Orang dulu-dulu suka berpesan kalau kedekut sekali pun, bab makan jangan berkira.
Umumnya setiap makanan yang berkhasiat dan enak seperti yang kita tahu kebanyakkan harganya sedikit mahal. Namun demi keluarga tercinta, apalah salahnya sekali sekala diraikan selera dengan menjamu hidangan yang istimewa.
Pun begitu, jangan pula hingga membazir dan makanlah mengikut keperluan. Apabila tekak anak-anak teringin hendak merasa sesuatu dan kita tahu kita mampu untuk membelinya, mengapa tidak dibeli?
Ikuti juga perkongsian daripada Farizal Radzali berkenaan jangan berkira bab makan ini dan semoga ianya bermanfaat.
Bab makan, jangan berkira. Kalau nak kedekut bab lain takpe, tapi jangan sesekali kedekut bab makan.
Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, dok rumah setinggan, hidup susah. Tapi bila ada tetamu jauh datang rumah, mak akan suruh saya atau adik, perlahan-lahan pergi ke kedai Uncle Maniam kat belakang rumah. Mak suruh ambil biskut sikit, cakap kat kat uncle Maniam, nanti mak bayar kemudian. Uncle Maniam tu pun dah kenal sangat dengan kami. “Ada orang datang rumah ye?” Sebab mak takkan nak ambil biskut mengejut macam tu. Mak mesti bayar baru ambil.
Tapi zaman tu, semua orang berbaik tak kira kaum. Uncle tu akan bagi, kadang-kadang dia kata tak payah bayar pun. Baik uncle tu.
Ads
Kalau kita selalu bancuh air tawar, bila ada tetamu datang, lebihkanlah gula. Jangan bagi air tawar pada tetamu. Letakkan air kosong sebekas supaya tetamu yang taknak manis boleh tambah air kosong ikut selera dia.
Nak bersedeqah pun, dulukan bab makan. Sedeqahlah makanan kepada orang-orang yang memerlukan. Makanan menjadi darah daging. Moga ia menjadi jariah.
Ads
Kalau teringin nak makan sesuatu, usahakanlah.
Kadang-kadang bila anak-anak minta makanan, kita akan berkira-kira takut duit tak cukup. Yang tak mampu, itu lain. Ini saya merujuk kepada yang mampu tapi rasa perkara itu tak penting. Kita rasa ada perkara lain yang lebih penting. Atau kita rasa makan je la apa yang ada asalkan kenyang.
Cubalah untuk tidak menjawab ‘nanti lain kali’ kat anak-anak hanya untuk mendiamkan mereka dari terus meminta. Sebab mereka akan menanti dan terus menanti, hingga akhirnya mereka kecewa.
Ads
Jangan hampakan sesiapa bab makanan. JANGAN.
Jika tak mampu, jelaskan sebaiknya. Jangan bagi harapan.
Jika mampu, jangan kedekut. Tunaikanlah. Selagi kita kedekut bab makanan, selagi itulah kita akan rasa duit tak pernah cukup.
Ada seorang klien kami, dia kaya banyak duit tapi kedekut. Ada seorang isteri dan seorang anak. Orang nampak dia kaya, tapi waktu rehat makan mee segera. Anaknya dalam seminggu tu mesti 2-3 kali akan makan nasi dengan telur je. Tapi duit kat bank, 5 angka. Kereta mewah, rumah bagai istana. Tapi bab makan, kedekut. Sampaikan si anak menangis nak makan KFC pun tak dapat. Sebab padanya itu tak penting. Akhirnya dia mati kerana sakit jantung akibat kuat bekerja. Duit banyak tapi bab makanan dia kedekut. Sampai anak dan isteri ‘makan hati’.
Bab lain boleh kedekut, tapi tidak bab makan. Selagi mampu.
Sumber : Farizal Radzali
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan atau hari lahir.
Tidak terkecuali, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuliskan nukilan khas buat isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempena hari jadi beliau hari ini.
Nukilan itu dikongsikan di laman Instagram miliknya yang memaparkan gambar yang diambil ketika sidang media pertama beliau sebagai Perdana Menteri yang ke-10 pada 24 November lepas.
Dalam perkongsian tersebut, Anwar menyifatkan Wan Azizah sebagai seorang insan, wanita dan isteri yang tabah, penyayang serta ibu yang tak pernah jemu mencurahkan kasih sayang.
