Azura Karim kongsi majlis bertunang anak lelaki, “Ramai kata rupa bakal menantu iras Azura.” Azura Abdul Karim, meskipun tidak lagi bergelar pengacara dan pembaca berita namun bakat Azura tetap dikagumi ramai. Apatah lagi peminat masih boleh mengenal suara penyampai otai ini yang unik dan tersendiri.
Baru-baru ini Azura sempat berkongsi foto majlis pertunangan anak lelaki sulungnya, Syadhamier yang berlangsung 4 Mei lalu. Wajah keibuan jelas terpancar pada wajahnya saat majlis berlangsung.
“Anak lelaki sulung saya telah bertunang dengan @kamiliazlkli dan akan melangsungkan perkahwinan pada November ini.
“Semoga ALLAH Azzawajalla permudahkan untuk kamu berdua Dhamier dan Mia.
“Tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan Mia secara rasmi dalam keluarga kecil kami,” kongsi Azura.
Hantaran Azura tentang pertunangan anaknya itu dibanjiri dengan ucapan tahniha daripada warga maya. Ramai yang mengatakan bakal menantu seiras wajahnya.
Bekas pengacara Majalah Tiga dan Wanita Hari Ini, kini sedang meniti usia 50 tahun. Azura aktif mengusahakan bisnes miliknya iaitu Deco Patch by Azura Karim. Antara produk yang dihasilkan termasuklah beg, kole dan tiffin.
Pernah mencipta sejarah dalam dunia penyiaran Malaysia apabila muncul sebagai penyampai berita pertama berhijab penuh di kaca televisyen, perkembangan Azura sering diikuti oleh para peminatnya.
Untuk info, Azura memiliki lima orang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan juru terbang.
Sesungguhnya doa ibu ayah itu tiada hijab. Anak yang sentiasa mendapat doa ibu ayah akan mendapat berkay dalam hidupnya.
Begitu juga berbuat baik dengan ibu ayah pastinya hidup lebih bahagia dan dilimpahi rezeki.
Ini diakui sendiri oleh pelakon, Hairul Azreen Idris yang menjawab pertanyaan perminatnya yang kagum melihat kejayaan dan kebahagiaan aktor ini bersama keluarga.
Hairul mendedahkan perkara itu setelah muatnaik video di instagramnya throwback kejayaan memenangi Fear Factor sebuah rancangan aktiviti lasak.
Malah hadiah kemenangan itu, dia telah membawa ibu bapanya menunaikan umrah.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru nak relaks di sofa sambil hilangkan penat seharian memasak dan mengmas tetapi tiba-tiba anak-anak bergaduh berebutkan barangan. Habis bersepah kembali barang mainan di sana dan di sini.
Belum ditambah jeritan dan pekikan anak-anak bergaduh. Naik pening dibuatnya lebih-lebih lagi dengan PdPR . Keletihan badan dan minda membuatkan ibu-ibu mudah naik angin. Yang jadi mangsa anak-anak.
Bayangkan jika setiap hari anak dimarahi kerana situasi ini, sudah tentu tidak baik untuk perkembangan emosi mereka.
Dalam satu perkongsian Dr. Siti Ujila Masuri, seorang pensyarah dan juga penulis buku keibubapaan sebelum ini pernah berkongsi tip membantu para ibu menangani situasi ini dengan betul.
“Sebagai manusia, emosi kita tidak menentu. Kadang balik rumah dengan kepala yang kusut, ‘bateri’ tenaga tinggal 10% dan perlu di ‘charge’ segera. Masalahnya baru saja nak charge, rumah sudah terlebih dahulu dilanda ribut taufan. Tuan-puan pun boleh teka apa yang jadi selepas itu.
“Dalam hidup ini, kita cuba melakukan yang terbaik dan bekerja keras namun terkadang kita lupa apakah sebenarnya yang kita inginkan. Jawapannya ada pada ayat ini yang sangat terkesan di hati:
““Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu” Surah Al Fajr ayat 27-30
“Ya Allah, bila baca ayat ini, seolahnya Allah beritahu “whatever you do, all you really want adalah jiwa yang tenang”.
“Jiwa yang apapun masalah yang datang dalam hidup, orang kata ‘dalam hati ada taman’. Subhanallah, rupanya Allah dah bagi jawapannya dalam Quran. Kita kerja keras, kita besarkan dan didik anak-anak, kita bersolat mengaji, kita bersilaturrahim, semuanya untuk kita mencapai satu pekara:
“Jiwa yang tenang. Hati yang redha dan diredhai. Izinkan saya berkongsi beberapa tip yang mungkin boleh digunakan. Tip yang saya amalkan dan alhamdulillah bonding saya dengan anak-anak kuat walaupun ada masanya saya jadi cikgu disiplin yang garang.
Cuba 5 Tip Ini
Saya percaya, tip ini bukan perkara baru. Sekadar satu perkongsian yang moga-moga bermanfaat buat saya dan para pembaca:
1. Peganglah jawapan yang Allah berikan itu saat kita melangkah kembali ke rumah selepas seharian bekerja. Katakan dalam hati: “I am going to see my loved ones. This is our happy moment“. Kalau boleh, tampal nota di mana-mana sebagai friendly reminder.
2. Happy moment bukan bermaksud kita tak marah anak. Jika kita perlu tegur kesalahannya, ia mesti dilakukan dan pastikan anak-anak sedar kesilapannya.
3. Tapi bila mood kita OK, ambillah peluang itu sehabis baik untuk katakan pada anak “Sayang mama kat kakak”. Sambil makan bersama atau tengok tv, peluk anak atau sesekali usap kepalanya sambil kita katakan “Sayang anak mama ni”.
Walaupun anak kita masih leka menonton tv saat itu, tapi sebenarnya kata-kata kita itu sampai ke hatinya hingga ia tahu yang ‘mama sayang saya’
4 Bila anak buat perkara yang baik yang menggembirakan kita walaupun sekadar menolong kita mengambil telefon di tingkat atas, pujilah dia sehabis baik “Baiknya anak mama ni, thank you sayang tolong mama. Good sayang. Mesti Allah sayang kakak kan sebab tolong mama ni” sambil picit pipinya yang comel atau hidungnya yang cute.
5. Carikan satu aktiviti yang kita boleh lakukan bersama dengan anak-anak yang boleh buat kita gelak-gelak bersama. Tanpa perlu keluarkan wang dan tanpa perlu keluar dari rumah.
Contohnya, saya dan anak-anak suka bermain ‘dinasour’ di mana saya akan jadi dinasour yang akan mengejar anak-anak sampai mereka berlari lintang pukang sambil ketawa tak kering gusi dibuatnya.
Saya suka sangat momen ini. Dapat buat 10 minit pun sudah cukup menggembirakan anak. Abahnya pula suka bermain ‘horse’. Abah duduk di kerusi, kemudian anak-anak duduk di kaki abah. Konon-konon masukkan duit syiling 50 sen, tiba-tiba horse bergerak (kaki abah) dan mereka punyalah suka (walaupun bergerak setempat).
Supaya, walaupun ada masanya kita marah…ada masanya kita kurang sabar melayan karenah anak-anak, tapi anak tahu yang kita sayangkan mereka. Kerana ada masanya kita tergelak bersama. Ada masanya kita memeluk dan memujinya.
Tip di atas adalah antara elemen dalam Teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku). Apabila kita melakukannya, secara automatik kita sendiri akan jadi mak ayah yang “full of love“. Kita yang terlebih dahulu akan menjadi ibu bapa yang mudah menunjukkan kasih sayang, hanya dengan satu teknik yang santai.
Seakan sukar untuk mempercayai malah cukup mengejutkan kita sebagai ibu ayah bila tular di aplikasi TikTok pada lewat malam semalam yang menunjukkan kanak-kanak berusia enam tahun bersama adiknya berumur tiga tahun memandu kereta di Langkawi.
Kanak-kanak berusia enam tahun itu dikesan memandu Toyota Vios milik keluarganya sehingga terbabit kemalangan di Jalan Bukit Tangga.
Memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro, kanak-kanak terbabit dikatakan memandu sejauh 2.5 kilometer (km) dari rumahnya bersama adiknya yang berusia tiga tahun untuk ke kedai bagi membeli mainan.
Video kemalangan terbabit dikongsikan @i_am_ain tular tengah malam tadi dengan orang ramai terkejut apabila mengetahui kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak berkenaan tanpa pengetahuan ibu bapanya.
Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan kejadian dalam video tular itu berlaku di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, berhampiran Kampung Titi Chanwang, jam 11.15 malam.
Beliau berkata, dalam kejadian itu, kereta terbabit dilaporkan dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, manakala adiknya juga kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi penumpang.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Kampung Nyiur Chabang, terbabas dan melanggar tiang lampu berhampiran Kampung Titi Chanwang.
“Susulan itu, pemandu kereta luka di dahi, manakala penumpang tidak cedera,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Shariman berkata, kereta terbabit dipercayai dipandu kanak-kanak terbabit dari kediaman mereka di Kampung Padang Mengkuang, Mukim Ulu Melaka, sejauh 2.5 km tanpa pengetahuan ibu bapa.
“Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.