“Baby Nak Keluar, Awal Seminggu…” Aeril Zafril Kongsi Wawa Zainal Masuk Hospital, Mohon Titip Doa!

Share

Wawa Zainal dimasukkan ke hospital berkemungkinan akan bersalin anak keempat mereka seminggu awal daripada tarikh sepatutnya.

Berita tersebut dikongsikan oleh suaminya, Aeril Zafrel menerusi laman Instagramnya.

“Pagi ni tiba-tiba baby nak keluar. Awal seminggu dari tarikh yang di beri. Doakan semuanya selamat,” tulisnya menerusi perkongsian terkini di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Aeril turut memuatnaik gambar sterinya yang terbaring sambil berselimut

Menjengah ke ruangan komen, Rata-rata menitipkan dia semoga dipermudahkan urusan Wawa untuk melahirkan bayinya.

Wawa Dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013.Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiraful Azkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia lebih setahun.

Sumber: Aeril Zafril