Keibubapaan

Bacaan Al-Fatihah Bilal Dipuji Ramai, Jelas Sebutan & Makhrajnya!

Share

Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.

Alunan ayat suci itu diperdengarkan Bilal ketika ibunya menjawab pertanyaan wargamaya Al-Quran yang dibaca Neelofa.

Menerusi perkongsian semula di TikTok, Neelofa dilihat sedang menjelaskan tentang Al-Quran bersaiz besar yang diterimanya daripada rakan artis, Betty Rahmad.

Wargamaya bagaimanapun cukup tertarik dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dibaca Bilal ketika berada berdekatan ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara sebutan Bilal yang jelas.

Dalam masa yang sama, mereka kagum dengan Neelofa serta PU Riz yang menerapkan ajaran Al-Quran kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi.

“Sebutan dan makhraj Bilal tu macam dah umur 9 10 tahun. Bagus mak ayah didik dari kecil.

“Masya-Allah umuR baru 3 tahun dah jelas bacaan Al-Fatihah.

“Pandainya Bilal baca Al-Fatihah, tak pelat pun.

Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama PU Riz atau nama penuhnya Muhammad Haris Mohd Ismail pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 4 dan Abdullah Abbas, 2.

@seorangnur MasyaAllah Muhammad Bilal 😍👦🏻 Sayang budak tecik ni ❤️ #neelofa #harisismail #bilal ♬ Qalbi Fil Madinah – Maher Zain & Harris J.

Sumber: TikTok