Bila melihat perangai anak tidak mendengar kata, memang boleh sakit kepala dibuatnya. Jadi hari-hari kita sebagai ibu bapa akan cuba beri nasihat agar mereka lebih baik dan berubah. Tapi bila seakan apa yang kita cakap itu ibarat masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri, puaslah membebel sepanjang hari.

Pun begitu daripada membebel yang meletihkan diri, alangkah bagus kiranya kita amalkan doa ini dengan  membaca surah Toha Ayat 1-6 sebagai satu usaha untuk menjadikan anak-anak lebih mendengar kata.

IKLAN

Malah menurut perkongsian daripada Kay Bee dengan meminjam kata-kata daripada Dr Fathma, “Kita sibuk nak anak dan suami kita dengar cakap kita. Lembut hati dengan kita. Konon-kononnya mereka ni degil sesangat. Kita sendiri sebagai isteri, tak pernah terfikir yang kita sendiri pun ada degil kita. Kan!”

Betul juga ya! Jadi apa harus kita lakukan? Untuk itu ikuti perkongsian penuhnya di sini.

RAMAI YANG DAH TAHU DAN RAMAI JUGA YANG TAK TAHU!

Kata Dr Fathma semalam, baca dan amalkan Surah Toha ayat 1 – 6 ini sebanyak 3 kali dan hembus pada umbun anak kita setiap malam. In sha Allah 5 6 bulan akan datang, akan nampak perubahan sedikit demi sedikit.

Perubahan apa? Anak kita dilembutkan hatinya untuk dengar cakap ibu bapa. Mudah diajar dan mendengar kata. Biasa dengarkan? Ramai dah bagi tips ini. Tinggal nak buat dengan tak saja.

IKLAN

Yang JARANG dikongsikan adalah…

Baca surah Toha ayat 1 – 6 ini 3 kali. Hembuskan dalam air. Bagi pasangan suami isteri minum sebagai minuman harian.

Kata Dr Fathma, kita sibuk nak anak dan suami kita dengar cakap kita. Lembut hati dengan kita. Konon-kononnya mereka ni degil sesangat.

Tapi tapi tapi! (Ni Kak Bee tambah ye bagi sedap sikit citer nih)

Kita sendiri sebagai isteri, tak pernah terfikir yang kita sendiri pun ada degil kita. Kan!

Pernah tak korang fikir bab ni? Macam kita je yang tak degil. Orang lain dalam rumah semua degil belaka.

Masa Dr Fathma cakap pasal ni, 1 surau pakat gelak. Memang kena batang hidung sendiri!

Makanya, marilah kita ramai-ramai para isteri yang bijak bistari, sama-sama amalkan ini untuk kesejahteraan keluarga.

Iya pun, memang hari-hari minum air kosong kan, 1 liter la, 2 liter la.

Moh ler kita minum air yang kita sendiri berdoa kepada Allah swt. Agar dilembutkan hati kita dan pasangan. Aman rumah tangga.

Jika anak-anak ambil masa 5 6 bulan untuk nampak perubahan.

Kita yang dah umur banyak ni, mungkin 12 bulan baru nampak perubahan? Siapa yang tahukan? Semua dengan izin NYA.

Yang penting, kita usaha dan tawakkal saja.

sumber : Kay Bee