
Siapa yang mengikuti Zarina Zainuddin di laman sosial, sesekali pasti tertarik dengan gelagat anak kembarnya Azal Azrai. Baru-baru ini, Azal sekali lagi ‘buat hal’ di mana telatahnya yang mahu bergambar dengan semua pramugari mencuri perhatian ramai.
Berkongsi beberapa video dan gambar di Instagram miliknya, Zarina menunjukkan gelagat dan usaha Azal untuk mengambil gambar bersama tiga orang pramugari yang berada di dalam penerbangan tersebut.
“Azal oh Azal. Saya duduk seat bahagian depan jadinya dah keluar awal dah. Saya ingat dia pergi tandas ke…rupanya dia pergi selfie dengan stewardess.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Hal itu meraih perhatian warganet yang menggangap momen tersebut lucu dan tidak disangka-sangka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji gelagat Azal yang mencuit hati. Selain itu, terdapat juga netizen yang sempat berseloroh dengan kejujuran Azal yang hanya ingin bergambar dengan wanita cantik.
Sumber: Instagram @zarinazainuddin_
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
“Waktu PKP Bantu Kami Didik Diri Untuk Bimbing Anak”. Menarik Perkongsian Ni!

Fasa demi fasa PKP kita telah lalui, bermula pada tanggal 18 Mac -31 Mac, kemudian masuk pula fasa ke dua,1 April hingga 14 April, dan kini dilanjutkan lagi pada fasa ketiga iaitu 15 April hingga 28 April.
Sungguh suatu tempoh yang panjang kita rasakannya. Pun begitu, usah ada yang mengeluh atau murungut, tapi lihatlah pada sisi positif.
Banyak perkara boleh anda sekeluarga lakukan bersama-sama dan sekali gus memperbaiki diri dan keluarga menjadi lebih baik dan bahagia.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Puan Tiny Azleen dan bolehlah dijadikan inspirasi pada kita semua.
Hari ke dua puluh satu.
Fasa kedua: Hari ke tujuh.
Sudah dua puluh satu hari, Allah izinkan kami berkumpul lengkap seluruh ahli keluarga, ibu dan abahnya serta lima orang anak-anaknya. Bonus, mak saya atau maktok bebudak ini juga tinggal bersama kami, Alhamdulillah.
Syukur Alhamdulillah.
Nikmat paling mahal yang sangat saya syukuri yang tiada galang ganti kebahagiaan ini. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Rasanya, inilah pertama kali dalam sejarah hidup saya dan sebagai ibu bapa, kami lihat wajah anak-anak kami dan bersama mereka, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. MasyaAllah Tabarakallah.
Setelah 3 minggu bersama anak-anak, memang hampir tepu otak mengadap karenah dan memikirkan aktiviti untuk mereka.
Benar, kerap sahaja saya bertukar sarung menjadi ‘mak singa, mak harimau, mak tarzan, mak gorilla, mak godzilla…’ (just name it, semua karakter ada!).
Namun, dalam kekalutan mengaum mengamuk menjerit dengan karenah mereka, sebenarnya banyak hikmah dan keindahan yang Allah anugerahkah asbab musibah #covid19 dan dalam tempoh PKP ini.
Antaranya, kami berpeluang makan bersama hampir setiap waktu makan, berpeluang solat jemaah 5 waktu seisi keluarga, menikmati ruang dan peluang mengaji bersama usai solat subuh (surah Al-Waqiah) dan isyak (surah Al-Mulk) setiap hari…
Dan hari ini, Allah Ar Rahman Ar Rahim Al Wahhab Ar Razzaq dengan limpahan kasih sayangNya rezekikan anak-anak kami kejut kami bangun pagi dan dapat qiyamullail dan sahur bersama-sama.
Dan ini bukan puasa wajib di bulan ramadan. Ia hanya puasa sunat. Tetapi Allah Al Baari Al Latiff lembutkan hati anak-anak saya (terutamanya yang lelaki-lelaki itu) untuk turut serta.
