Badan Asyik Letih Aje, Ini Cara Mudah Buat Minuman Detoks, Rupanya Hanya Guna Teh Herba!

Share

Seharian bekerja memang membuatkan badan mudah letih. Tambahan pula faktor usia dan tidak menjaga pemakanan serta tidak bersenam secara konsisten boleh mengakibatkan badan lesu dan tidak bermaya.

Tidak dinafikan ada yang mengamalkan makanan tambahan untuk ‘booster’ tenaga agar lebih cergas.

Namun tidak salah untuk kita mengamalkan petua yang menggunakan bahan-bahan herba.

Nak tahu caranya jom lihat perkongsian puan Fyza Shah

menyediakan bahan-bahan untuk membuat minuman detoks.

PETUA DETOKS TOKSIN HILANGKAN LETIH BADAN

Teh herba detoks ni kak Fyza buat sempena meraikan jerawat batu besar bertenggek kat dagu. Dah, asyik travel je. Masuk kelas sampai otak jadi jem stress. Kikiki. ?

Pastu air masak tak cukup. Jogging pon dah jarang. Asal letih je cari kopi. Malam-malam jadi burung hantu tido lewat-lewat.

Badan tak cukup rehat, kita jadi stress. Hormon terus jadi tak seimbang. Kulit jadi kusam. Jadi,tak hairan kenapa kulit muka pon keluarkan jerawat secara tiba-tiba kan.

Semalam, kak Fyza cuti pastu terus rajin kan diri buat teh herba lemon ni untuk tendang keluar semua toksin lama terkumpul. Kali ni kak fyza rebus semua bahan. Sebab nak hirup panas-panas sambil pejam mata menikmati aroma teh herba lemon bersulam madu ni.

Bahan-bahan mudah:

Teh herba cina – 2 sudu (beli kat kedai cina jual herba aka sinseh)

Lemon sebiji dihiris bulat-bulat

Halia 2 inchi dihiris nipis

Rose bud secukup rasa (agak-agak je, beli kat kedai cina jual herba aka sinseh)

Madu 2 sudu besar

Cara buat:


Didihkan air panas dalam periuk kecil.
Letakkan teh herba 2 sudu.
Agak-agak air dah jadi kuning-kuning sebab teh herba tu, masukkan halia diikuti lemon, rose bud. Biarkan kejap supaya semua khasiat bahan tadi turun ke dalam air.

Bila nampak semua bahan dah sebati, warna dah makin pekat, tutup api. Untuk lipat kali gandakan zat, kak fyza gantikan madu berbanding gula sebagai pemanis

Sekali hirup, nak lagi. Masam-masam lemon, manis madu. Aroma herba teh dan lemon menusuk hidung, berpeluh- peluh dahi setiap hirupan. Peluh tu yang kita nak sebab bantu 
percepatkan lagi toksin jahat keluar. Badan terasa hangat sekejap. Wallaaah.

Kak fyza minum waktu malam sebelum tido. Sebab malam kita kena rehat untuk badan restore balik sel-sel yang terjejas dengan macam-macam aktiviti kita yang memenatkan, makanan dan minuman yang kurang berzat.

Amalkan selalu, badan akan lebih sihat. Toksin kurang, badan terasa ringan. Jerawat pon takut-takut nak muncul diri. Lebihan air ni kak fyza simpan peti sejuk. Esok pagi ke balik kerja keje boleh minum sejuk-sejuk atau boleh je nak panaskan sekejap. Sejuk pon best, segar hilang terus letih badan.

Sumber: Fyza Shah

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara