Siapa yang tak kenal dengan penceramah bebas, pengacara dan pelakon iaitu PU Azman ini. Tutur kata dan gaya yang bersahaja ketika memberi nasihat dalam apa jua program membuatkan netizen terhibur.
Bekas juara pencetus ummah musim kedua, PU Azman juga dikenali sebagai Cik Man ini sering bersoal jawab mengenai hukum agama di Instagram miliknya.
Baru-baru ini, telah memuat naik sekeping foto sempena ulang tahun kelahiran bapa dan dirinya.
Hari ni 3 januari ulangtahun lahirku. Sambut dengan abah di kampung. Sebab befday abah pun selang sehari, 5 januari. Lagi 4 tahun, umur abah 100 tahun. Doakan abah cik man.
Kami ada persamaan. Dua-dua rindukan arwah mak.
Lagi satu, dua-dua single. Mau jadi mak tiri saya ?
Apa yang menarik, perkongsian itu telah membuatkan netizen terhibur apabila caption yang terakhir sempat bertanya kepada yang ingin menjadi ibu tirinya.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, warganet menitipkan doa kesejahteraan buat dua beranak ini yang menyambut kelahiran di bulan yang sama.
Sumber: puazmanofficial
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club