Baby Haq, Kuatkan Semangatmu & Teruskan Berjuang!

Share

Norhijah Abd Samat dan Mohd Nazib Mohd Supian, pasangan bahagia ini telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Awal Al Aezrieq. 9, Nurr Aemmyl Al’Laisyah Aeman, 8 dan Muhammad Aqkheer Al’ Aerieq, 1 tahun 3 bulan. Dua kelahiran pertama pasangan ini sama seperti anak-anak normal  yang lain membesar dengan sihat dan ceria.

Namun ditakdirkan kelahiran ketiga, dikurniakan seorang anak yang cukup luar biasa dan lebih istimewa.  Sememangnya pasangan ini begitu mengimpikan kehadiran anak kecil di dalam keluarga dek kerana sudah terlalu lama menanti.

“Sebenarnya kalau nak diikutkan Aqkheer atau lebih mesra dipanggil Baby Haq merupakan anak saya yang kelima. Memandangkan saya pernah gugur pada tahun 2012 dan pada tahun 2014 saya sekali lagi disahkan mengandung namun kandungan tersebut di luar rahim dan jika diteruskan berisiko tinggi.”

Sejak disahkan mengidap penyakit Langerhan’s Cell Histiocytosis (LCH) iaitu sejenis penyakit kanser pada Jun yang lalu, Baby Haq sebenarnya telah banyak kali mengalami beberapa siri perubahan dalam dirinya. Dari seorang anak yang aktif, ceria dan membesar seperti anak-anak yang lain hinggalah di usia empat bulan mula menunjukkan penyusutan tahap kesihatannya.

“Ibu yang mana hatinya tidak akan tersentuh,  lebih-lebih lagi apabila melihat anak yang di kandung kini sedang menanggung derita. Bersedih sahaja tidak menyelesaikan apa-apa. Lalu saya dan suami bersikap lebih positif, mengumpul semangat baru untuk berjuang bersama-sama Baby Haq.”

“ Sepanjang Baby Haq menjalani kaedah rawatan kemoterapi di Institut Pediatrik HKL untuk merawat penyakit kanser yang dihidapnya, pada bulan Julai yang lalu sekali lagi Baby Haq dimasukkan ke unit ICU sebab ada kompilasi dalam badan.

“Alhamdulillah, Baby Haq dan kami sekeluarga berjaya menempuh saat getir itu dengan tenang dan redha. Jika ingin dikira, dalam jangka masa dari awal tahun  kami ‘berumah’ di hospital, doktor telah confimkan nafas Baby Haq beberapa kali pernah sesat (tiada).

“Paling terbaharu pada tarikh  8 Ogos lalu,  doktor sahkan jantung Baby Haq berhenti berdegup dan Baby Haq telah pergi ketika sedang tidur. Ya Allah! Saya tengok sendiri bila mana tiub yang ada di tubuhnya ditanggalkan!

“Dan entah bagaimana, dengan kuasa Allah Baby Haq kembali menarik nafasnya dalam-dalam.  Ketika itu ada lapan orang doktor dan lima orang jururawat berada di dalam bilik tersebut. Melihat kejadian itu, mereka segera sambungkan semula bekalan oksigen. Seribu rahmat saya rasakan dan syukur Baby Haq terus cekal untuk berjuang. Inilah sumber kekuatan saya sebenarnya dan sudah pastinya Allah Maha Tahu segala apa yang terjadi.”

[su_highlight background=”#d3e5c4″ color=”#ec281f”]KELUARGA prihatin.[/su_highlight]

Bagi anda yang berjiwa penyayang, jika ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini, bolehlah berbuat demikian. Disertakan no akaun ibunya seperti di bawah :

7007208178 (CIMB)

Norhijah Abd Samat

Sumber /Foto : Norhijah Abd Samat via keluarga