
Tiada apa yang menggembirakannya bagi seorang suami apabila bergelar ayah. Lebih istimewa lagi, zuriat tersebut ditimang selepas 13 tahun. Semalam, penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah, 60 berkongsi berita baru menimang cahaya mata selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, selamat melahirkan anak perempuan di sebuah hospital swasta.
Memilih nama yang cukup indah, Nur Azura Yamani, Jamal sempat berkongsi wajah puteri pertamanya yang kelihatan putih serta gebu seperti ibu dan bapanya. Malah, sebaik si kecil itu melihat dunia, dia mengazankan anaknya itu dengan nada suara paling indah dan terbaik.
“Saya mahu Nur Azura buat kali pertama mendengar kalimah yang paling indah dalam hidupnya. Saya azankan ke telinganya dengan suara dan lagu terbaik,” kata Jamal berkongsi cerita dengan Astro AWANI ketika dihubungi.
Menurut Jamal, isterinya melahirkan bayi seberat 2.7 kilogram secara pembedahan petang semalam kira-kira jam 5.35 petang.
“Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram.”
Namun begitu, Jamal menjelaskan bahawa isterinya akan ditahan di wad dalam beberapa hari lagi susulan daripada proses kelahiran yang dilakukan secara pembedahan.
Tambahnya, isteri tercinta akan mulai berpantang di kediaman mereka di Shah Alam selepas keluar daripada wad kelak.
Jamal juga menerusi perkahwinan sebelum ini mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 tahun.
Selepas kali terakhir menimang anak sekitar 13 tahun lalu, legenda seni tanah air itu berkata, beliau bersedia untuk menguruskan bayi kecil.
Sumber: Astro Awani & Harian Metro
“Mommy Minta Maaf, Tertukar. Tak Sengaja.” Jurufoto Ini Kongsi Kisah Lucu Antara Bayi Kembar Sheikh Muszaphar!

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri Datin Dr. Halina baru-baru ini selamat menimang cahaya mata kelima dan keenam. Ini merupakan kembar yang berlainan jantina dan diberi nama Eusoff dan Emelia.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, pasangan berkenaan mengadakan sesi photoshoot untuk kedua bayi tersebut bagi diabadikan sebagai kenangan.
Cukup menarik dan comel gelagat kembar berdua ini ketika dalam sesi photoshoot berkenaan. Namun, terdapat perkara lucu telah terjadi semasa sesi penggembaran tersebut dijalankan.
Kisah tersebut telah diceritakan oleh salah seorang jurugambar yang mengendalikan laman Instagram syarikat itu.
“Masa ni team kitorang dah atur pose baby. Time ni team masih belum tahu lagi baby bertukar,” tulisnya.
Menyedari tidak sengaja tertukar aksesori yang digayakan, mereka sempat memohon maaf dan mengakui kedua-duanya tampak comel walaupun berlainan jantina.
“Sorry Eusoff dan Emelia, aunty dan uncle tersilap but both of you look so cute,” jelas mereka.
Menurut mereka lagi, perkara itu disedari ketika Emelia mahu menyusu sambil Eusoff mengambil peluang untuk rehat dan tidur.
Memang comel dan menarik gaya yang ditunjukkan pasangan kembar ini. Berbaloi hasil yang dilakukan oleh team photoshoot ini.
Sumber:newborn.heartshotfocus & Hot FM
Bila Wanita Terluka, Dia Jahit Sendiri Lukanya. Deep Tafsirannya & Untuk Tidak Jadi Begitu, Ni Tipsnya!

