Tiada apa yang menggembirakannya bagi seorang suami apabila bergelar ayah. Lebih istimewa lagi, zuriat tersebut ditimang selepas 13 tahun. Semalam, penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah, 60 berkongsi berita baru menimang cahaya mata selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, selamat melahirkan anak perempuan di sebuah hospital swasta.
Memilih nama yang cukup indah, Nur Azura Yamani, Jamal sempat berkongsi wajah puteri pertamanya yang kelihatan putih serta gebu seperti ibu dan bapanya. Malah, sebaik si kecil itu melihat dunia, dia mengazankan anaknya itu dengan nada suara paling indah dan terbaik.
“Saya mahu Nur Azura buat kali pertama mendengar kalimah yang paling indah dalam hidupnya. Saya azankan ke telinganya dengan suara dan lagu terbaik,” kata Jamal berkongsi cerita dengan Astro AWANI ketika dihubungi.
Menurut Jamal, isterinya melahirkan bayi seberat 2.7 kilogram secara pembedahan petang semalam kira-kira jam 5.35 petang.
“Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram.”
Namun begitu, Jamal menjelaskan bahawa isterinya akan ditahan di wad dalam beberapa hari lagi susulan daripada proses kelahiran yang dilakukan secara pembedahan.
Tambahnya, isteri tercinta akan mulai berpantang di kediaman mereka di Shah Alam selepas keluar daripada wad kelak.
Jamal juga menerusi perkahwinan sebelum ini mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 tahun.
Selepas kali terakhir menimang anak sekitar 13 tahun lalu, legenda seni tanah air itu berkata, beliau bersedia untuk menguruskan bayi kecil.
Sumber: Astro Awani & Harian Metro
Biar Anak Tak Pandai, Bagilah Harapan Buat Anak Untuk Peperiksaannya. Status Cikgu Ini Penuh Pengisian
Semakin dekat nak peperiksaan, semakin debaran buat anak dan juga ibu ayah. Biarpun anak tak pandai, tetapi ibu ayah bagilah harapan buat anak. Cara ini memberinya semangat buat dirinya.
Walaupun kadang, tanggungjawab berat sebagai ibu bapa mencari rezeki, namun apa salahnya selit sedikit ruang waktu untuk memberi semangat dan harapan buat anak-anak. Ingatlah, masa emas bersama anak-anak semasa kecil tidak akan berulang kembali. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi terbaik kepada anak-anak .
Begitu juga dengan perkongsian guru ini dalam status laman facebooknya Mohd Fadli Salleh III. Beliau berharap setiap ibu bapa meluangkan sedikit masa untuk memberi semangat dan harapan buat anak-anak. Biarpun anak-anak kurang bijak, namun, harapan masih menggunung tinggi untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kita bukan yang menentukan hari esok apa yang akan berlaku, hanya tuhan yang menentukan segalanya. Ikuti perkongsian guru ini .
Petang semalam sewaktu dalam kelas saja aku survey tanya murid tahun 6,
“Siapa mak ayah dia tak boleh datang solat hajat malam ini?”
Lebih 10 orang angkat tangan. Terkejut aku. Tak sangka ramai juga. Tu baru sekelas.
“Awak balik rumah, cakap kat mak dengan ayah kata cikgu suruh datang malam ini. Solat hajat beramai-ramai di sekolah malam ini adalah solat hajat terakhir untuk awak semua menjelang UPSR.
Jika mak ada adik, bawa adik sama. Tiada masalah. Jika ayah ada kerja, suruh tinggal sekejap kerja. Datanglah solat hajat. Semua ini bukan untuk cikgu, ini semua untuk awak juga.”
Murid menganggukkan kepala tanda faham. Dan malam tadi, Alhamdulillah bertambah bilangan dari survey awal aku petang semalam.
Namun masih ada beberapa murid hadir tanpa diiringi oleh sesiapa. Mak, ayah atau abang hantar kat pagar sahaja dan pulang.
