Azam 2022 Nak Start Menabung, Boleh Buat Macam Cara Ni. Hujung Tahun Confirm Paling Kurang Ada RM3,000!

Share

Kebanyakan kita bila sebut sahaja topik menabung atau menyimpan duit, otak kita ini terus terbayang betapa susahnya untuk kawal dan urus perbelanjaan.

Terasa susah katanya sebab banyak sangat kira-kira berkenaan peratusan gaji, peratusan perlu simpan, boleh dibelanja dan sebagainya. Akhirnya nak mudah ambil jalan singkat, belanja ikut suka dan bila ada lebihan baru nak menabung.

Oleh itu apa kata anda cuba  menabung dengan cara yang lebih kreatif dan menarik seperti yang dikongsikan oleh Nur Nilam Sari. Menurutnya dengan menabung menggunakan kaedah ini pada hujung tahun anda akan perolehi RM 3,300.

Wow, boleh tahan juga jumlahnya. Bolehlah dicuba praktikkan cara tabungan seperti ini untuk tahun 2022 nanti. Semoga berjaya!

SIMPAN DUIT TANPA BEBAN


RM1 – Setiap hari masuk dlm tabung. Total setahun RM 365 so genapkan cikit lagi bagi RM400
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun RM500
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM1000
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan RM500
RM50

– Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) Total setahun RM300
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November) Total setahun RM600

TOTAL keseluruhan simpan setahun RM3,300. Dah boleh plan nak bercuti kat mana-mana
Yabedaaa beduuuuu

Kredit Nur Nilam Sari

 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club