Masalah angin dalam badan ini mesti ada yang pernah alami bukan? Rasa senak, sebu dan kadang-kadang membuatkan badan terasa begitu lemah dan letih. Semua ini membuatkan kita tidak selesa untuk lakukan aktiviti harian.

Jadi cara bagaimana untuk atasinya?

Kalau ingin dicuba menggunakan petua orang dulu-dulu, di sini dikongsikan ramuan herba yang boleh diamalkan.

Ini sebagaimana perkongsian daripada Ina Iris dan bolehlah dicuba.

PETUA BUANG ANGIN

Petua ni saya dapat dari sorang ustazah darussyifa’..dia suruh amalkan untuk orang yang banyak angin dalam badan.

Ads
Badan Berangin Nak Buat Apa Pun Tak Selesa. Cuba Minum Herba Ni Atasinya!
Gambar hiasan

Bila badan kita berangin, kita jadi malas nak buat keja, selalu sakit kepala, lenguh-lenguh sendi, sebu perut,susah nak kentut, kadang makan pun tak lalu kan.

Amal minum air rebusan ni..InsyaAllah, lepas tu asyik kentut-kentut, sendawa, rasa ringan badan, kepala pun rasa ok..selain tu peluh kita pun bau wangi tau..bahan pun mudah dapat dan murah saja

Badan Berangin Nak Buat Apa Pun Tak Selesa. Cuba Minum Herba Ni Atasinya!

Ads

Bahan-bahan:
-serai 3 batang
-halia (ketuk-ketuk sikit)
-biji ketumbar segenggam
-air seperiuk

Campur semua bahan, rebus sampai tinggal separuh air..minum masa suam-suam..sedap tau..rasa dia macam teh tanpa gula..

Badan Berangin Nak Buat Apa Pun Tak Selesa. Cuba Minum Herba Ni Atasinya!

Ads

 

Baca juga artikel berkitan : Bila Orang Tua Mengadu Badan Berangin & Tak Selesa. Ni Petua Kena Buat Untuk Mereka. 

Sumber : Ina Iris

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI