“Nasib baik ada yang datang membantu, jika tidak saya sendiri mungkin sudah mati kerana ditendang dan disepak bertubi-tubi oleh lelaki itu,” kata Wan Fadhilah Wan Abdullah.
Wan Fadhilah, 57, adalah mangsa amukan lelaki yang mempunyai masalah mental berusia 20-an yang maut selepas disyaki dipukul dalam kejadian di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini, jam 7 malam tadi.
Katanya, dia yang menunggang motosikal untuk pulang selepas selesai memasak di kantin sebuah tahfiz berdekatan, terkejut apabila didatangi lelaki terbabit yang kemudian menendangnya sehingga jatuh dari motosikal.
“Badan dan kepala saya kemudian disepak bertubi-tubi sebelum saya diselamatkan oleh anak-anak tahfiz yang berada di lokasi kejadian. Saya hanya terbaring lemah.
“Pada awalnya, saya ingatkan dia adalah salah seorang pelajar tahfiz yang sedang berlatih silat kerana dia dilihat melakukan beberapa pergerakan seolah-olah seni mempertahankan diri.
“Semasa saya bersiap sedia menaiki motosikal, ada anak tahfiz yang menjerit supaya saya menjauhkan diri kerana terdapat orang kurang siuman namun belum sempat saya beredar, saya sudah diserang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Wan Fadhilah yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat sebagai tukang masak di tahfiz itu berkata, dia mengalami sakit seluruh badan selain terdapat beberapa kesan lebam, namun bersyukur tidak mengalami tulang patah.
“Sepanjang saya bekerja di sana, tidak pernah berlaku kejadian sebegini, yang ada hanya orang kurang siuman yang tidak membahayakan orang awam. Tidak sangka, kali ini ia membabitkan saya sebagai mangsa.
Ads
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan berterima kasih kepada anak-anak tahfiz yang membantu saya malam tadi. Jika mereka tidak membantu, mungkin kecederaan saya juga lebih teruk.
“Tambahan pula, saya baru tiga hari keluar daripada hospital selepas dimasukkan ke wad akibat darah tinggi,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat ibu mangsa selain dimaklumkan lelaki berusia 20-an itu tidak pulang selepas kejadian berkenaan.
Katanya, pihaknya kemudian menerima panggilan orang awam berkaitan kes mengamuk membabitkan lelaki sama pada jam 7 malam tadi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik sampai ke lokasi, didapati mangsa berada dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.
Ads
“Mayat dibawa menggunakan ambulans ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat.
“Hasil siasatan polis mendapati mangsa ke masjid terbabit untuk menunaikan solat Asar, bagaimanapun sekitar jam 6.30 petang dia dilihat mengamuk dan berlaku pergelutan dengan pengawal keselamatan masjid berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, mangsa kemudian ditahan dengan dibantu pelajar tahfiz berdekatan sebelum mereka memanggil pihak polis untuk meminta bantuan.
“Pengawal keselamatan kemudian direman selama tujuh hari, manakala 12 individu lagi yang juga saksi termasuk pelajar, warden dan tukang masak dibawa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk diambil keterangan.
Ads
“Kes disiasat mengikut seksyen 304 kanun keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan salah,” katanya.
Menurutnya, polis turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dengan insiden yang berlaku dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Terdahulu dalam kejadian jam 7 malam tadi, seorang lelaki yang mempunyai masalah mental meninggal dunia dipercayai dipukul di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini.
Mangsa berusia 20-an dikatakan mengamuk di masjid berkenaan sebelum menendang seorang wanita berusia 57 tahun yang melalui perkarangan masjid itu.
Kebahagiaan seorang ibu adalah apabila anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Perkongsian Vie Shanties tentang aktiviti anak-anak mengaji dan mendalami ilmu agama membuatkan ramai kagum dan terharu.
Bukan itu sahaja, anak-anak Vie Shantie juga dihantar ke sekolah agama. Video tersebut dikongsikan ibu ini Yang Ternyata cukup merindukan anak-anaknya.
Perkongsian tersebut yang meraih lebih daripada 15 ribu tanda sukasejak ia dimuatnaik menunjukkan Vie Zaara dan Vie Zaalia nampak sangat manis bertudung labuh. Sejuk mata memandang kan.
