Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam mendidik dan memanjakan anak-anak. Tidak semua nak ‘spoilkan’ anak-anak dengan kemewahan biarpun mampu berbuat demikian. Begitu juga dengan Ajak Shiro dan isteri.
Walaupun bergelar selebriti, Ajak lebih suka anak-anak membesar dengan cara sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk. Ini terbukti melalui perkongsian isterinya, Nur Afifah Amin. Memuat naik satu video, Nur Afifah mendedahkan anak sulungnya, Mohd Jad Thaqif, 9, dibesarkan dalam kehidupan yang serba sederhana.
Menyingkap kehidupan mereka sekeluarga di awal kelahiran Jad, mereka hanya memakai kereta jenama Kelisa yang tiada penghawa dingin.
Namun, Afifah berbangga dengan anaknya yang tidak meminta sesuatu barang dengan sewenang-wenangnya meskipun mereka sekeluarga kini mula menjalani kehidupan yang lebih senang.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Afifah memuat naik video Jad yang terharu saat menerima hadiah basikal idamannya.
“Jad ni anak sulung… Dia lahir kami bukan orang senang balik Lumut dari Kluang dengan Kelisa tanpa penghawa dingin.. Dia dididik tanpa kemewahan..
“Tapi yer lah, naluri nak basikal tu ada.. Budak kan… Sebenarnya dia nangis sambil kata ‘Sorry baba, Jad abiskan duit baba’.. Dia nak tapi dia takut abiskan duit sebab kena beli 2 basikal.
“So jiwa pun kacau, sedih tengok Had dapat basikal and terharu bila rupanya dia pun dapat.. Mak yang merakam ni pun sebenarnya meleleh air mata…
“Tapi, moralnya… Baba jahat sebab suka buat kita orang sayang baba dengan cara yang sedih-sedih,” tulisnya.
Ajak dan Afifah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohd Jad Thaqif, 9, Mohd Had Thaqif, 6, dan Nada Soffea, 4.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan Jad kerana bersikap lebih matang dari usianya.
Malah pengikutnya juga turut akui mengalirkan air mata ketika menonton rakaman video tersebut.
Sejuk perut ibu
Anak sulung human sense
Sumber: IG afifahamin