Kepayahan dan kesukaran yang ditanggung oleh insan bergelar wanita dalam menggalas tugas seorang isteri dan ibu, nyata bukan mudah.
Ada sisi bahagia dan tidak dinafikan penuh dengan cabaran dan terkadang menyebabkan hatinya terluka.
Ini sebagaimana apa yang cuba diterjemahkan oleh Puan Najibah apabila melihat gambar ini.
Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan.
Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.
Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.
Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.
Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu.
Saya faham sangat, surirumah memang penat. Oh wanita bekerja pun. Sama je kita ni kan. Lagi lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh.
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan. Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga. Terpakai kepada surirumah mahupun wanita yang bekerja.
1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting. Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan zikir. Ia beri tenaga luarbiasa kepada kita. Biiznillah. Jika tak jaga perkara ini, mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian.
Effect nya jaga amalan begini, hati tenang dan rasa banyak masa. Subhanallah amazing.
2. Kuatkan fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Jaga kesihatan mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je. Bacaan yang sedih, drama, gosip semua tu berbaloi untuk kita tinggalkan.
4. Bab memasak dan makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga. Sayangi diri dulu, baru boleh sayang orang lain.
Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.
5. Pengurusan bahan dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein ayam ikan daging semua tu basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan rumah
Mengemas memang penat. Kena pulak anak kecil memang sepah sana sini. Jadi letakkan timing dan setting jadual. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.
7. Pengurusan anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
8. Bantuan
Ini sangat penting. Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
9. Mindset dan rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memang takkan pernah habis.
10. Nikmati dan bina pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak dua, tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman. Dan syukuri semuanya.
Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc .
Ibu ibu
Tenanglah ya
Dan berbahagialah.
Jika ada ayah ayah baca status ini. Sama sama ya saling menjaga pasangan dan rumahtangga. Sama sama nak tenang, sihat, bahagia dan mahukan rahmat Allah turun memayungi keluarga kita.
Lain padang lain belalang.
Lain orang lain pandangan.
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Najibah Mustaffa
Surirumah dan Usahawan sepenuh masa sejak 2014.
Sumber : Najibah Mustaffa
‘Bila Call Tak Angkat, Barang Lambat Marah’. Jadikan Iktibar Perkongsian Ini.

Ketika perlaksaaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PK) ramai antara kita memilih membeli barangan secara atas talian.
Malah, dilaporkan peningkatan tinggi kadar kiriman barang kepada pengguna. Namun ada kisah pengguna yang kurang enak didengar apabila ada yang tidak puas hati kepada perkhidmatan runner atau courier.
Bagaimana pun menerusi facebook, seorang lelaki meluahkan isi hati mengenai sikap penerima barang yang suka menyalahkan runner atau courier tanpa melihat salah diri sendiri. Moga kisah ini jadi iktibar.
IKUTI PERKONGSIANNYA
Typical Malaysian.
Courier/runner sampai rumah, bagi hon. Tak keluar. Tekan bell. Takde bell, kita panggil. Tak jawab, kita call. Tak jawab call kita jalan. Lepas tu complain barang lambat sampai. Courier/runner tak attempt.
Kami kejar masa. Ada yang dah nampak kita. Bangun, panggil bini die suruh bukak pagar. Dah la hujan. Kami basah lokos dekat luar. Kau selamba delay kerja kami. Kau delay, barang orang lain pun delay. Barang orang lain lambat sampai, orang lain complain kami tak guna. Kau yang tak guna menyebabkan kami nampak tak guna.
Sebenarnya dalam hati memang nak campak barang tu dekat muka kau bang. Dah bagi barang kau tenung macam kami tukang angkat najis. Terima kasih pun tak. Serius cakap, makin kurang berkemampuan/miskin makin kurang adab. Pengalaman ni sendiri yang hadap. Memang patut la rezeki kau sempit bang.
Ade yang call balik, tapi kami dah keluar area. Dah jauh. Bile tanya kenapa tak jawab call 7 kali tadi ? Die cakap tengah tido. Nak suruh kita pulak patah balik hantar barang. Haa akak tido la kak sampai kiamat. Maaf. Esok lusa kalau jalan lagi, insyaallaah kami hantar.
PERINGATAN KEPADA PENGGUNA
Kepada customer, yang kejar barang. Kami jalankan amanah. Tapi bukan amanah anda seorang. Beratus amanah kami handle seorang, satu hari. Maaf kalau terlambat.
Satu parcel, upah tak sampai rm2. Tak dapat bagi kemewahan. Kami cuba cari rezeki halal je. Tak payah buat muka “ customer always right “ dengan kami. Tak boleh bawak masuk syurga.
Salah sikit kau hembus. Effort kami kau pandang sinis. Anda duduk rumah, kami hantar. Tapi bila kami dah sampai tu keluar la hanat ! Call tu angkat. Dah la rumah takde bell. Terpekik terlolong panggil dekat luar. Anjing sebelah yang menyahut. Takkan nak bagi anjing tu receive ? Anjay.
Lagi satu, dah tau PKP. Kau letak alamat office tu kenape ? Lepastu menggelatat suruh re-route pergi rumah. Nak hari tu jugak. Rumah kalau belakang office takpe. 18km jauh. Ingat sorang runner/courier sorang cover satu daerah ke satu hari ?
Ade pulak yang call/mesej bos semalam marah-marah. Hari ni mesej tanya bos ade kerja kosong ke untuk adik die. Kau rase ? Kau tau malu ke tidak ? Kau sekolah ke tidak ? Lulus SRP ke tidak ? Nak kami buat video ke tidak ? .
Sumber: Tokan Sate