“Bila rindu, saya tabahkan hati dan berdoa pada Allah SWT agar suatu masa nanti… Allah SWT satukan kami dan kumpulkan kami lagi sebagai satu keluarga di AKHIRAT kelak 🥺 saya sayang mereka, sebab itu saya didik mereka dengan ilmu agama. Sebab saya tidak mahu ikatan ini hanya sementara.
“Saya masih mahu mereka menjadi anak-anak yang mendoakan saya nanti. Dunia, hanyalah satu persinggahan. Bila sampai masa, satu di antara kami pasti akan meninggalkan dunia yang sementara ini.
zaizahraa Sy sgt kagum dgn puan.. sy tak fkr sy boleh kuat dan tabah menahan rindu pada anak spt puan.. smoga anak2 puan jd anak soleh dan solehah 🤲🏻
zahidahawal.coachPernah jumpa Zaara, Zaalia, & Zareef 2 tahun lepas.. pernah sekali mekapkan Zaalia, tapi tak sempat mekapkan Zaara masa tu..suka tengok semua bercakap lemah lembut je. Moga bersama di syurga semuanya.. amin💕
kamalianumzainalAlhamdulillah. Ilmu yang akan memberi kebahagiaan dunia & akhirat. Semoga Allah permudahkan segalanya Datin. Thank you so much for the sharing too. Keep inspiring 🥰
Di zaman serba serbi bergerak pantas ini, tidak dinafikan terkesan dalam mengurus hal rumahtangga dan keluarga.
Apabila semuanya perlu dilunaskan dengan cepat dan pantas, akhirnya mendatangkan tekanan pada diri dan sekali gus boleh menjadi penyebab hubungan suami isteri tidak lagi semesra dan seerat dahulu apabila emosi terganggu.
Jadi, di sini ada dikongsikan beberapa tip untuk hilangkan tekanan dan sekali gus dapat memperbaiki hubungan suami isteri. Jom semak.
5 tip hilangkan tekanan antara suami isteri, dan jaga hubungan
Nota: Tip ini kami dapat masa jumpa perawat yang baik dan isteri beliau.
1) Alih susun atur perabot lebih kerap untuk motivasi kemas dan cantikkan rumah. Automatik, kita akan suka maintain cantik dan kemas.
2) Amalkan zikir al-mathurat untuk tenang hati dan mohon Allah melindungi rumahtangga dan keluarga.
3) Keluar berjumpa group rakan-rakan yang ada latarbelakang yang sama. Ibu di rumah, ada anak kecil, selalu ada cabaran motivasi. Kami ada CircleOhsem di Puncak Alam.
4) Keluar dating dengan pasangan. Jika ada kekangan anak kecil, bincang dengan rakan usrah, untuk rotate jaga anak-anak supaya ibu-ibu dapat dating dengan pasangan masing-masing secara bergilir antara rakan. Jangan serah pada famili, serahkan kepada rakan usrah yang sehati sejiwa.
5) Kerap urut pasangan. Suami urut isteri, isteri urut suami. Sapu minyak panas pun boleh pada kaki. Paling elok pakai minyak ada aromaterapi seperti essential oil.
Banyak kempen keselamatan tentang kegunaan tali pinggang keselamatan dan car seat untuk menyelamatkan nyawa di dada akhbar dan juga sosial media. Namun, ramai yang memandang remeh tentang perkara ini dan dek kerana sikap cuai, mungkin ada nyawa yang bakal diragut.
Baru-baru ini tular insiden yang mengejutkan membabitkan seorang bayi. Menerusi video berurasi 2 minit yang dirakam daripada ‘dashcam’ sebuah kereta, terdahulu sebuah kereta Myvi hitam dilihat sedang membuat u-turn dipercayai di kawasan sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang. Namun tak semena-mena seorang bayi tercicir pula di tengah jalan raya.
Mujurlah tidak terkena musibah lain, kanak-kanak malang itu terus diselamatkan oleh pemilik dashcam berkenaan. Tidak lama kemudian, ibunya bergegas ke lokasi kejadian untuk mengambil semula anaknya selain mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang sudi membantu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui cemas dan sangat bersyukur tiada sebarang perkara buruk menimpa bayi tersebut. Walau bagaimanapun, mereka turut menekankan tentang aspek keselamatan seperti tali pinggang car seat dan pintu kereta dikunci bagi mengelakkan insiden sama berlaku.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.