Bacaan Kolestrol Tinggi? Kawal Dengan Cara Yang Diamalkan Ni, Memang Ada Yang Serasi!

Share

Apabila usia semakin meningkat, pastinya kita risau dengan tahap kesihatan sendiri. Maklumlah bila sudah mencapai umur 40 tahun ke atas, dikatakan segala penyakit akan muncul jika sejak muda tidak dijaga rapi. 

Antara penyakit yang sering menyerang pada usia itu adalah sakit jantung, kolestrol, gout dan kencing manis. 

Akibatnya ramai yang sanggup melabur membeli pelbagai makanan kesihatan, anda juga boleh mencuba  cara alami dengan mengamalkan petua. Ini s

ebagaimana perkongsian Erika Khoriawati menunjukkan cara menggunakan bendi sebagai alternatif untuk menurukan tahap kolestrol dalam badan.

Seterusnya ikuti perkongsian ini.

Turunkan Kolestrol dengan Air Ini

Saya selalu mengalami kebas-kebas kaki. Suami pula tinggi bacaan kolestrol.

Selepas amalkan minum air ini saya tidak lagi kebas kaki, kolestrol suami juga telah turun. Berbaloi kan dari berhabis duit beli ubat setiap bulan.

Cara penyediaannya:

Kacang bendi 10 – 15 biji dibasuh dan dipotong.
Air masak 1 liter.
Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air.


Simpan di dalam peti sejuk.
Minum selalu.
Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja.
Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar.

Kalau ibu atau bapa anda ada Diabetes, kena cepat stop guna Gula Pasir dalam minuman. Tawar? Tak tawar, manis. Guna Pemanis Tanpa Kalori, rasa manis yang tidak menaikkan paras gula dalam darah. Info boleh baca di Sihat Tanpa Gula.

Sumber: Erika Khoriawati via pesan bonda

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club