Malam tadi masa ke kantin lepas solat hajat untuk jamuan makan, seorang murid perempuan dari jauh memanggil aku,
“Cikgu! Tunggu!”
Aku perlahankan langkah tunggu dia mengejarku dan kami berjalan beriringan. Sambil-sambil itu aku tanya,
“Awak datang dengan siapa?”
“Ayah hantar,” balasnya pendek.
“Mana ayah?”
“Ayah hantar kat pagar sahaja. Jam 9:00 nanti ayah akan datang ambil. Ayah kata ada kerja,” balas dia perlahan.
Mata hanya pandang lantai tempat kaki melangkah. Sekilas aku perasan, sedikit perasaan sedih dan sebak terbayang di wajah anak itu.
Orang lain, berjalan beriringan dengan ibu ayah ke kantin. Yang berpimpin pun ada. Sambil-sambil berborak dan bercerita dengan gembira.
Mungkin itu sebab dia panggil aku. Nak berjalan beriringan seolah berjalan dengan ayah sendiri. Dia nak perasaan itu hadir dalam hatinya walau sedikit. Walau tidak sama.
Dia dan segelintir yang lain, hanya cuba menghiburkan diri dengan guru dan kawan-kawan senasib. Bergelak ketawa, bergurau senda dan bermain sesama mereka.
Nampak luaran gembira, namun percayalah. Di dalam hati mereka terasa satu perasaan mengharap ibu dan ayahnya hadir sama.
Ibu bapa. Bila pihak sekolah anjurkan program tolonglah luang masa dan hadir.
Terutama jika anak kita di tahun peperiksaan. Program bertemu waris, program solat hajat, program diskusi bersama pihak sekolah dan guru, tolonglah hadir.
Itu anak kalian. Anak kandung kalian yang dari kecil kalian dukung, tatang, mandikan, suap makanan, belai, hiburkan dan segala macam.
Kenapa bila rasa anak sedikit besar, maka boleh lepaskan begitu sahaja?
Mereka masih anak yang sama kalian pernah suap nasi dahulu. Anak yang sama kalian pernah basuh berak kencing mereka.
Susuk tubuh mungkin sudah besar bagai orang dewasa. Namun mereka tetap anak kecil kesayangan kalian suatu ketika dahulu lagi.
Mereka sangat perlukan sokongan dan semangat dari kalian. Meski pun tidak berjalan beriringan, tidak berkepit dengan mak ayah sewaktu program sekolah, namun sesekali mereka akan mencari-cari.
Ya, anak-anak ini mencari-cari wajah ibu dan ayah mereka dicelahan ratusan wajah-wajah lain.
Sebaik terpandang wajah ibu atau ayah, satu perasaan lega dan selamat pasti hadir dalam lubuk hati. Satu perasaan yang sukar aku nak ungkap dengan kata-kata. Seolahnya hati berkata,
‘Oh, ayah dan ibu aku ada.’
Pasti hadir perasaan tenang, lega, selamat dan memberi semangat.
Kita pernah menjadi anak kecil suatu ketika dahulu. Aku yakin kalian faham perasaan itu.
Biar Anak Tak Pandai, Bagilah Harapan Buat Anak Untuk Peperiksaannya. Status Cikgu Ini Penuh Pengisian
Tak kiralah anak kita itu tidak pandai ke, langsung tiada harapan dalam peperiksaan ke, atau pandai berdikari dan urus diri sekali pun.
Itu anak kita. Hadir dan beri mereka satu perasaan yang istimewa buat mereka. Tolong ya!
Mohd Fadli Salleh
#MFS
– Anak. Harta sebenar-benar harta –
“Bersiap Cantik, Siap Pose Lagi Depan Ayah Ibu..” – Tokti Nak Menangis Hantar Aafiyah Hari Pertama Ke Sekolah!
