
Baru selesai dengan namanya belanjakan hampir RM5 juta untuk membeli sebuah banglo mewah dan besar di tengah Bandaraya Kuala Lumpur, nama Kak KM atau Liana Rosli sekali lagi menjadi bualan apabila dia yang juga anak perempuan kepada pelakon veteren Normah Darmanhuri membeli kereta buat ibunya itu.
Terbaru dalam satu perkongsian di TikTok, wanita berkenaan dilihat membawa pula orang tuanya itu ke sebuah show room kereta. Dengan berat hati, pelakon tersebut menjelaskan ingin beli kereta namun simpanan tidaklah mencukupi.
Tak sanggup melihat si ibu pulang dengan kekecewaan, Kak KM akhirnya mengeluarkan buku cek dan ingin bayarkan secara cash. Mendengarkan tawaran itu, Normah terus dilihat mengalirkan air mata dan juga seakan-akan tidak percaya. Baginya, semua yang dilakukan tersebut tidaklah seberapa dan ia merupakan salah satu rezeki juga.
@sweetdara_stokiskmbeauty♬ original sound – Lianarosli.sweetdara
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat gelagat dua beranak tersebut. Dalam pada itu, ramai juga meluahkan rasa kagum melihat Kak KM yang sering sahaja berusaha untuk membahagiakan ibunya itu meskipun terpalit pelbagai kontroversi.
Sumber : @sweetdara_stokiskmbeauty
https://youtu.be/2UAmwM1mWfM
“Dulu Membesar Hasil ‘Air Tangan’ Ayah Tapi Kini …”Sebaknya Baca Kisah Adik Fariz Yang Hilang Ayah Akibat Kemalangan

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan insan tersayang memang perit untuk diungkapkan dengan kata-kata. Seolah-olah separuh nyawa dibawa pergi bersama.
Adik Fariz Naufal yang berusia 5 tahun kehilangan ayah tersayang di dalam satu kemalangan jalan raya. Dia yang ketika itu membonceng motorsikal bersama arwah ayahnya turut mengalami kecederaan teruk. Kisah Adik Naufal ini dikongsikan oleh jirannya Eizan Ariffin. Sama-Sama kita doakan semoga Adik Fariz cepat sembuh seperti sedia kala.
Ini Adik Fariz Naufal, 5 tahun. Dia adalah anak syurga kepada jiran, kawan saya Juli Razali.
Pada waktu ini, adik Fariz sedang berada dalam bilik pembedahan (OT) di Hospital Sg.Buloh. Kata ibunya, Fariz baru tertidur lepas dibius dan saya yakin sekarang ni team pakar neuro sedang menjalankan tugas mereka untuk memasang dan memasukkan kembali tempurung kepala adik Fariz Naufal (cranioplasty).
Untuk makluman sahabat semua, adik Fariz cederah parah dan mengalami ‘Severe traumatic brain injury’ akibat kemalangan bersama ayahnya pada Ogos 2017. Insiden itu telah ‘membawa’ ayahnya pergi buat selama-lamanya?.
Maka tinggallah Fariz berjuang untuk hidup tanpa ayah. Tiada lagi insan yang menemani dia siang dan malam. Sejak lahir, ayahnya yang menjaga dan menatang Fariz bagai minyak yang penuh. Memandangkan arwah bekerja sendiri. Fariz dibawa ke mana-mana sahaja. Fariz boleh dikatakan membesar hasil ‘air tangan’ ayahnya. Allah…
Namun, biarpun insan itu tiada lagi, Fariz masih mempunyai ibu yang sangat cekal hatinya, adik-beradik, saudara mara serta jiran tetangga yang tidak pernah berhenti mendoakan Fariz kembali duduk, bangun, berjalan dan berlari serta ceria macam dulu. Boleh makan makanan yang disukai…buat masa ni Fariz hanya minum susu melalui tiub. Sejak kemalangan, telah banyak proses pembedahan terpaksa dilalui oleh anak kecil ini. Bukan sehari dua pernah tinggal di hospital, malah berbulan-bulan.?
Masa ziarah Fariz baru ni, keadaan dia ada progres yang positif hasil rawatan fisioterapi dan akupuntur secara berkala. Kulit juga semakin cerah selepas hampir setahun Fariz tidak keluar rumah selain keluar ke hospital. Dan sejak 2-3 bulan ni, hampir setiap hari bibik akan tolak stroller Fariz, ambil angin luar rumah. Boleh juga Vitamin D untuk tubuhnya yang makin susut itu.
