“Baca Al-Quran & Jaga Solat Berjemaah.” Ustaz Ahmad Dasuki Kongsi Amalan 3 Anak Buah Waktu Kuarantin Undang Sebak!

Share

Wabak Covid-19 yang menular tidak mengenal usia, bangsa dan keturunan.  Dalam satu perkongsian oleh Ustaz Ahamd Dasuki, tiga anak buahnya yang masih kecil kini sedang menjalani kuarantin kerana postif Covid-19.

Apa yang menyentuh hati, si kecil ini baru berumur 2 tahun manakala abangnya 7 dan 9 tahun namun menampakkan kematangan tanpa sedikit pun berasa takut jauh sekali menangis biarpun tiada ibu atau ayah menemani dirinya ketika itu.

Lebih menyentuh hati, pesanan si ibu supaya sentiasa membaca al-Quran dan tidak meninggalkan solat berjemaah menjadi panduan tiga beradik ini.

Allahuakbar. Tiga anak saudara saya yang masih kecil ini dikuarantin setelah disahkan positif. Umar Al-Faruq 9 tahun, Salman Al-Faris 7 tahun dan Luqman Al-Hakim 2 tahun.

Mendengar pesan mama-nya supaya sentiasa membaca Al-Quran dan menjaga solat berjemaah.

Doakan putera kami ini cepat sembuh dan dapat pulang ke pangkuan mama dan baba dengan segera. Amin ya Rabb…

Perkongsian Ustaz Ahmad Dasuki mendapat perhatian ramai. Rata-rata melahirkan rasa sebak dan terharu melihat wajah-wajah si kecil yang terpaksa berpisah dengan keluarga dek Covid-19

Allahuakbar … comelnyaa..sebab tgok terutamanya si kecil luqman …Moga Allah kurniakan syifa buat anak2 soleh ini… Moga dipermudahkan segala urusan dan kembali ke pangkuan keluarga menjelang idulfitri… semoga senantiasa berada dlm peliharaan Allah SWT…In SyaaAllah..Aamiin

allahuakbar, ya Allah ya Hafiz jagalah anak anak ini. Kesiannya terutama yg dua tahun tu. Hebat didikan orang tuanya. Moga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga

Allahuakbar, moga Allah kurniakan kesembuhan buat anak2 syurga ini….. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segalanya…. Moga kedua ibu bapa mereka dikurniakan hati yg kuat dan tabah utk menghadapi ujian ini…. Saya doakan agar kesakitan mereka cepat berakhir dan mereka dpt kembali ke pangkuan keluarga semula, Insyaa Allah, Aamiin Ya Rabbal Alamin

Allahu..kalau sayalah ibu mereka memang tak lalu makan tak lena tidur duk teringat anak-anak.Tambah-tambah lagi time dah dekat nak raya macamni.Di samping kita doakan anak-anak soleh ni cepat sembuh,kita doakan juga semoga ibu ayahnya diberi kekuatan..aamiin

Allahuakbar, semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Dididik oleh ibu yang hebat. Pasti menjadi anak anak yang hebat bila besar nanti… Insyaallah

Allahuakbar berdikari nyer Adik .. Alquran peneman awak .. Malu acik tapi sungguh jadi inspirasi… Ya Allah contoh terbaik  yg Kau berikan utk Kami muhasabah Dan perbaiki Diri Dan keluarga ..

Allahu akbar.. Sebak hati melihat wajah anak2 kecil ini.. Semoga ada ganjaran buat mereka yg redha dgn ujian Allah S.W.T.Semoga semua cpt sembuh… Aamiin Yaa Rabb

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club