Allahu Akbar Kabira.
Haza min fadli Rabbi.
Sungguh, peluang ini takkan mampu hadir sekiranya tiada tempoh PKP ini.
Bukan mudah mahu kejut anak-anak lelaki itu untuk qiyamullail kalau ianya hari persekolahan.
Malah, kami sendiri ‘tidak gamak’ mahu kejutkan mereka mengenangkan mereka akan bersekolah sehingga petang.
PKP membantu kami mendidik diri sendiri untuk membimbing anak-anak supaya manfaatkan peluang berbuat baik pada setiap ruang yang Allah berikan.
Kita tidak tahu bila lagi peluang ini akan dinikmati. Manfaatkannya! Manfaatkannya!
Ya, kita pilih, aktiviti bagaimana untuk diri dan untuk keluarga kita. Dengan izinNya juga.
Sebagai ibu bapa, memang banyak sahaja silap dan salah juga tidak betulnya pengajaran kami atau cara kami membesarkan anak-anak. Ya, saya akur itu.
Yang saya tunjukkan hanyalah yang terlihat baik-baik sahaja. Yang buruk, yang di belakang hijab, MasyaAllah Tabarakallah, Tuhan sahaja yang tahu dan sudi menyimpan aib kami. Allahu Akbar Kabira.
Mohon keampunan dan kemaafan Allah Al Ghaffar Al Ghaffur Al Affuw.
Apa sahaja yang saya paparkan di media sosial ini adalah untuk pesanan bersama. Untuk diri saya lebih-lebih lagi. Mengenangkan ini semua sebagai AMANAH BERAT YANG AKAN DIPERSOAL KELAK!
Semoga sahaja ada sedikit cerita kekeluargaan ini yang menjentik hati anda untuk melakukan penambahbaikan yang lebih baik supaya kita dan anak-anak dipilih Allah menjadi insan kamil yang ummatik (ya, akur, jauh lagi perjalanannya!)
Saya dan Tuan Suami SirRizal Coway tidak pernah putus belajar dan belajar, tentang ilmu keibu bapaan ini. Sebab kami tahu, kami amat lemah dan jahil dalam bab ini!
Saat ini, penambahan ilmu kami adalah melalui pembacaan.
Saya memilih membaca buku Prof Muhd Kamil Ibrahim bertajuk: Didik Anak Cemerlang – Petua Untuk Ibu Bapa.
Manakala Tuan Suami saya memilih buku (yang saya sudah terlebih dahulu khatamnya…): Parent Think, tulisan Bonda Nor dan Tuan Ammar Kamilin.
Benar seperti yang dicatat pada buku “Parent, Think” – ‘Kerana anak, bukan sekadar anugerah bahkan amanah!”
Dan benar juga seperti yang Prof MKI catatkan pada dedikasi buku “Didik Anak Cemerlang” – Yang kita mahukan adalah bertemu dan berkumpul kembali, di syurga Firdaus-Nya.”
Allahumma amin Allah Al Mujib.
Kaktiny,
Tiada lain yang menjadi keutamaan doa, melainkan mohon ke syurga firdaus tanpa hisab, berkumpul berkampung bersama Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam dan sekalian yang dicintai di dunia serta setiap hari menjawab salam Allah dan menatap wajah Allah, tanpa hijab. Amin.
sumber : Tiny Azleen Yahaya
Nampak Biasa Aje Bila Anak Suka Tengok Televisyen, Tetapi Ada Bahaya Menanti! Ibu bapa Wajib Baca 5 Info Penting Ini!

Semua kanak-kanak suka menonton pelbagai rancangan menarik terutama animasi kartun di televisyen. Memang ia menjadi hiburan buat anak-anak di rumah. Namun, ia akan menjadi bahaya bila cara menonton tv itu salah. Melalui perkongsian Taufiq Razif menjelaskan sebab bahaya jika membiarkan anak menonton tv tanpa kawalan.
Beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya alert jika ada anak menunjukkan tanda seperti mengosok mata dan mata selalu berair ketika menonton tv. Nampak biasa-biasa, aje tapi jika dibiarkan akan menjejaskan kesihatan mata. Ikuti catatan ilmu ini.
________________________________________________________________________
1. Anak dibawah umur 18 bulan jangan dibenarkan menonton TV sama sekali. Ini guideline daripada American Academy of Paediatric
2. Yang umur 18 bulan hingga 24 bulan nak menonton TV tu boleh tapi ada syaratnya. Syaratnya adalah :
+ Cari saluran TV yang betul betul bermanfaat tinggi, berbentuk educational dan takde iklan merapu
+ Tengok sama sama dengan anak. Jangan tinggalkan anak kita dengan gajet dan TV sendirian kononnya nak jadikan TV dan gajet ni bibik DIY kita. BIG NO!
+ Ni hanya latihan pengenalan sahaja pada anak kita untuk ajar anak kita apa itu dunia digital. Bukan saja saja nak bagi anak kita tengok sebab penat nak melayan mereka
3. Umur 2 hingga 5 tahun pula limitkan 1 JAM SAHAJA dalam sehari. Dah habis tengok, ajar anak tutup TV tu sendiri untuk ajar anak ‘self discipline’
+ dengan self discipline ni la nanti anak mudah nak kawal diri walaupun kita takde disisi mereka
+ bila balik rumah opah ke rumah atuk nenek ke, insyaAllah mereka masih boleh kawal diri kalau kita ajarkan mereka self discipline ni
4. Anak selalu tengok TV dekat dekat ni sebenarnya tak rosakkan mata pun. Tu cuma mitos je tapi ianya boleh jadi petanda awal anak kita tu memang ada masalah rabun atau penyakit mata yang lain.
Sebab tu la bila anak kita ada 5 tanda kat bawah ni kita kena cepat cepat bawak anak kita pergi buat pemeriksaan mata :
A. Mata selalu berair
B. Selalu sakit kepala
C. Mata mudah jadi penat
D. Selalu berkedip dan menggosok mata
5. Selalu tengok TV pada jarak dekat
5. Anak belajar tengok gajet dan TV ni daripada kita sebenarnya. Sebab tu lah KALAU NAK ANAK BELAJAR KAWAL DIRI DARIPADA TERLAMPAU TENGOK TV DAN GAJET :
✔️ Mak ayahya dulu yang kena kawal diri daripada gajet dan TV
✔️ Anak lebih suka tiru apa yang dilihat ( visual) daripada cuma mendengar bebelan kita ( auditory )
✔️Ingat tau, Children Are Great Imitators. Jadi nak anak berubah, ubahlah diri kita dulu ☺️
P/s : Jom ajarkan dan sebarkan ilmu ni pada pasangan dan mak ayah yang lain ye. Saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu ilmu ni.
Rasa Tak Tenang, Tak Bahagia Periksa Diri Sendiri.” Ini Pesanan Ustazah Norhafizah Yang Patut Kita Ikuti.

Sebagai ibu bapa kita memainkan peranan berperanan dalam mendidik mereka supaya pastikan anak-anak jadi insan berguna.
Justeru, dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini, sebaiknya bekalkan anak-anak dengan Al Quran.
Itu dah jadi satu kewajipan buat kita sebagai mak ayah. Bagi diri kita sendiri, kita kena cari masa untuk cuba bertafakur setiap hari. Rasa tak tenang, tak bahagia dan celaru dengan pelbagai perkara, kita kena periksa diri kita sendiri.
Lima perkara yang dinyatakan Ustazah Norhafizah Musa melalui sebuah program di Tv ini patut kita amalkan.
Lima perkara ni kena renungkan setiap hari terutama selepas solat, ketika kita dalam keadaan bersih hati kerana aura energy positif kita adalah selepas solat dan sebelum kita tidur.
