Pepatah Melayu ada menyebut kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kasih seorang bapa, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik kepada anaknya.
Begitulah kasih seorang bapa Mohamad Iqbal Adib Mohd Afzanizam, 24, terhadap anak tersayang Aydin Malique, 15 bulan yang diuji menghidap penyakit Short Bowel Syndrome (SBS) atau sindrom usus pendek yang berpunca daripada najis berdarah.
Demi menjaga kebajikan anaknya yang sakit, bapa muda ini diberhentikan kerja pada Ogos lalu kerana kerap mengambil cuti menjaga anaknya yang sakit. Dia sebelum ini bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang kaca di Sungai Buloh.
Menurut Mohamad Iqbal Adib hampir setahun Aydin dirawat di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur sebelum dibenarkan pulang dan dipantau di rumah.
Lahir Kembar
Mohamad Iqbal Adib yang mendirikan rumah tangga dengan Nur Shahira Anisha Mohamad Zuber, 23 pada 2019 dikurniakan sepasang bayi kembar, Aydin Malique dan Aydan Malique yang dilahirkan pramatang ketika usia tujuh bulan pada 12 Jun tahun lalu.
“Awalnya, bayi kami dilahirkan sihat, namun selepas dua minggu doktor memaklumkan ada jangkitan kuman pada usus Aydin.
“Sejak lahir, tiga kali Aydin menjalani pembedahan dengan yang pertama bagi memotong usus berukuran 32 sentimeter(sm) dan kedua, membuang usus tidak sihat yang dijalankan di Hospital Selayang.
Aydin selepas menjalani pembedahan ketiga
“Pembedahan ketiga iaitu sambungan usus serta memasukkan tiub gestrol dekat perut dijalankan di HTA, dengan usus kecil kini berukuran 14 cm,” demikian beritahu Mohamad Iqbal Adib.
Aydin Bayi Yang Aktif
Bercerita tentang keletah Aydin, Mohamad Iqbal Adib memberitahu Pa&Ma yang anaknya ini seorang yang aktif walaupun perlu menggunakan tiub yang disambung ke perut.
Ads
Ditanya sama ada kembarnya Aydan ada mengusik tiub tersebut, bapa muda ini memberitahu Aydan tidak menganggu Aydin.
“Wayar pun dia tak usik. Dia buat hal sendiri sebaliknya Aydin yang suka kacau dia.”
Dari segi perkembangan pula, Aydin kini boleh duduk dan meniarap dan masih belum boleh merangkak.
Si comel ini minum susu menggunakan tiub yang disambung ke perut dan menggunakan wayar CVL (Central Venous Line) yang menghubungkan saluran darah terus ke jantung.
Oleh itu Mohamad Iqbal Adib perlu memantau Aydin ketika dia minum susu menggunakan mesin khas bagi mengelakkan risiko tiub tercabut.
Sebelum ini dia pernah berkongsi video di TikTok yang memberitahu perlu memantau Aydin 24 jam kerana jika tiub saluran jantung tercabut, dia perlu dibedah lagi.
“Aydin kena minum dua jenis susu iaitu susu formula yang disalurkan menggunakan tiub di perut dan ambil masa selama tiga jam. Susu lagi satu susu nutrisi (tpn) yang dibekalkan oleh Farmasi HKL. Susu ni kalau on mesin ambil masa 12 jam.
“Jadi isteri saya akan pasang mesin susu ini waktu malam sebab dia tengah tidur jadi tak banyak pergerakan berlaku.
Bagaimanapun Aydin boleh makan makanan pejal lain seperti roti, bijirin bayi dan nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
Ditanya tentang peluang Aydin untuk kembali normal tanpa perlu bergantung kepada tiub, Mohamad Iqbal Adib memberitahu semuanya bergantung pada dia. Buat masa sekarang Aydin masih lagi memerlukan tiub gestrol di perut & CVL di dada kirinya.
Diberhentikan Kerja
Bapa mana yang tidak resah memikirkan nasib keluarga selepas diberhentikan kerja apatah lagi mempunyai anak yang sedang sakit.
Foto: Harian Metro
Mohamad Iqbal Adib mengakui sejak diberhentikan kerja, dia hilang punca pendapatan dan tertekan kerana memikirkan tanggungan termasuk kos rawatan anak.
“Saya cuba jual bundle (pakaian terpakai) kerana ramai rakan cadangkan, memandangkan modal tidak terlalu besar.
Ads
“Anggaran gaji bersih ketika kerja kilang dulu kira-kira RM1,400 manakala hasil jualan bundle kini tidak menentu, dengan paling sedikit RM20 dan paling banyak antara RM200 ke RM300 sehari.
“Saya baru belajar berniaga, jadi jual murah-murah saja dengan bersiaran langsung di TikTok,” katanya.
“Pernah satu tahap, saya hampir putus asa kerana masalah kewangan namun bangkit semula apabila mengenangkan anak kami.
“Pihak zakat ada beri bantuan untuk anak berdasarkan senarai keperluan dan selebihnya hasil sumbangan orang ramai selepas melihat perkongsian saya mengenai Aydin di TikTok.
Menurutnya dalam sebulan lebih kurang RM400 diperlukan untuk kos perubatan, susu dan keperluan lain untuk Aydin dan Aydan.
Orang ramai yang ingin membantu Mohamad Iqbal Adib boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB 7072310580.
Di zaman serba serbi bergerak pantas ini, tidak dinafikan terkesan dalam mengurus hal rumahtangga dan keluarga.