“Seorang insan, wanita, isteri yang tabah, penyayang dan berbakti. Seorang ibu yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang..
“Saya sentiasa bersyukur. Saya berdoa agar Azizah sentiasa di bawah lindungan-Nya. Happy birthday.
“Tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini,” kongsi beliau.
Wan Azizah yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyambut ulang tahun hari kelahiran yang ke-70 hari ini. Wan Azizah dan Anwar mendirikan rumah tangga pada 28 Feb 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata.
Hajat penyampai radio dan pelawak, Issey untuk membawa ibu yang disayangi, Asiah Haron, 62, mengerjakan ibadah umrah hujung tahun ini tidak kesampaian apabila ibunya menghembuskan nafas terakhir petang semalam.
Allahyarham Asiah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan jam 3.40 petang tadi.
Berita itu dikongsikan oleh Issey menerusi laman instagramnya.
Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, menerusi Instagram Story berkata, dia sempat bertemu ibunya namun dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Tiga hari ma (ibu) duduk dalam wad sebab demam dan tekanan darah rendah. Pagi tadi saya dapat pesanan mesej daripada anak buah kata ma kena serangan jantung.
“Jam 3.40 petang ma pergi tinggalkan semua orang. Saya sempat jumpa ma, tapi dalam keadaan ma dah tak sedar,” tulisnya.
Menurutnya, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halaman ibunya di Ketereh, Kota Bharu.
“Jenazah ma akan dikebumikan malam ini. Insya-Allah selepas solat Isyak di Batu 11 Ketereh. Kampung ma,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, Issey pernah berkongsi kisah arwah ibunya yang mengalami kecederaan akibat terjatuh di rumah pada 6 Julai lalu sehingga menyebabkan patah tulang paha.
Ma sentiasa ada dengan aku
“Masa aku stress, aku call Ma. Tak kira pukul berapa. Ma sentiasa ada dengan aku. Tapi tu dulu dah. Lepas ni Ma takda dah.
“Tadi aku sempat mandi kan Ma, tengok orang pakaikan baju baru untuk Ma. Sempat cium Ma puas puas. Aku hantar Ma pergi tempat yang Ma akan duduk sorang sorang. Semua orang cakap Ma cantik sangat.
“Ya allah. Hantar Ma kat dalam mimpi aku malam ni. Aku nak jumpa Ma. Miss u so much. Al- Fatihah Ma,” titip Issey menerusi perkongsian di instagramnya.
Pesan orang dulu-dulu hidup ini biar tak kaya harta tapi kaya budi bahasa. Betapa berbudi bahasa dan beradab itu begitu memberi makna dan tidak boleh dijual beli. Ia sesuatu yang sangat luhur dan terbit daripada hati sanubari seseorang.
Hal ini juga sebagaimana diingatkan oleh Dr Taufik Razif agar kita sebagai ibu ayah perlu mendidik anak lelaki mahu pun anak perempuan agar tahu cara menghormati dan beradab dengan orang tua.
Adab adalah sesuatu yang cukup bernilai dalam hidup seseorang. Lantaran itu, walau setinggi mana pun jawatan yang disandang, sekaya mana pun harta yang dikumpul, jangan pernah bersikap biadap dengan orang tua.
Agar Anak Tahu Beradab
Tolong ajar anak anak supaya tak jadi biadap dengan orang tua.
– Bagitahu anak kita akhlak lebih utama daripada kekayaan harta.
Kekayaan harta tanpa akhlak umpama manusia tanpa hati. Kelihatan gah di luar tetapi dalamnya kosong dan hina.
– Bagitahu anak kita bahawa belajar akhlak itu lebih utama daripada belajar ilmu
Ilmuan dahulukala akan mengajarkan anak anak adab dan akhlak sebelum mengajarkan anak mereka ilmu dan abjad kerana mereka tahu anak anak yang kaya ilmu boleh jadi anak yang biadap bila miskin akhlak
– Bagitahu anak kita bahawa menghormati orang tua adalah tanda kemuliaan jiwa
Mulianya seorang manusia bukan pada harta dan pangkatnya tetapi ianya berada pada sejauh mana kita mampu menghormati sesama kita
“Ya Allah. Jauhkan anak anak kami daripada menjadi biadap dan tak berakhlak dengan orang yang lebih tua daripada mereka”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...