“Bab Family Salute Sangat..Tak Kedekut” – Mak Teringin Beli Kereta Tapi Tak Cukup, Kak KM Hulur Bayar Cash

Share

Baru selesai dengan namanya belanjakan hampir RM5 juta untuk membeli sebuah banglo mewah dan besar di tengah Bandaraya Kuala Lumpur, nama Kak KM atau Liana Rosli sekali lagi menjadi bualan apabila dia yang juga anak perempuan kepada pelakon veteren Normah Darmanhuri membeli kereta buat ibunya itu.

Terbaru dalam satu perkongsian di TikTok, wanita berkenaan dilihat membawa pula orang tuanya itu ke sebuah show room kereta. Dengan berat hati, pelakon tersebut menjelaskan ingin beli kereta namun simpanan tidaklah mencukupi.

Tak sanggup melihat si ibu pulang dengan kekecewaan, Kak KM akhirnya mengeluarkan buku cek dan ingin bayarkan secara cash. Mendengarkan tawaran itu, Normah terus dilihat mengalirkan air mata dan juga seakan-akan tidak percaya. Baginya, semua yang dilakukan tersebut tidaklah seberapa dan ia merupakan salah satu rezeki juga.

@sweetdara_stokiskmbeauty♬ original sound – Lianarosli.sweetdara

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat gelagat dua beranak tersebut. Dalam pada itu, ramai juga meluahkan rasa kagum melihat Kak KM yang sering sahaja berusaha untuk membahagiakan ibunya itu meskipun terpalit pelbagai kontroversi.

Sumber : @sweetdara_stokiskmbeauty