Ibu ni hatinya bersifat lembut. Apa sahaja yang berkaitan dengan anak-anak pasti akan rasa emotional. Lebih-lebih lagi bila anak dah melangkah ke sekolah, pastinya ibu menjadi orang pertama yang tidak senang duduk dek kerana memikirkan macam-macam perkara di sekolah.
Itulah yang dirasai kini oleh penyanyi no 1 negara, siapa lagi kalau bukan Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila hari ini merupakan hari pertama Aafiyah dimasukkan ke preschool. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh beliau di laman Instagram miliknya yang menceritakan keterujaan dan semangat anak sulungnya itu masuk ke sekolah.
” Alhamdullillah, Harini first day Aafiyah masuk preschool .. Malam semalam Aafiyah tidur awal , bangun tadi ayah kejutkan dia , kata nak masuk sekolah dia tak cranky pun..
Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah & ibu dengan baju sekolah🤣.Semangat betul dia nak ke sekolah..subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas ,dia terus masuk tak tengok belakang dah .. Ayah ibu yang panggil minta salam😉.. ibu nak nanges.. tapi tahannnn jek..” kongsinya.
Dalam perkongsian yang sama, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tokti sempat mendoakan yang terbaik buat anaknya supaya diterangkan hati, diberi kelancaran menuntut ilmu dan berikan manfaat kepada orang lain.
” Semoga Allah swt pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama , dunia akhirat dan hamba yang memberi manafaat kepada insan lain .. aamin ya rabb..” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, ada yang memuji Aafiyah tidak cranky di hari pertama sekolah. Malah, ada juga yang mendoakan yang terbaik untuk si kecil pipi merah ibu itu.
Sumber : Instagram ctdk
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Resipi Burnt Cheese Cake Guna Airfryer, Set Masa 180’, 25 Minit Je Dah Siap. Mak Mentua Pun Puji Sedap!
Basque Burnt Cheesecake ataupun kek keju hangus, adalah antara pemanis mulut atau dessert yang trending kini. Ibu-ibu yang nak cuba sendiri resipi ini, tak perlu risau. Sangat mudah untuk disediakan di rumah kerana anda hanya menggunakan airfryer je. Masa yang diambil pun tak lama.
Resipi ini adalah hasil perkongsian saudara Rizal KingRiz. Selamat mencuba!
Penangan AF memang power
Cheese cake hari tu abang bagi MIL rasa. Mak mertua abang ni dah 30 tahun lebih buat segala macam jenis kuih muih untuk tempahan. Risau juga abang 😅
Semalam MIL datang cakap sedap sangat cheese cake hari tu!
Apalagi abang pun dengan pantas terus ke kedai beli lagi bahan 🤣🤣🤣
Abang buat dua biji terus 💪
Ok bila buat dua biji berturutan abang dapat keputusan macam ni:
- Kalau blend sambil campur satu demi satu bahan akan beri tekstur kek yang lebih cantik.
2. Loyang non-stick membakar dengan lebih cantik berbanding loyang di alas baking paper.
3. AF yang dah preheat perlu menggunakan suhu yang lebih rendah.
4. Walau macam mana burnt sekalipun kulitnya, isi di dalam kek tetap sedap.
Kesimpulannya walau apa jenis AF pun korang guna, korang tetap boleh buat cheese cake yang sedap ni 😊
Nah abang bagi resepi lagi sekali.
Burnt cheesecake
- Cream cheese 250g
B. Gula halus 1/2 cawan
C. Telur 3biji
D. Tepung gandum 2 sudu besar
E. Whiping cream 125ml
- Blend campuran satu persatu sehingga semua bahan lembut dan sebati.
- Sapu butter di dalam loyang untuk elak kek melekat.
- Masukkan adunan ke dalam loyang 6”
- AF dengan suhu 180° selama 25 minit.
Dah siap masak, biarkan kek sejuk secara semulajadi.
Kemudian simpan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Kek yang dah sejuk mudah dipotong dan lebih sedap bila dimakan.
Pesan abang: Bukan brand AF yang penting tapi kerajinan yang menentukan