Umum mengetahui figura seni bernama Mark Adam ini merupakan seorang pelawak. Sikapnya yang bersahaja dengan kareakternya sedemikian sentiasa mengundang lucu buat peminatnya.
Dia yang berasal dari, Cebu, Filipina, juga merupakan seorang penyanyi. Namun apa yang cukup menyentuh hati adalah Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah juga mempunyai sebuah pusat latihan vokal yang hampir setiap hari mengajar anak muridnya aspek lontaran suara untuk menyanyi dengan merdu.
Namun bukan itu yang ingin diperkatakan. Sebaliknya perkongsiannya baru-baru ini mengundang rasa sebak di hati peminatnya. Mark yang kini memasuki usia 40 tahun itu diajar untuk membaca Iqra oleh seorang pengajar sebagai permulaan bagi mempelajari kitab suci al-Quran.
Suami kesayangan Nor Azah Redzuan yang juga merupakan pengurusnya memuat naik satu video yang berdurasi 55 saat. Di dalam rakaman video tersebut kelihatan Mark Adam menyebut satu persatu huruf sambil diperbetulkan oleh pengajar tersebut.
Insyaallah Thank u Ustaz 🙏🙏🙏
Demikian kapsyen ringkas yang ditulis oleh Mark Adam menerusi rakaman video tersebut.
Rata-rata peminatnya mendoakan yang terbaik dan dipermudahkan buat penyanyi tersebut.
Sumber: IG markadam1079