Fariz, acik Eizan dan semua sahabat kat sini doakan urusan pembedahan Fariz lancar tanpa sebarang komplikasi. Keep strong Fariz?.
Perkembangan Terbaru
Alhamdulillah..Allahuakbar
Keadaan Adik Fariz Naufal ada progres positif. Dr. sudah buka tiub oksigen dia. Lega dengar sebab tiub ni kalau pakai lama-lama boleh ganggu vocal cord. Kata ibunya, Juli Razali dua hari lepas Fariz demam tapi dah makin baik. Cuma batuk-batuk sikit, efek daripada tiub oksigen ini.
Tiub atas kepalanya juga sudah dibuka. Begitu plaster yang menutup jahitan turut dibuka. Dalam fasa ini pesan Dr, luka jahitan ini perlu dijaga sebaiknya. Dr juga pesan agar banyakkan berdoa agar tempurung kepala Fariz dapat grow dengan baik dan agar elok bercantum tanpa sebarang jangkitan.
Cuma sekarang ni, adik Fariz suka sangat nak sentuh kepala dia, mungkin rasa sedikit gatal pada bahagian jahitan. Jadi, ibunya perlu sentiasa pantau dan akan sapu sanitizer setiap kali nampak dia sentuh bahagian tersebut, bimbang jika ada jangkitan.
Kepada sahabat semua, teruskan berdoa agar tempurung kepalanya kembali normal. Fariz, teruskan berjuang! Acik Eizan dan semua saudara-mara, jiran dan sahabat maya tidak sabar tunggu Fariz sihat ceria.
Yeayy, kata ibunya hari ni Fariz dah boleh dicaj!
#FarizJuliKuat
Jom kita sama2 doakan Fariz ya & tinggalkan dalam komen kata-kata ‘ajaib’ buat Fariz dan ibunya serta Wani, kakak Fariz juga sebaya anak kedua saya; bakal ambil PT3 tak lama lagi….?.
Mungkin ada yang saya tak kenal anda siapa..tapi saya tahu, hati anda ikhlas doakan mereka. Terus berjuang Fariz!
#MakAnakEnam macam saya ni memang kaya air mata. Sungguh!
Sumber: Eizan Ariffin
Bajet Beli Barang Basah RM150-RM200 Sebulan, Berjimat Cara Wanita Ini, Siap Kongsi Petua Lagi!

Menampung perbelanjaan keluarga dengan kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan kita terpaksa mencari jalan untuk berjimat cermat. Harga ikan, daging dan ayam yang melambung tinggi membuatkan kita terpaksa berjimat hingga hujung.
Pun begitu soal makanan haruslah diutamakan, terutama anak-anak di rumah. Pilihan terbaik adalah langkah berjimat cermat dalam pembelian dan membeli mengikut kemampuan kita.
Perkongsian Fieya Badar di facebooknya miliknya ini mendapat perhatian netizen. Dalam tempoh 4 jam sahaja, dia mendapat lebih 10 ribu perkongsian. Menariknya Fieya siap kongsi tips supaya ikan dan kesemua barang basah berada dalam keadaan baik dan segar. Boleh tahan sampai 3 tinggu.
Jom kita ikuti cara yang diajarkan Fieya seperti di bawah ini. Moga bermanfaat untuk anda.
“Sementara menunggu giliran ni ha. Meh nak share macam mana kami boleh set bajet bulanan tak over bajet tiap-tiap bulan. Paling utama ada saving in case anak sakit or kecemasan.
Untuk barang basah kami peruntukkan RM150-RM200 je sebulan. Berbanding kalau beli kat pasar hari-hari memang akan over bajet gila la kan.
Eh segar ke ikan tu?
Eh tahan lama ke?
Eh manis lagi ke bahan tu bila masak?
Eh masih sedap ke?
Meh nak ajar ye.
Kalau salah mohon maaf. Tapi ku buat gini dari azali. Kihkihkih. Jimat wehh.
Daging
1. Kalau beli daging. Macam fie daging beli daging beku tu sekilo kat pasar besar baru sekitar RM24/kg. Cara nak bagi tak hilang manis daging tu, balik terus la potong. Macam aku 2 bekas selalunya dihiris nipis, 1 bekas aku hiris cube. In case nak masak daging masak itam mamak ke kan. Ha..sambil kau hiris kau boleh pikir nak buat menu apa.
