“Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
Mac 6, 2022
Share
Menantikan kehadiran si kecil suatu momen yang indah buat pasangan bergelar suami isteri. Namun, ketentuan Ilahi tak siapa mampu menduga.
Demikian juga dengan wanita yang bernama Aina Rusli ini apabila bayi yang dikandung selama 29 minggu meninggal dunia disebabkan air ketuban di dalam rahimnya sudah kering.
Kisah duka tersebut dikongsikan sendiri oleh Aina menerusi laman Facebooknya. Menurut ibu ini, sejak kandungan memasuki usia 21 minggu, doktor mengesahkan bahawa air ketuban dalam tubuhnya kering sehingga berada pada tahap bahaya.
Oleh kerana usia kandungan terlalu awal, doktor menyarankan agar wanita berkenaan menggugurkan kandungannya itu. Namun, dengan izin-Nya bayi yang diberi nama Ayyash itu hanya mampu bertahan selama 29 minggu sahaja.
1/ Mac/2022
“Tarikh keramat buat ibu. Sepatutnya Ayyash di lahirkan. Namun, Allah sebaik baik perancang. Pada usia kandungan 29 minggu Ayyash lahir kerana ibu mengalami komplikasi dari usia kandungan 21 minggu lagi. Kuat anak ibu, Ayyash
Dari usia kandungan 21 minggu, doktor sahkan air ketuban ibu kering sehingga di tahap bahaya. Oleh kerana kandungan terlalu awal, doktor beri kata putus gugur buat ibu. 2 bulan ibu di tahan di dalam wad kerana takut keguguran. Namun Allah lebih mengetahui. Ayyash tersangat lah kuat sehingga mampu bertahan sehingga 29 minggu.
Menurut Aina, tatkala kandungannya 29 minggu dia mengalami tanda-tanda mahu bersalin. Disebabkan kedudukan bayinya songsang, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan.
“Pada usia kandungan 29 minggu, ibu memgalami contraction dan tanda tanda bersalin. Ibu terpaksa di bius tidur dan di ceaser kerana epidural tidak berkesan pada ibu dan kedudukan Ayyash yg songsang pd ketika itu. Selepas melahirkan ibu tk dapat dengar pun suara Ayyash sbb ubat bius masih ada dlm bdn.
Bayi Ayyash diazankan oleh suaminya dalam keadaan yang cukup memilukan. Lebih-lebih lagi, suami Aina tahu bayi ini dinantikan isterinya selepas dua kali keguguran sebelum ini.
“Masa ni, doktor dah bagitau babah keadaan Ayyash yg sgt lemah walaupun dah diberikan 100% oksigen. Babah azankan Ayyash dlm keadaan yg teramat sedih sbb babah tau ibu nak sgt anak lepas 2 kali keguguran. Masa on call babah langsung tk cerita keadaan Ayyash. Babah cuma ckp yg rupa Ayyash mcm ibu.
“Esok tu pakar kanak kanak nk jmpa ibu. Ibu yg tk tau apa apa rasa excaited nk jmpa anak ibu. Sampai nicu, ibu tk nampak perbezaan anak ibu dgn orang lain sbb Ayyash comel sgt. Ibu dtg dekat Ayyash ibu hulur jari ibu, Ayyash gengam walaupun tk erat sbb sendi Ayyash semua dah lemah.
‘Bila ibu ckp dekat Ayyash, syg ibu datang ni, Ayyash terus senyum dan tahap oksigen Ayyash naik. Tp bila doktor dtg and bgitau ibu yg Ayyash tk boleh survive sebab terlalu lama duduk dlm rahim ibu yg tkde air ketuban sampai paru paru belah kiri tk dpt berkembang. Ibu rasa nk jatuh terduduk.
“Masa ni doktor minta ibu bagi kata putus utk keep on cpr bila oksigen drop or bgi Ayyash pergi dengan tenang. Ibu minta doktor tunggu babah dtg utk buat keputusan. Masa ni oksigen Ayyash tiba tiba drop. Semua doktor dtg buat cpr, ibu tengok keadaan Ayyash yg kcik tp ditekan tekan sbb nk bagi cpr.
Hati ibu mana tidak pilu, jiwa mana yang tidak luluh tatkala doktor menghentikan mesin oksigen. Namun itulah yang terbaik daripada membiarkan Ayyash terseksa.
“Terus luluh hati ibu. Bila babah sampai ibu terus ckp biarlah anak kita pergi dgn tenang. Doktor hentikan mesin oksigen dan benarkan ibu dan babah tengok Ayyash pergi. Allahuakhbar tenang sgt keadaan awk masa tu sayang. Tkde sikit pun kesakitan yg awk tunjuk.
“Tepat pukul 11.15 am, Allah ambil nyawa Ayyash, anak syurga ibu dan babah. Semoga awk tenang di syurga bersama abang abang awk ya sayang. Tunggu ibu dan babah di pintu syurga
Salam takziah buat Aina dan suami atas kehilangan anak tersayang. Semoga terus diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan ini. Brat mata memandang, berat lagi bahu pasangan ini memikulnya. Alfatihah buat arwah Ayyash.