum 2 kali sehari. Daun pun tahan bertahun tak reput, hanya simpankan saja dalam balang bertutup.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Noriza Rahman