Doa ibu itu tiada hijab. Setiap doa yang diucapkan kepada anak akan memberi kebahagiaan dalam hidup.
Namun nak berdoa ada caranya. Sebagaimana perkongsian wanita ini. Jika biasanya doa mengguna bahasa Arab, sebaliknya menggunakan pendekatan bahasa melayu untuk berdoa.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian beliau.
DOA SPESIFIK UNTUK ANAK?
Ramai tanya saya apa amalan atau doa spesifik yg saya amalkan utk anak. . To be honest, saya takde amalan atau doa spesifik. . Apa saje surah/ayat/doa dlm hadis dan quran yg khusus untuk kesejahteraan anak dan keluarga— amalkan je mana2.
Dalam bahasa Melayu
Tapi selalunya saya lebih suka buat doa sendiri. Dalam bahasa melayu. Dengan “style” yang mungkin berbeza sikit dari apa yg biasa kita dengar. . Style doa yg biasa kita dengar: “Ya Allah jadikan lah anakku anak yg soleh, taat kepada ibu bapa. Berikan lah anakku akhlak yg baik. Bla bla..”
Jelas pengucapannya
Tapi saya lebih suka doa camni:
“Ya Allah, terima kasih kurniakan kami anak yg soleh, rajin solat, taat kepada kami. Terima kasih kurniakan kami anak yg bijak berfikir, pandai buat keputusan, tahu beza baik buruk. Terima kasih kurniakan kami anak yg rajin tolong kami. Bla bla..”
Ads
Just tukar perkataan “jadikanlah” atau “berikanlah” kepada “terima kasih..”
Pastu masa doa tu, saya suka baca kuat2, sebut jelas2, guna perkataan mudah2 supaya anak dengar dan faham.
So anak yg aminkan kat sebelah pun rasa berbunga-bunga dan berkobar-kobar utk jadi seperti yg didoakan ibu bapa. Dan lama2, dengan izin Allah, anak akan betul2 jadi baik, soleh, rajin, penyejuk mata ibu bapa.
Dan sekarang, bila Haikal pun dah pandai baca doa lepas solat, dia pulak yg—
“Ya Allah, terima kasih kurniakan aku ibu bapa yg penyayang, penyabar, pemurah, selalu belikan mainan dan komik.”
Wah dia pulak saiko kita balik.
Tapi itu lah the power of “TERIMA KASIH” yg kita selalu lepas pandang. Kajian menunjukkan, by saying “terima kasih” je pun sebenarnya boleh hilangkan sedih, kecewa dan marah dlm diri.
When you’re grateful, you’ll be at your best state of mind and emotion. . Allah sentiasa ikut sangkaan kita. Kan? Bila kita banyak berterima kasih, lebih banyak lagi nikmat diberi utk kita terima-kasih-kan.
Ads
Malam ni sebelum tidur, boleh try doa kuat2 camni sebelah anak. You’ll slowly see the difference, insyaAllah.
Jangan pernah berputus asa dgn doa. Walaupun di saat kita buntu tak tahu apa yg nak didoakan.
Sebab Allah itu sentiasa tahu apa yg dimahukan oleh hati. Walaupun ketika hati sendiri tak terluah apa yang ia mahu.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Rezeki dapat anak kembar. Seorang ibu meluahkan rasa bahagia dan syukurnya kerana dianugerahkan tiga anak kembar perempuan yang kini semakin membesar.
Kongsinya menerusi media social, dia amat merindukan kehadiran seorang lagi anak dalam rumah mereka namun tidak menyangka dikurniakan anak kembar tiga.
Tambahnya lagi dia dan suami sebelum ini tidak mempunyai keturunan kembar namun amat bersyukur atas kurniaan tidak terhingga itu dalam keluarga mereka.
“Sapa kat sini ada anak kembar, tapi tak ada keturunan kembar 🙋🏻♀️ kita geng,” tulisnya.
Tambahnya lagi kandungan anak kembarnya itu merupakan anak keempatnya dan telah mempunyai tiga orang cahaya mata sebelum ini yang sudah pun semakin membesar.
Menerusi perkongsiannya, kehidupan mereka di rumah bertambah meriah dengan kehadiran kembar tiga itu bersama anak-anak lain.
“Kak Mas ada triplet girl, yang ni anak ke 4, kandungan yang ke 4, atas-atas semua dah besar.
“Ingatkan nak baby sorang, sebab rindu baby… haha tiba-tiba Allah bagi 3. Habis huru hara satu rumah 🤣🤣,” tambahnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihatkan pokok-pokok di Thailand yang berbuah lebat, mungkin ada yang menyangka mereka menggunakan baja kimia.
Rupa-rupanya ada resipi rahsia yang dipraktikkan oleh pekebun di Thailand untuk memastikan pokok yang ditanam walaupun masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Mereka menggunakan hormon penggalak buah.
Untuk anda yang ingin memastikan pokok berbuah lebat, apa kata cuba resipi ini:
Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda
Cara-cara:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Sumber: Sinarfm
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai yang suka makan nasi lemak. Namun adakah cara masa itu betul? Tapi kadang kala, jika salah cara boleh menyebabkan nasi jadi lembik dan tidak cantik hasil masakan tu.
Memang buat stres masak nasi lemak asyik tak jadi. Kejap lembik, keja keras. Sambal dah ok dah. Nasi pulak lembik.
Apa kata ikuti petua wanita ini. Memang menjadi, nasi pun jadi cantik sebiji-biji, lembut dan wangi!
Cara saya masak nasi lemak. InsyaAllah mudah dan senang. Pasti menjadi.
Saye xreti ikot nisbah2 nie. Tak faham. Saya ukur air pakai jari je. Dah biasa macam tu. Nasi masak elok tak mentah.
Ikuti cara penyediaan ini.
Cuci hingga bersih
Nasi lemak saya tak suke letak bawang.
Air+santan. Selepas tuangkan santan,ukur air menggunakan jari telunjuk. Pastikan isi air sampai ke paras garisan pertama jari telunjuk. Xboleh lebih,xboleh kurang. Kalau terkurang,nasi akan mentah. Kalau terlebih,nasi akan jdi sedikit lembik.
Letak minyak masak untuk bagi nasi lemak jdi sebiji2 org kata. Cantik berkilat elok ja bila masak nanti.
Dh siap! tak nk bagi santan berkumpul atas nasi,sebelum nasi masak,kene gembur dlu.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...