1. Ayat-ayat Quran. Setiap hari baca Quran. Baca walau satu ayat dan tadabbur bagaimana ia mempengaruhi aqidah kita, ibadah kita dan akhlak kita.
2. Pandang apa-apa disekeliling kita dan ingat akan kebesaran ALLAH. Semua tu Allah yang ciptakan!
3. Fokus pada kesyukuran. Celik mata kena syukur belum berada dalam kubur. Syukur hari ni masih lagi hidup, masih lagi boleh bertaubat, masih diberikan peluang tambah amal, masih boleh lihat orang-orang tersayang, masih lagi ada keluarga. Ukur kesyukuran kita.
4. Renungi kesalahan dosa-dosa kita. Ya ALLAH aku ni emosional sangat la. Ya ALLAH aku ni suka mengumpat. Aku ni suka ujub, aku ni suka check in check out, aku ni suka feeling bless feeling ohsem asyik upload FB. Nak puasa pun ambik gambar syukur rezeki sahur hari ni. Nak buka puasa upload gambar syukur ni menu buka puasa aku hari ni. Dah riak takabbur tunjuk amalan kat orang. Tengok balik kita punya posting, kita punya percakapan di FB, IG, Whatsapp ada tak kita ujub, riak, takabbur atau bajet bagus.
5. Renung tanggungjawab kita. Aku ni buat ke tak tanggungjawab aku sebagai seorang anak, sebagai isteri, sebagai suami, sebagai ibubapa, sebagai menantu, sebagai mertua, sebagai majikan, sebagai pekerja.
Lima perkara ni kena renungkan setiap hari terutama selepas solat, ketika kita dalam keadaan bersih hati kerana aura energy positif kita adalah selepas solat dan sebelum kita tidur.
Bila setiap kali kita renung ayat-ayat Allah, kita akan jadi hamba yang taat. Bila tengok apa-apa yang berlaku ingat Allah. Mata hati kita jadi lebih terang bila kita sedar akan kuasa Allah di mana-mana.
Apabila kita bersyukur, kita juga semakin kurang merungut setiap hari. Kalau kita lihat silap dan dosa diri, kita sibuk nak perbaiki diri sendiri, tak ada masa nak tengok berita nak lihat nak cari salah orang.
Kalau kita renungi tanggungjawab kita, kita akan jadi orang yang amanah yang menjalankan tanggungjawab. Insyaallah hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia.
Nak tahu status hati kita tengok status ketenangan. Kalau kita solat tapi hati tak tenang ada something wrong dengan solat. Ada something dengan solat, takut ada something wrong dengan wudhuk.
Mekap yang tak dicuci dengan sebersihnya menggunakan makeup remover menyebabkan wudhuk tak sah. Wudhuk tak sah mengakibatkan solat tak sah. Bila solat kita Allah tak terima, hati tak tenang, hidup tak bahagia.
Begitu kata Ustazah Norhafizah.
Jadi kita kenalah muhasabah diri dan periksa diri kita setiap hari sepertimana yang disarankan oleh beliau.
Sepuluh ayat ni juga boleh anda amalkan setiap hari untuk jadi insan yang lebih baik. Usahakan diri untuk berubah.
10 Surah Yang Baik Di Amalkan Setiap Hari
1. Surah Al Fatihah – Baca ketika hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
2. Surah Yassin – Pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya.
3. Surah At Dhuhan -Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita selamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. Surah Al-Waqi’ah -Baca setiap malam, insyaallah tidak akan miskin.
5. Surah Al Khausar -Allah SWT akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki.
6. Surah Al-Khafirun -Perumpamaannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
7. Surah Al-Mulk – Lepas dari siksa kubur.
8. Surah Al Ikhlas -Terlepas kesusahan duniawi, dimudahkan gelombang sakratulmaut dan dihindarkan dari kegelapan kubur.
9. Surah Al Falaq -Terlindung dari godaan syaitan dan kejahatan manusia.
10. Surah An Nas – Buat hati lebih terang dan dilindungi daripada syaitan dan jin.