Apabila semuanya perlu dilunaskan dengan cepat dan pantas, akhirnya mendatangkan tekanan pada diri dan sekali gus boleh menjadi penyebab hubungan suami isteri tidak lagi semesra dan seerat dahulu apabila emosi terganggu.
Jadi, di sini ada dikongsikan beberapa tip untuk hilangkan tekanan dan sekali gus dapat memperbaiki hubungan suami isteri. Jom semak.
5 tip hilangkan tekanan antara suami isteri, dan jaga hubungan
Nota: Tip ini kami dapat masa jumpa perawat yang baik dan isteri beliau.
1) Alih susun atur perabot lebih kerap untuk motivasi kemas dan cantikkan rumah. Automatik, kita akan suka maintain cantik dan kemas.
2) Amalkan zikir al-mathurat untuk tenang hati dan mohon Allah melindungi rumahtangga dan keluarga.
3) Keluar berjumpa group rakan-rakan yang ada latarbelakang yang sama. Ibu di rumah, ada anak kecil, selalu ada cabaran motivasi. Kami ada CircleOhsem di Puncak Alam.
4) Keluar dating dengan pasangan. Jika ada kekangan anak kecil, bincang dengan rakan usrah, untuk rotate jaga anak-anak supaya ibu-ibu dapat dating dengan pasangan masing-masing secara bergilir antara rakan. Jangan serah pada famili, serahkan kepada rakan usrah yang sehati sejiwa.
5) Kerap urut pasangan. Suami urut isteri, isteri urut suami. Sapu minyak panas pun boleh pada kaki. Paling elok pakai minyak ada aromaterapi seperti essential oil.
Tahukah wahai suami bahawa semua isteri sukakan belaian seorang suami. Tidak bermakna ini adalah sikap mengada-ngada tetapi sikap manja inilah yang akan membuatkan isteri bertambah sayang kepada suami.
Biar pun rumahtangga itu sudah lama, sikap manja itu harus ada dalam diri pasangan itu. Cara ini dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri agar kekal romantik dalam rumah tangga.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim harus dijadikan tatapan semua terutama buat suami isteri yang sudah lama hidup bersama. Jangan anggap dah kahwin lama tak boleh nak manja-manja. Manja tu kan pengikat kasih!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kadang kadang orang perempuan ni manja dia lain macam.
Bila kita tanya nak meggi tak, dia kata tak nak. Tapi bila dah siap masak, dia datang ngedeng pula. Dua tiga sudu juga la dia makan.
Bila kita tanya syg nak makan apa hari ni, dia jawab ikut abg la. Tapi bila kita kata nak order kfc. Dia kata dah jemu la, bosan la.
Bila dia tiba-tiba keluar perkataan “sedapnya”, “dah lama tak makan”, “mana nak cari” atau “abg ingat tak kita pernah makan ….” tu maknanya dia nak suruh kita pergi cari la tu.
Bila kita dah bagi cadangan macam-macam makanan, habis semua senarai makanan kat grab food tu di scroll akhirnya dia kata, “order kfc je la” huh!
Bila ada terlalu gerai makanan tepi jalan tiba-tiba dia kata “abg berhenti berhenti, nak beli makanan tu”.
Dia ingat jalanraya tu kita seorang je ke guna, orang kat belakang marah la kalau berhenti sesuka hati macam tu. aduhai..
Kadang malas juga nak u-turn. Lebih-lebih lagi kalau tengah peak hour, memang berjam jam la nak u-turn balik. Bila kita kata, “lain kali la” terus monyok muncung macam itik.
Tapi kalau kita ikut juga. Redah jem berjam jam semata-mata untuk belikan makanan idaman dia tadi, memang senyum sampai ke telinga punya la. Tak habis habis ucap terima kasih abg, sayang abang. Muah muah bagai.
Bila kita nak makan apa-apa semua dia pandai je buat atau carikan, tapi bila dia rasa teringin nak makan sesuatu tu mesti kita di suruh carinya. “Abg tolong belikan …. ye”
Gambar hiasan
Apa saya perasan,
Orang perempuan ni dia kalau dah sayang, dia sayang sungguh sungguh. Tak ada sayang separuh separuh punya.
Makin dia sayang, makin manja dia jadinya.
Lagipun itu la bahasa cinta hampir semua isteri iaitu mereka suka dimanjakan dan suka dilayankan semua permintaannya.
Sayangi isteri kalian sementara dia masih lagi sudi nak bermanja-manja…
Semalam merupakan ulang tahun perkahwinan ke-9 buat penyanyi Tomok bersama isteri tersayang Rahayu Abas. Dia berkongsi satu video pendek yang merakamkan detik-detik indah perkahwinan mereka menerusi laman instagramnya.
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke sembilan buat isteri saya yang tercinta. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Shah sayang Ayu,” tulisnya.
Namun, dalam banyak-banyak ucapan itu, turut terselit komen lucu dari isteri Tomok.
ayu_abas Happy anniversary sayang…sorry tahun ni hampir terlupa…sibuk berpantang gitew…apa pun, berapa tahun pun,i will always love u until end of my breath.
Dalam pada itu, Ayu turut berkongsi ucapan dan video detik perkahwinan mereka menerusi laman instagramnya.
1.JULAI merupakan tarikh keramat yang menyatukan kami setelah 8 tahun mengharungi suka duka tangis tawa sebagai pasangan kekasih…dan tahun 2020 ini merupakan tahun yang ke 9 kami menempuh alam rumahtangga…terima kasih kerana menjaga ayu, anak-anak dan keluarga ayu….
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.