2. Jangan basuh ye daging. Lepas hiris terus masuk bekas tutup. Simpan.
3. Nak masak, keluarkan sebekas. Biar dia cair sendiri. Jangan gatal pi rendam air ke apa. Bila dah cair sendiri. Nak masak baru basuh bersih-bersih. Ha cenggitu. Baru lah daging uolls tak keras jagung. Tak liat. Dan tak rase tawar. Elok je cek oii.
Ikan
1. Bergantung gak ikan apa kau borong. Macam aku semua ikan yang aku nampak aku beli selagi cantik lagi rupa dia. Macam dalam gambar. Aku borong ikan temenung, ikan cencaru,ikan siakap.
2. Ikan cencaru, ikan siakap jangan isi air ye. Nanti hilang manis ikan. Sama macam ikan tongkol, ikan nyok-nyok, ikan pari dan ikan patin, kalau aku beli terus siang dan basuh. Then simpan tanpa bubuh air.
3. Ikan temenung, ikan sardin, ikan sebelah, siang bersihkan dan letak air tenggelamkan ikan. Nanti nak masak sama jugak. Jangan nak rendam air. Kecut ikan tu. Tak manis dah. Biar je dia cair sendiri. Sebelum simpan dah basuh bersihkan. Ha masak toskan je. Campak la nak masak apa pun.
Udang/Sotong
1. Potong. Bersihkan. Letak air hapus paras udang/sotong/ikan kemudian boleh tutup kemas-kemas dan simpan.
2. Nak masak sama gak macam aku cakap kat atas tu hokeh.
Ayam/Itik
Tak payah letak air. Kau basuh bersih-bersih. Letak dalam bekas. Simpan. Siap. Nak masak kau rendam sekali bekas. Jangan rendam isi saje. Pucat ayam/itik tu nanti. Tawar lak.
Sekian.
Boleh la korang berjimat seperti kami. Kikikiki. Nanti up belah sayur lak.
* Bagi yang bekerja, malam tu kau turunkan bekas apa yang nak dimasak esok pagi ke bahagian chiller. Senang.
* Kerjasama amat diperlukan. Nak cuci semua ni ambik masa 3 jam lebih kalau sorang basuh. Potong cuci. Tak termasuk gangguan ultraman. Princess let it go lagi. Ha gitu. Apa yang penting kerjasama.
Kami sopping kat pasar BM. Setelah duk Penang la. Dulu kat KL kami pegi pasar malam Kampung Pandan/pasar tani pun belambak yang murah-murah. Kat perak kami pegi pasar Kemunting. Ha ikutlah.
Mana boleh jimat kita jimat. Sekarang duit macam tak de nilai. Tapi nak cari duit tu. Kikiki. Tiga minggu makan ni 5-6 orang satu rumah. Bajet 150-200.
Sumber: Fieya Badar
Tip Kurangkan Haba Dalam Kereta Tanpa Perlu Turunkan Tingkap. Cukup Mudah, Anak-Anak Pun Selesa!

Keadaan cuca yang panas terik pada waktu tengah hari menimbulkan ketidaselesaan terutama sekali apabila menaiki kenderaan. Apa tidaknya bahang di dalam kereta menyebabkan anda berpeluh.
Tambah-tambah lagi jika anda meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak berbumbung dengan sinaran matahari yang terik menyebabkan haba panas kuat terasa.
Untuk mengurangkan haba masa, kita akan membuka sedikit tingkap namun cara ini cukup bahaya. Tak pasal-pasal nanti kereta kita hilang kena curi atau mungkin jika hujan turun dengan lebat habis basah tempat duduk dek tempias.
Biasanya kita akan hidupkan enjin serta hidupkan aircond. Cara ini walaupun akan mengurangkan kepanasan, tetapi mengambil masa yang agak lama untuk menyejukkan suhu di dalam kereta anda.
Atau mungkin ada yang membuka pintu dan tingkap luas-luas bagi mengeluarkan haba tersebut. Kemudian, membuka air-cond bagi membolehkan kereta kembali sejuk. Sebenarnya, ada cara lain yang lebih mudah dan praktikal. Hanya dengan pulas butang fungsi ini maka masalah anda dapat diselesaikan.
1. Flap air-cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk.
Waktu memandu pastikan anda tutup flap air cond kereta supaya pengudaraan kereta beredar hanya dalam kereta sahaja dan kekalkan udara sejuk. Rasanya semua orang lakukan semua ni bukan?
2 Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka.
Ketika parking kereta, buka flap aircond tadi. Jadi, udara panas tidak akan terperap di dalam kereta dan membuatkan kereta berbahang. Itulah tujuan flap aircond.
Kena cuba hari ni !