Bagi yang mengenali dan mengikuti pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin, mesti tahu serba sedikit tentang anak-anaknya yang sering dimuat naik di laman sosial miliknya. Lebih-lebih lagi anak autismenya, Azal dan Azil yang selalunya mendapat perhatian orang ramai terutamanya saat mereka tantrum, dan kesabaran Zarina menjaga mereka sememangnya mendapat pujian ramai.
Baru-baru ini, tular satu video di laman Tiktok, Zarina dan Azal sedang menjalani sesi penggambaran. Dalam video tersebut, kelihatan ibu kepada empat orang cahaya mata ini mengajukan soalan tentang kematian yang menyebabkan anaknya itu tergamam dan membuat reaksi wajah sedih.
“Kalau suatu hari nanti kan, ibu dah tiada dalam dunia ni, dah meninggal dunia. Macam mana Azal?” katanya.
Bukan itu sahaja, Zarina sempat berkongsi perihal anaknya yang dikongsikan selama ini bukan sekadar ‘content’ bila mana ada yang mengecamnya berbuat demikian. Malah dia juga gagal mengawal air matanya dan terus menangis. Dalam pada itu, Azal sempat memberitahu bahawa dia amat sayangkan abangnya Azil tapi kadang kala tidak tahan dengan sikap suka naik angin yang dialami olehnya.
Namun begitu, situasi sedih sebentar tadi terus bertukar lucu apabila anak bujangnya itu secara tidak sengaja telah terkentut ketika sedang ditemu bual. Sedar akan kejadian tersebut, Zarina terus menegur dengan lembut perbuatan kurang sopan berkenaan namun anaknya hanya membuat muka selamba sahaja.
@sugehresort Tiada kata yang nak digambarkan.. luluh hati tengok azal 😭😭 #fyp #trending #percutian #sugehresort ♬ original sound – Sugeh Resort
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perbuatan spontan pemuda berkenaan. Dalam pada itu, ada yang sempat berseloroh kononnya air mata yang hampir mengalir disebabkan kisah sedih Zarina terus kering gara-gara gelagat jejaka tersebut.
Sumber : @sugehresort